"Yerin ireona~"
Yerin lalu membuka matanya perlahan bila dia terdengar suara memanggil namanya. Dia memandang sekeliling dan dia dapati yang dia berada kat tengah hutan. Bersama dengan geng bts dan Mark, Jackson. Yerin masih lagi berada dalam pangkuan Jungkook.
Jungkook: Seronok tidur? *usik*
Yerin: Yah! Ini bukan masanya untuk usik aku lah. *tarik rambut Jungkook*
Mereka sepertinya tengah bersembunyi daripada vampire yang mengejar mereka. Mereka memang nak keluar secepat mungkin dari dunia ni tapi malangnya polis vamp sedang mencari mereka di semua tempat. Termasuk dalam big hit forest.
"Ish bila diorang nak give up ni?!!" Marah Suga. Mereka terpaksa bersembunyi kalau tak nak kena tangkap. Mereka semua berkumpul dalam bentuk bulatan.
"Jom main truth or dare?" Yerin tetiba membuka suara tapi dengan nada yang perlahan. Mereka semua memandang antara satu sama lain.
V: Weh kau sakit ke apa ni? Jangan kata otak kau dah rosak? *risau*
Jhope: Tetiba bawa main game ni kenapa? Dahlah kita tengah dalam keadaan terdesak sekarang ni.
"Kau buang tebiat ke apa ni?" Tanya Jungkook sambil memandang Yerin yang berada dalam pangkuannya. Btw si Jungkook ni tengah duduk bersila jadi maksud dia Yerin ni duduk paha Jungkook dalam keadaan bridal style. Macam baby pula Jungkook angkat Yerin ni😂😂
"Alaa...Aku tak pernah main game ni dengan korang." Rungut Yerin. Mereka pun iyakan ajelah. Entah jauh dalam sudut hati mereka, mereka rasa tak sedap hati.
Suga lalu menggunakan panahnya untuk dijadikan sebagai pengganti botol dalam game ni😂 Suga pun memulakan game tu. Dan anak panah terhenti kat arah Jimin. Mereka pun memandang Jimin dengan wajah nakal. Siap angkat-angkat kening lagi.
"Truth."
Namjoon: Kau masih rasa suka kat Yerin ke sekarang walaupun dia dah berpunya oleh kawan baik kau sendiri iaitu encik Jungkook? *bercakap macam mc sebuah rancangan😂*
Jungkook memberi Jimin pandangan ' ah jawab'. Yang lain dah tersengih. Jimin lalu mengeluh panjang dan mengangguk. Yerin lalu tergelak kecil kerana dia sangkakan Jimin dah tak suka dia. "Susah tau nak lupa cinta pertama." Rungut Jimin lalu mereka pun menggertak Jimin sebab dia comel sangat😂
Setelah tu Jimin pula putarkan anak panah. Kali ni suara ketua polis vamp kedengaran jelas bila dia cakap pakai speaker. "Baik kamu keluar sekarang!!!" Jeritnya. Tapi mereka masih tak kisah dan teruskan bermain. Aishh budak-budak nakal ni😂
Anak panah menunjuk ke arah V. V lalu mengeluh geram. Yang lain mula tergelak kecil melihat gelagat V yang geram macam budak kecil.
"Truth or dare?"
" Dare " Kata V sambil smirk. Tunjuk terer kononnya. Mereka semua mula berfikir dare apa yang perlu mereka suruh V. Mereka menyuruh Yerin yang bagi dare sebab heroin sekarang ni ialah Yerin.
Yerin: Hmm...Menari tarian kamu. Alaa kamu kan idol? Aku tak pernah nampak kamu menari.
V: Erm..Senang je kalau tu. Blood, Sweat and Tears? Aku on je kalau tarian tu.
V lalu menari tarian tu dengan berhati-hati. Asal ada polis vamp lalu, V terus duduk. Lepas polis vamp tu pergi, dia berdiri semula dan menari balik.😂 Bayangkan ajelah macam mana situasi tu yer. Yerin yang menonton pun turut tergelak bila V asyik menari duduk menari duduk😂😂 Jungkook yang sedang memangku Yerin pun keberatan bila Yerin asyik bergerak dalam pangkuannya. Bergerak sebab ketawa kay bukan benda lainnn ehhhh😂
V: Aishh penat akuu! Dah meh sini aku putar anak panah tu.
V pun memutar anak panak tu dan ia berhenti tepat ke arah Jungkook dan Yerin. Mereka semua memandang Jungkook dan Yerin.
