Danbi
Padan muka. Asyik kau aje yang palau aku. Biar ku yang palau ku pulak. Hah, rasakan.
Aku ke kelas dan duduk di tempat aku. Kepala aku terus dibaringkan di atas meja. Tak puas lagi kat kantin lepas kena kacau dengan Yerin. "Kau tak cukup tidur ke?" sol Gayeon kerisauan. "Hmm..." dengan ringkasnya aku jawab. "Asal? Stress?"
"Hmm.." dia menepuk bahu aku. "Takpe, rehatlah. Aku tak nak tambah lagi stress kau." inilah yang dikatakan sahabat baik.
•
Aku langsung tak memberi perhatian dalam kelas. Yang aku buatnya adalah buat mulut itik dan cuba imbangkan. Kalau jatuh, ulang. Lagi bagus daripada belajar algebra yang takde kena mengena dalam hidup aku.
"Danbi.." namaku dipanggil oleh Ms.Yoon. "Apa?" tanpa rasa takut dan dengan selamba aje aku jawab. "18×12?" soalnya sambil satu bulu kening diangkat. Macam aku takleh jawab. "216." jawapan yang tepat diberi. "Nampaknya anggapan saya silap." hah, aku menang. padan muka.
Setelah itu, sekali lagi aku membaringkan kepala aku di atas meja. Dan pada itu, mata aku mendarat pada Taehyung yang termenung pandang depan. Dia tak nampak focus. Aku tahu.
Wajahnya aku perhati lama. Jujur, aku rindu ciumannya. Aku nak dengar dia cakap dia sayang aku. Aku nak hubungan tu semula. Tapi... Dia tak nak. Dia ingat aku akan tipu. Tapi tak. Aku tak nak menipu buat kali yang kedua. Sebab aku sayang dia.
Krrriiiiiinnggg!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula. Pelajar mula berebut keluar kelas. Gayeon juga bangun dan ingin keluar. Tapi terhenti ketika menyedari yang aku tak bangun.
"Tak nak keluar ke?" dia tanya aku. "Nantilah. Penatlah.." aku memberi alasan. Sebenarnya aku kat sini cuma nak tengok Taehyung lama-lama. Dia dah tidur dah sekarang.
Selepas semua orang keluar daripada kelas, aku mengangkat punggung lalu duduk di hadapan Taehyung. Mukanya diusap lembut dengan tangan aku.
Taehyung
Aku meletakkan kepala di atas meja dan mata aku tertutup. Nak tidur sekejap waktu rehat ni. Baru sahaja beberapa minit aku melelapkan mata, seseorang mengusap wajah aku. Niat nak buka mata dibatalkan selepas mendengar suara insan itu.
"Tae.. Saya rindu awak. Layanan mesra yang awak beri pada saya. Ciuman nakal awak pada setiap pagi. Pelukan hangat awak. Saya rindu semua tu. Saya tak tipu kali ni. Saya cintakan awak." dari suara itu, aku tahu yang itu Danbi. Selepas mengucapkan semua tu, dia bangun.
"Sekarang kita berdua aje dalam kelas. Macam hari tu. Waktu kita jadi makin akrab." katanya lagi. Kemudian barulah dia keluar tinggal aku seorang dalam kelas.
Tadi dia cakap.. Dia cintakan aku, kan?
-----
YOU ARE READING
[🌹] tshirt °taehyung
Fanfic+aku dah kata, lelaki ni tak boleh dipercayai. Baru nampak badan aku sikit dia dah horny.