Nawal's POV
Aku membawa turun sekepulan awan maklumat. Awan ini akan memberi maklumat tentang sesebuah kawasan.
Contohnya macam dalam hutan ni ada apa, jauh lagi ke destinasi dan lain lain.
Lebih kurang macam GPS la.
Aku meneliti kepulan awan tersebut. Mencari maklumat tentang Makmal Ashzack. Sama ada jauh lagi atau tidak, kita tahu nanti.
Hah!
Menurut awan ni, mungkin dalam 3 hari lagi kita akan sampai ke Makmal Ashzack.
Aku terus mengkhabarkan kepada semua team aku. Mereka bersorak gembira."Wah, cayalah! Tak sia-sia perjalanan kita kali ni kan?" Fatir gembira. Disetujui oleh semua orang.
"Tapi korang kena ingat.." Helena bersuara. Semua memalingkan pandangan ke arahnya. "Semakin dekat kita dengan makmal dia, makin upgrade haiwan ciptaan dia." Diberi peringatan oleh Helena.
"Haritu masa aku gi cari Aisa tu, dia kena serang Mousterfly level 6. So mungkin kita kena berhadapan kena level 10 keatas." Kaze pula bersuara.
"Pehh kalau dah level 6 pun nak tercabut nyawa lawan, apatah agi level 10 keatas." Afiey menepuk-nepuk dahinya.
"Nasib baiklah dia boleh boleh cipta bawah 20 level je. KALAU MATI KITA NAKK, MATIIIIII!" Tambahnya. Dah macam orang tua bercerita pulak aku tengok Afiey ni.
"Yelah yelah." Kitorang menjawab, serentak. Tersengih-sengih pulak si Afiey ni. Buang tebiat ke apa?
- - - - -
Malam.1 hari telah berlalu. Tapi peliklah pulak, mana makhluk-makhluk ciptaan Dr. Ashzack? Tak jumpa pun?
"Semua orang keletihan ke?" Aku bertanya. Semua mengangguk, lemah sekali.
"Hmm. Takpelah. Malam ni kita rehat dulu. Esok kita sambung." Yelah, aku pun letih jugak.
Sebelum aku tidur, aku kena pastikan semua orang tidur dulu. Maklumlah, ketua kumpulan secara tak rasmi.
Ehh ye sangatlah tu.
Selepas memastikan semua ahli tidur, aku mengambil tempat di sebuah pohon. Baru je nak lelapkan mata tiba-tiba,
"Nawal..." Terdengar satu suara memanggilku. Aku mencari kelibat suara itu. Oh Flora. Perlahan-lahan dia aturkan langkah mendekatiku.
"Sebelum kau tidur, aku nak bagi kau 1 klu. A white with a heart just for you." Flora berbisik tetapi masih dapat didengari oleh aku seorang. Dia tersenyum lalu pergi ke pohon pokok yang dia duduk tadi.
A white with a heart just for you?
Apekah?
Ahh lantaklah. Esok-esok lah fikir. Nak fikir malam ni memang tak ah. Boleh blank otak aku.
- - - - -
"Semua adaaaaaaa?!"
"Adaaaa!""Go go go! Kita sehatiiiii, kitaaaa boleh!"
"Kita sehatiiiii, kitaaaa boleh! Hup hah!"Saje buat cheers pagi-pagi ni. Semangat sikit. HAHAHAhampeh.
Kami meneruskan berjalan dengan hati yang sangat berbunga. Elehh, mentang-mentang dah recharge energy. Lagi-lagi takde halangan dari Mousterflies tu. Gila tak happy?
"Oh wow, langit nampak indah harini!" Aira memuji. Aku menjelingnya tajam.
"Dahtu kau nak aku gelapkan langit tu?" tanyaku.
"Boleh jugak. Alang-alang dah gelap tu, turunkan hujan sekali. Boleh aku main dengan air." Ditekankan perkataan air diakhir ayatnya. Aira tertawa besar, diikuti dengan yang lain.
Memang hilang akal.
"Alahhh chill lah, Nawal! Enjoylah sikit. Bukan senang nak sampai Makmal Ashzack ni." Kaze memeluk tengkukku. Sesak aku jadinya. Takleh blah gila ah team ni.
But, macam yang korang tahulah. Aku bukan serious sangat pun marah diorang. Biasalah sekepala.