Jungkook: Biar aku-
Yerin: Tak. Biar aku.
"Truth or dare?"
Yerin: Truth. *tersenyum lebar*
"Hmm... Kau pernah rasa suka tak pada kami? I mean yang perasaan cinta? Jujur okay." Jin bertanya dan membuat yang lain mula rasa ingin tahu.
Jungkook apa lagi, bersedia nak rasa cemburu dan sakit hati tapi dia tahu yang Yerin tetap akan pilih dia antara mereka semua.
Yerin: Hmm..Memang pernah.
Jungkook: Bwo?! *tarik rambut Yerin perlahan*
"Apaaa! Aku jujur okay it's for the game. Okay, aku pernah suka Jimin. Masa tu Jimin confess ngan aku😂 Lepas tu, aku pernah suka Suga dan V jugaaa😂😂😂😂 Mian." Jelas Yerin membuat Jimin, V dan Suga terdiam sambil wajah mereka berona merah.
"Aku pernah suka Mark juga😂😂 Mark ialah crush lama aku sejak aku mula masuk vampire hunter organization. Tapi Mark suka orang lain so aku putus asa tak lama tu. Dia asyik cakap pasal pompuan tu buat aku marah dan aku benci dia tapi tak lama😂😂" Jelas Yerin balik.
Jackson: Yahh kau tau tak pompuan yang Mark cakap tu siapa? Kau lahh bodoh!!! Mark suka kau sejak kau masuk vampire hunter organization.
Yerin: Bwo? Jinjja?!! Cara dia cakap tu macam perempuan tu bidadari jeee. Aku nii dah lah dia asyik cakap macam nenek kebayan.
Mark: Alaa tau tau lah lelaki kannn. Mana nak ngaku depan pompuan dia suka.
Jungkook: Oh jadi kau sekarang ni masih sukalah ngan awek cun aku sorang ni hah? *muka jeles*
"Tak huhu😌 Sebab aku suka Jackson ohohoho" Gurau Mark sambil memegang tangan Jackson dan mengelip matanya beberapa kali😂
"Ni aku tak suka bila dia naik sawan ni. Macam aku nak sepak jee dia pakai selipar buruk aku" Kata Jackson sambil menyiku Mark😂 Mereka lalu tergelak macam sial sampai suara mereka kedengaran oleh beberapa polis vamp.
Polis vamp A: Aku dah jumpaaa diorang!!!
Mereka terkejut bila beberapa polis vamp mengepung mereka. Tak lama kemudian ketua polis vamp pun sampai dengan lebih banyak polis vamp.
Ketua polis vamp: Wahh berani kamu selamatkan musuh ketat kaum kita?!! Korang dah hilang akal kee?!! Serah kan manusia keji tu dan aku akan lepaskan kamu.
Jungkook: Noo! Korang jangan harap lah nak sentuh Yerin dengan tangan jijik korang! Dia tak pernah buat apa-apa pun kat korang kenapa kamu semua nak bunuh dia?!!! *nada bengis*
"Bwo?!! Sebab dia ni manusiaa! Musuh dan juga makanan kitaa! Dahh sekarang baik korang serahkan dia kalau tak kami akan tembak korang." Kata Ketua polis vamp dan memacukan pistol ke arah mereka. Polis lain pun buat perkara sama.
Yerin: Kookie...Just let me go okay? *tersenyum sambil melepaskan diri dari pangkuan Jungkook*
Jungkook: No...Please no. Aku takkan biarkan diorang cederakan kau. *menarik tangan Yerin*
"Yah. Aku takkan lupakan kau. You will always be my kookie arrasso? Aku tak nak korang semua cedera disebabkan aku." Kata Yerin sambil tersenyum memandang Jungkook. Matanya berkaca tapi bibirnya tak lekang dari tersenyum.
Jungkook tak dapat tahan dirinya dari menangis. Yerin juga turut menangis bila dia nampak Jungkook dah mula nangis. Mereka yang lain juga dah mula rasa sebak di dada. Yerin memandang mereka semua sambil tersenyum.
"Aku tak akan pernah lupakan korang. Jeongmalyo." Kata Yerin sambil tersenyum dan dalam masa yang sama menangis.
xxxxxxxxxxx
YOU ARE READING
[c] Vampire Kiss S.1 ( BTS )
VampireIt's about BTS and this is a Malay fanfic. Wanna know the story line? Read it then. This story is a lil bit of byuntae and lots of cursing words. So if you cant deal w it then bye bye