Bab 25

37 2 0
                                    

Kaze's POV

"Aaaa, Earra, nanti dulu." Aku cuba menenangkan Earra. Kalau Aisa nampak macamana? Perempuan ni overthinking dia jauh sikit. Nanti dia pikir aku curang ke apa ke, mesti dia mintak break!

Atau mungkin dia dah nampak? Takpelah, nanti aku explain. Huhuhuhu.

"Cepatlah Khairul. Bawak aku keluar dari sini. Aku dah tak nak duduk sini. Aku nak jumpa mummy ngan daddy aku." Ujar Earra, cuba menahan tangisannya. Aku terdiam, aku dah tak tahu nak buat macam mana dah!

TING ! Aku dapat satu akal!

"HELENA! SINI KEJAP!" Jeritku, memanggil Helena disebalik pokok. Helena tertoleh lalu melangkah datang mendekatiku. 

"Apa kau nak? Aku tengah pujuk Aisa ni." Helena menjuihkan bibirnya, tanda protes. Aku membuat muka terkejut. Nangis asal pulak nih? Dia nampak ke?

"Jangan cakap Aisa nangis sebab-" belum sempat aku menerusan kata-kata, Helena laju memotong, "Ye, dia ingat kau curang." Mendengar penjelasan Helena itu, aku meraup muka. Halahhhhh aku dah kata, mesti dia overthinking punya.

"Aku dah kata kat dia, jangan overthinking sangat. Aku kata lah, tu kawan lama kau, dia tak nak percaya jugak. Dia kata mentang-mentang si Earra ni cantik, kau terus berubah hati. Pastu dia kata lagi yang lelaki semua sama je. Realiti ke, fantasi ke semua sama je." Ujar Helena panjang lebar. Aku hanya mengeluh. Alaaa kau ingat perempuan ada yang lain-lain ke. Semua pun sama jugak. Pantang nampak boyfriend dengan perempuan je, terus overthinking.

"Dah habis tu---" sekali lagi, kata-kataku dipintas lagi. Tapi kali ni dengan Earra pulak. "Cepatlah Khairul, bawak aku keluar! Aku suruh bawak keluar, kau panggil Lena pulak. Apahal kau ni?" Bebel Earra. Aihhh, serabut pulak aku.

Menyesal pulak aku suka minah ni. Cuba bayangkan aku kahwin dengan dia? Mesti hari-hari kena bebel. Macam Mak Cik Munah jiran aku. Hahahaha, ingat lagi aku kat dia. Suka membebel kat mak aku.

"Ish yelah yelah, aku nak tolong ah ni. Ha Helena, kau ada penawar bawak keluar hati hutan ni tak?" Tanyaku kepada Helena. Helena menggeleng laju. "Aku takde penawar macam tu, kalau aku ada, dah lama aku minum, bebaskan diri aku."

Ye tak ye jugak eh. Kalau Helena ada, kitorang semua mesti dah bebas dari Hutan Magika ni. Tak payah pergi cari Naga Mabra dengan Doktor Ashzack tu!

"By the way, aku pernah mintak dengan Tuan Shimaga penawar macam tu, tapi dia taknak bagi. Sekarang aku cuma ada penawar teleportasi pergi ke Istana Tuan Shimaga je. Kau nak tak, Earra?" Tanya Helena. Earra hanya memeluk tubuh dan menjeling.

"Kalau taknak, cakap taknak. Takyah jeling-jeling. Dah jom korang, kita tinggal dorang semua ni kat sini." Ajakku, mula melangkah. "Ehhhhh Helena, kejap!" Suara Earra memberhentikan langkahku. Aku menoleh laju.

"hmm yelah, aku amik penawar tu. Bak sini, cepat. Cahya, Lexus, Jack, jom ikut aku pergi Istana Tuan Shi apa tah. Aku dah lemas duduk dalam hutan ni." Arah Earra. Cahya, Lexus dan Jack hanya menurut. Eh, setahu aku, Jack ketua kumpulan ni. Hmm, apa-apa jelah.

"Berehatlah ya, doakan kami berjaya dengan misi kami!" Jerit Afiey sebelum mereka beremppat hilang dari pandangan.

Nawal's POV

Selepas kejadian tadi, kitorang memang dah keletihan sangat. So, kitorang bercadang nak berehat je sekarang. Esok pagi baru bergerak kot.

"Okay so, now let's story-mory. But first, aku nak tanya Helena satu soalan." Ujarku, menjeling kearah Helena yang sedang rancak berbual dengan Flora. Tiba-tiba, Helena mempamerkan muka terkejut.

"Kau nak tanya apa, setan. Aku nak membawang dengan Flora." Helena menjeling. 

"Sabarlah. Ni aku nak tanya, kau menghilang kemana hah? Kitorang risau tau tak!?" Aku meninggikan suara sambil bangun dari kayu balak yang aku duduki. "Risau lah sangat! Muka takde perasaan, macam tu kau kata risau?!" Helena juga meninggikan suaranya sambil berdiri di kayu balak.

"Yelah, mestilah risau! Kau kan crush aku! Kalau jadi apa-apa kat kau macam mana?!" Tengkingku lagi. Yang lain dah tak berani nak ganggu pergaduhan aku dengan Helena.

Tiba-tiba muka Helena jadi merah. Oh tidak, aku rasa aku ada terlepas cakap something lah tadi.

"Kantoi dahhhhhhhh!!!!" Jerit Afiey yang duduk di atas kayu balak bersebelahan dengan ku tadi. Oh shet, habislah!

"Kau-- kau apa tadi?" Tanya Helena semula, mukaanya macam mengharapkan kepastian. Yelah, siapa je percaya kalau crush kau suka kau balik, kan?

"Takde ape lah, dah jom tidur, aku dah ngantuk! Esok nak gerak awal." Ujarku, terus bersandar di sebuah pokok. "Aduiii, kena gigit nyamuk pulak!" Aku menepuk lenganku. Sekadar berlakon, nak cover malu woi!

Fatir datang duduk di sebelahku. "Habislah kau, Wal. Lena muka merah habis dah tu!" Sakat Fatir. "Wehh, harap-harap dia tak percaya ah. Aku taknak kantoi lagi. Awal lagi ni." Ujarku.

"Apa salahnya? Korang kan suka sama suka?" Sakat Fatir lagi. Aku terus memejam mata, mengendahkan apa yang dia katakan tadi.

Pengembaraan bersambung...


Realiti FantasiWhere stories live. Discover now