#1 Berkawan?

671 53 11
                                    


Pernah korang berkawan dengan benda yang tak sepatutnya? Atau lebih dikenali makhluk halus? Kisah ini dah lama berlaku..waktu tu umur aku dalam lingkungan 5-6 tahun maybe. Entahlah aku tak berapa ingat sangat. Tapi time mama aku ceritakan balik kisah nih dekat abang nik aku,dia tanya aku muka dia macam mana..Meh aku citaa..

Aku ini selalulah pergi rumah tok aku ni. Nak kata setiap harilah.. Jarang tak pergi sana. Lagipun tadika aku dekat rumah tok aku. So,mama aku mesti hantar aku dekat rumah tok pukul 6 pagi dan ambil pukul 7 malam.

So dipendekkan cerita. Malam itu seperti biasa mama aku ambillah aku. Time tu aku tengok jelah persekitaran. Tengah tengok tu..aku nampak bayang seorang perempuan tengah lambai dekat aku. Aku apa lagi lambai la balik. Yela budak la katakan.. Perempuan tu berdiri sebelah pokok pisang. Baju dia putih dan ada banyak koyak rabak. Muka dia aku tak nampak sangat.

Mama aku perasan aku lambai something. Dia tanyalah aku lambai sapa? Kau rasa apa aku cakap?

Dah nama pun budak kecil konfem la aku cita benda betul. Mama aku peliklah..mana ada sesiapa dekat situ. Mama aku ingat aku just imaginasi la kononnya. So,mama aku biar jelah.

Esoknya..mama aku hantar la aku dan adik aku pi rumah tok aku dan seperti biasa akan ikut laluan yang sama. Kena jugak nampak pokok pisang itu. Dah nama pun pagi.. Mustahil la orang kata boleh nampak 'benda' kan.. Masih pukul 6 pagi maka gelap gelita la jawabnya..

Waktu itulah aku jumpa 'kawan' baru aku.. Yelakan..aku nih budak 5/6 tahun,mananya ada kawan. Dekat tadika pun kena buli (kesian author). Bila jumpa pokok pisang tu aku nampak perempuan tu lagi. Aku gitaulah adik aku tu..umur dia 3/4 tahun. Mana paham ye dok

Tapi adik aku kata mana ada orang. Aku still dengan pendirian aku yang ada manusia disitu. Bila sampai rumah tok,tok aku kasi la makan. Yolaa..dekat rumah aku mana sempat nak makan. Rushing kejenye.. Waktu makan tu aku minta la pinggan lebih. Tok aku dah pelik dah..kenapa minta pinggan lebih pulak? Sedangkan hanya kami yang makan. Tok aku ingat mungkin nak main kot. Bila tok aku tanya nak buat apa.

Aku cakaplah untuk kawan. Aku tunjuk sebelah aku. Time tu sebelah aku memang takde sapa pun. Adik aku duduk sebelah tok aku. Ho.. Sapo pulak tepi aku? Tok aku katalah yang sebelah aku tu kosong mana ada orang. Aku kata ada. Perempuan tu sebaya dengan aku ja tak silap la. Dia cantik gilaa.. Rambut dia yang panjang sehingga paras kaki,baju dia koyak rabak. Aku tak tahulah kenapa aku cakap dia cantik.

Dia putih gebu. Aku suka kawan dengan dia. Dia baik.. Tok aku kasi jelah pinggan lebih sebab ingat aku imaginasi je. Haish tak caya cakap aku langsung! Sejak itu,tok aku selalu nampak aku main dengan 'dia',borak dengan 'dia' sampai tidur pun dengan benda tu. Mananya tok aku tak rasa something. Setiap kali aku lintas tepi tok aku sambil borak dengan benda tu. Mesti tok aku rasa angin kuat. Adik aku? Huh..dia tak pernah main dengan aku. Sebab apa nak tahu?
Dia tengok aku cakap seseorang. Maunya dia tak lari. Kalau orang tengok aku konfem fikir aku ni gila..

Tok aku tanyalah mama aku. Ada tak nampak aku borak seseorang,makan mesti ada pinggan kosong tepi? Mama aku jawablah selalu nampak aku borak dengan benda tu. Bila tanya mesti jawab borak dengan kawan. Kalau tanya kawan mana..tunjuk tepi. Tapi sebenarnya tepi aku kosong. Tok aku suruh bawak aku pergi berubat. Macam biasalah mama aku jawab nantilah. Busy always..

Waktu pergi kenduri pun,aku akan tanya mama aku boleh tak bawak kawan ikut. Aku akan bagitahu yang 'kawan' aku tu sepi kalau tak de aku. Mama aku apa lagi seram sejuk ahh jawabnya.. Lepas bincang dengan abah aku,so aku dibawak ke rumah bomoh. Kalau tak silap aku bomoh tu bomoh keluarga belah abah aku.

Family belah abah aku semua ada dekat rumah si bomoh ni. Bomoh ni perempuan gak la..dia sekarang ni umur tak silap 70 lebih. Uishh..bapak lama dah jadi bomoh. Aku bila nampak bomoh ni apa lagi seram la jugak. Dia pandang tepi aku. Ahh..dia boleh nampak 'kawan' aku rupanya. Bomoh tu tanyalah aku. Nampak tak perempuan sebelah aku ni? Aku dengan konfiden jawablah ya. Gila tak nampak? Kawan aku kot.

Lepas tu bomoh tu bacalah apa yang patut. Aku tak tahu menahu langsung apa yang dia cakap. Baca surah ka baca jampi ka aku pun tak tahu la nak..

Abah aku tanyalah macam mana. Benda tu nak pergi tak? Tahu dia jawab apa?

Benda tu tak nak pergi.. Sebab dia dah rapat sangat dengan aku. Nak tak nak bomoh tu kenalah buat sampai benda tu pergi. Waktu bomoh tu buat,semua yang ada dekat rumah tu..semua nampak benda tu. Tapi diorang tak nampak macam aku nampak.. Aku nampak dia cantik. Lain pula family aku. Diorang nampak makhluk yang dipenuhi ulat. Dan bau dia busuk sangat.

Bau bangkai..

Muka yang reput tambahan lagi mata dia merah menyala. Aku tak tahulah apa bomoh tu buat lepastu. Semuanya gelap. Yang aku pasti benda tu tak lagi aku nampak.. Bomoh itu hanya tutup hijab aku supaya tak nampak 'kawan' aku lagi. Hanya kerana benda tu tak nak pergi. Dia masih ada..cuma aku ja tak nampak.

Sejak kejadian tu..sikap aku mulai aneh. Aku lebih suka kegelapan. Aku juga suka akan bau darah..pelikkan? Bau mayat dekat bilik mayat itu aku rasa bau dia best..padahal tiada siapa suka bau itu. Mungkin sebab aku pernah berkawan dengannya.. Dan ada lagi teruk..

Kalau malam dan aku dah tidur..mesti abah aku akan nampak 'benda' tu tengah belai aku di tepi katil bilik aku. Walaupun aku tukar bilik,tetap dia ada disisi aku..menemani aku ketika tidur.. Abah aku buka yassin atau ayat alquran tapi tetap dia tak pergi.. Dia akan tetap belai aku. Pelikkan? Tapi ini bukan berakhir disini..ada lagi..

Ini kisah aku..kisah korang pulak? Komen dibawah..aku sentiasa menjawab segala komen disitu. Vote and comment yaa

Real Story [HORROR]Where stories live. Discover now