•eleven

2.1K 212 6
                                    

"K-kau suka aku?" dengan mata terbeliak aku menghadap ke belakang. "Taehyung..." ucapku perlahan.

"Betul ke apa yang aku dengar tadi?" Wow, dia nampak gembira. "Tae--"

"Ha'ah. Dia suka kau. Dia sendiri cakap macam tu." bodoh punya Jimin. Taehyung nampak gembira. Betul-betul gembira. Kenapa?

"Oh.. Macam tu." dengan senyuman tidak lekang di bibir, Taehyung pergi ke tempat duduknya. Apa benda tu? Takde 'aku pun suka kau.' takde 'ok, jom kapel.'?

Ok, so aku nak dia cakap semua tu? Eee.. Mana ade. Aku cakap benda tadi cuma sebab Jimin kacau aku..kan? Ah, lantaklah. Macam Taehyung suka aku. Kau berangan jelah sampai mati.

Taehyung

Danbi.. Suka aku? Jadi aku tak bertepuk sebelah tanganlah, kan. Sekarang aku dah pasti yang aku suka Danbi. Bukan tuje, dapat tahu dia Pun suka aku. Rasa sungguh bahagia.

After a month~

Harini lah harinya. Hari di mana kumpulan kami akan present video short story yang tajuk 'Buli' tu. Dimana aku menjadi hero.

"Daripada kelas 5-4, short story bertajuk 'Buli.'. Kumpulan pertama di persilakan."

No one

(Ok, I guna nama watak dalam cerita tu eh?)

Danbi- Hara
Taehyung- Jiwon
Jimin-  Wooshik
Minhee- Dayoung
Gayeon- Yura
Seungcheol- Won

~~
Hara teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik kaunseling. Jika dia beritahu cikgu, pasti dimarahi Wooshik. Baru sahaja Hara ingin menolak pintu bilik kaunseling, pergelangan tangannya dipegang seseorang. Yura, satu-satunya kawan Hara.

"Apa awak buat di sini? Ada apa-apa urusan ke?" tanya Yura dengan satu bulu kening diangkat. "Ermm.." Hara yang memang tak selalu membuat keputusan sendiri teragak-agak untuk memberitahu Yura tentang kesnya.

Yura memegang bahu Hara supaya betul-betul menghadapnya. "Saya kan dah cakap, kalau ada apa-apa yang nak dicerita, awak cakap aje." Yura ingin mengetahui masalah sahabatnya sehinggakan dia ingin ke bilik kaunseling. "Saya.. Dibuli, Yura." Terbeliak mata Yura mendengarnya.

"Siapa? Siapa si tak guna tu?!" panas baran Yura terkeluar. Jika sesiapa mengacau Hara, bagaikan mengacau dia juga. "Wooshik. Dia buli saya. Dia selalu paksa saya macam-macam benda. Dia pukul saya kalau saya ingkar." sekali lagi Yura terkejut. Setahunya, Wooshik seorang yang baik. Malahan, dinobatkan sebagai pelajar contoh.

"Eh.. Tapi rekodnya bersih. Tak pernah dia buat hal." Yura mengerutkan dahi. "Itu sebab dia suruh saya tukarkan failnya dengan saya." Yura mengangguk tanda faham. Patutlah Hara tak pernah dapat sijil walaupun macam-macm yang dibuatnya.

"Takpe. Saya akan cuba tolong awak." Yura menepuk bahu rakannya itu.

Dalam diam, Won mengintip mereka. "Perkara ni perlu diketahui Wooshik." katanya seorang diri.

~~

"Apa? Dia bagitau Yura?!" Wooshik terkejut mendengar kenyataan Won. "Aku dengar dan nampak sendiri." terang Won. "Bahaya ni. Yura bukan calang-calang orangnya. Sudahlah presiden kelas." kata Dayoung, teman wanita Wooshik kerisauan.

"Takpe, panggil dia lepas sekolah. Nanti kita ajar dia." Wooshik tersenyum sinis.

~~

Hara dengan amannya berjalan ke arah pagar sekolah tiba-tiba ditarik dari belakang. Puas dia meronta, tapi langsung tak membantu.

Di situ, mucullah Wooshik dengan mukanya yang menggerunkan. Dia mendekatkan dirinya dengan Hara. Hara menapak kebelakang seniggalah belakang badannya bertemu dinding.

"Kau cakap.. Kau tak cerita kat orang." suara menakutkan Wooshik itu berjaya membuat Hara menggigil satu badan. "S-saya cuma b-bagitau kawan saya. Dia t-tak cerita kat sesiapa pun." Wooshik ketawa kecil. "Kawan kau tu presiden kelas! Kalau kau bagitai cikgu, mungkin cikgu tak percaya, tapi kalau dia, mestilah cikgu percaya!" Wooshik meninggikan suaranya kepada perempuan itu.

Baru sahaja Wooshik Ingin menampar muka Hara, satu tumbukan datang dan mendarat pada pipi Wooshik. Hara yang tadi bersedia untuk disakiti, membuka matanya hairan.

"J-jiwon.."


Ok, the next one or two chapters aku cerita pasal short drama diorang tu, eh? Jangan marah~

[🌹] tshirt °taehyungWhere stories live. Discover now