" Aira, jom kita pergi taman? " Tanyaku.
" Kau ni tak habis-habis taman taman taman. Dah-dahlah tu. Aku penatlah hari ni. " Jawab Aira dengan matanya yang masih tekun membaca buku.
Aku dan Aira ialah kembar tak seiras. Walaupun aku lebih tua dari Aira, tetapi perangai aku lagi budak-budak dari Aira.
Ah, tak kisahlah. Aku ni jenis tak suka serious sangat. Tapi, aku suka lelaki jenis serious.
Eh? Apa aku cakap ni?
Betul jugak, biasanya jodoh bertentang sifat, kan? Hm tak payahlah fikir benda-benda macam ni panjang-panjang. Just enjoy your lifeu!
" Jomlah, Aira-chan! " Pujukku lagi, tersenyum lebih lebar. Perlahan-lahan Aira menutup bukunya.
" Aisa, please stop with that Chan! Its really annoys me! " marah Aira. Tapi aku tak kisah, aku dah biasa.
" Ha, jomlah. Kadang-kadang rasa lemas duduk dalan rumah ni pun ada. " ujar Aira.
" Ha, macam tulah kembar aku! " jawabku dengan senyuman masih mekar di wajah.
Playground.
" Aira, Aira, Aira! Tu buaian tu kosong! Jomlah main buaian! " Ajakku, melompat girang. Tanpa memberi apa-apa respons, Aira bergerak ke arah buaian itu.
" Buai laju-laju.. " dendang Aira. Aku mengaku, Aira dikurniakan suara yang lunak. Tak macam aku. Suara jantan.
Teringat lagi aku ada seorang budak laki ni tegur aku,
" Weh, Aisa. "
" Ya? "
" Kenapa suara kau macam laki eh? "
" Yeke? Hm tak kisahlah. Asalkan ada suara dahlah. "
" Betullah apa kau cakap tu, tapi nampak sangat kau takde ciri-ciri keperempuanan yang sopan. "
" Tak kisahh! Hehe. "
Entahlah. Dalam dunia ni, macam-macam benda aku 'tak kisah'. By the way, aku memang tak kisah apa diorang cakap. Aku hanya mampu menerima dan redha.
" Emm, Aira. " Panggilku perlahan.
" Ya? " Jawab Aira lembut. Dia ni kalau aku berlembut baru dia berlembut. Kalau aku duk terloncat-loncat, memang dia akan buat muka berang dia.
" Kau percaya tak dengan Dunia Fantasi? " tanyaku, tersenyum dan mengharapkan dia memberi jawapan yang positif.
" Itulah kau, banyak sangat baca novel-novel fantasi. Huh, jangan percaya sangat. Semua tu merepek je. " jawab Aira. Walaupun lembut namun ada kekerasan disebaliknya.
" Huh, merepek ke? " Keluhku.
Rumah.
Malam.Aku ada satu hobi yang sederhana tak masuk akal. Pertama, google gambar-gambar Dunia Fantasi. Kedua, cuba lukis Dunia Fantasi aku sendiri. Ketiga, baca novel-novel fantasi.
Aku percaya, Dunia Fantasi tu wujud.
Dan aku ada satu cita-cita yang pelik. Iaitu, mengembara Dunia Fantasi.
Aku hanya remaja (mungkin) berumur 18 tahun. Begitu juga Aira. Kalau kami berpeluang mengembara Dunia Fantasi esok pun, bukannya boleh pergi sendiri.
Mesti ada sesuatu yang bahaya, kan? Alah, itu takde masalah. Aku berani!
Sudahlah, masa untuk membuat satu perkara yang selalu aku buat sebelum tidur.
Layan anime. Tajuknya ; The Magic Forest.
Betul tu! Genre cerita dia fantasi! Best, pasal kanak-kanak yang sesat dalam hutan magika.
And yeah, aku selalu bayangkan watak utama anime tu adalah aku.
Alangkah seronoknya dapat mengembara Dunia Fantasi.
YOU ARE READING
Realiti Fantasi
FantasyFantasi? Wujud ke dunia Fantasi tu? Bagi Aisa mungkin 'ya'. Tetapi bagi yang lain, semestinya 'tidak' dan 'mengarut bin merepek'. " Kau percaya tak dengan Dunia Fantasi? " - Aisa. " Itulah kau, banyak sangat baca novel-novel fantasi. Huh, jangan pe...