Tiba-tiba...
Aku teringat pasal klu Flora semalam. Sedikit informasi untuk anda, aku memang bijak dalam klu-klu ni.
Meh tengok sama ada betul tak aku solve the clue.
A white.
With a heart.
Just for you.White.. Putih? Helena?
Heart.. Hati?
Just for you.. Untuk aku?
Helena, ada hati, untuk aku?Heh, Flora. Senang sangatlah klu kau.
Aku teringat Helena cerita sebuah kisah..
"Masa aku kat dunia luar tu kan, aku ada crush tau. Ada sekali tu, crush aku sergah aku. Pastu aku melatah 'opocot crush tersayang'. PASTU SEJAK TU DIA TAHU AKU SUKA DIA. DAHLAH GENG DIA ADA MASATU. PASTU SEMUA ORANG EJEK AKU 'CCL' a.k.a 'CIK CRUSH LATAH' . Pastu aku malu sangat masatu, aku pun sembunyikan diri dalam hutan ni. Pastu masetu, Tuan Shimaga datang pujuk. Pastu dia ajak aku datang istana ni. Aku takut masatu, tapi entahlah aku rasa seronok."
Masatu umur kitorang 12 tahun, 7 tahun dah aku kenal dia. Sekarang kitorang 1 team semua 19 tahun. Masatu ada aku dengan Helena je kat Hutan Magika ni. Dia cerita tu kat aku masa first time aku kenal dia kat meja makan.
Sebab tu aku 'rapat sikit' dengan Helena. Sikitlah sangat. Heh.
Meh aku try sergah dia. Tengok dia latah apa. Kalau dia latah tu, betullah tu dia suka aku.
"WOIIII HELENAAAA!!" aku menjerit, sekuat hati.
"Opocot crush kesayangan!!!" Berbeza sikit but nevermind I got the answer.
"Apahal kau latah camtu?" Tanya Fatir. Muka Helena dah merah dah.
Relax, Helena. Because this grey with a heart just for you too.
Pengembaraan bersambung...
Hai korang! Thanks sebab setia dengan Realiti Fantasi! Ye, ye aku tau hambar cerita ni, maaflah ye.
Harini, aku nak bagi readers sedikit informasi pasal cerita ni.
Watak-watak dalam cerita ni pada mualnya semua manusia biasa yang tersesat dalam Hutan Magika. Diambil oleh Tuan Shimaga untuk dijadikan pahlawan hutan.
Team Fantasy ni sebaya semua tau. Takde yang beza umur.
Meh tengok dorang masuk Hutan Magika ni masa umur berapa tahun.
Nawal & Helena : 12 tahun
Kaze : 14 tahun
Afiey : 15 tahun
Fatir : 16 tahun
Flora : 17 tahun
Aisa & Aira : 19 tahun (tahun sekarang dalam cerita ni)*Setiap kemasukan mereka dalam Hutan Magika ni ada sejarah disebaliknya. Akan diceritakan dalam bab akan datang.*
TAPI!Masa umur 12 tahun tu, Nawal masuk lebih awal. Beberapa bulan lepastu, baru Helena.
So kiranya Helena & Nawal 'paling tua' dalam team ni dan diangkat dulu menjadi pahlawan hutan. Lepastu Kaze. Then Afiey. Then Fatir. Then Flora. Then AA Twins.
Setiap ahli baru yang menyertai, akan memulakan perjalanan.
Contohnya, Helena & Fatir pernah memulakan perjalanan mereka BERDUA SAHAJA namun begitu gagal. Mereka perlu tunggu ahli baru, barulah boleh mulakan perjalanan baru.
Namun perjalanan dorang selalu gagal. Sampai kehadiran AA Twins.
Eh, yakin ke kehadiran AA twins ni boleh berjaya? Tunggguuuuuu ~
That's all. Mohon faham -.-
YOU ARE READING
Realiti Fantasi
FantasyFantasi? Wujud ke dunia Fantasi tu? Bagi Aisa mungkin 'ya'. Tetapi bagi yang lain, semestinya 'tidak' dan 'mengarut bin merepek'. " Kau percaya tak dengan Dunia Fantasi? " - Aisa. " Itulah kau, banyak sangat baca novel-novel fantasi. Huh, jangan pe...