Bab 3

146 18 0
                                    

Actually, aku, Aira dengan Flora bertiga je kat tapak perhimpunan istana tu. Yang lain entah kemana.

Dan sekarang, datanglah penduduk-penduduk istana yang lain. Terdapat 5 orang ahli istana yang turut memakai baju pahlawan. Dan yang lain semuanya 'bibik.'

I was wondering, kalau 5 orang lagi tu diantara kalangan seperti Flora?

Dan. Kenapa tinggi dan muka dorang macam sebaya dengan aku dengan Aira?!

Akhirnya, bermulalah 'mesyuarat besar' di tapak yang luas ini.

" Selamat sejahtera semua. " Ucap seorang lelaki yang dalam lingkungan 30an.

" Selamat sejahtera, tuan. " Jawab semua penduduk, termasuk Flora. Kami masih blur.

" Tujuan berdirinya saya disini, " Lelaki itu menyambung.

" Macam guru besar berucap je weh. " Bisikku pada Aira. Aira mengangguk setuju lalu tergelak kecil.

" Untuk merasmikan 2 orang pahlawan baru, Aisa dan Aira. " Sambungnya.

Tentu, kami terkejut beruk. Macam mana dia boleh kenal kami? Aku fikir Flora je kenal?

" Flora dan Helena menemui mereka di Tasik Aquale, dan membawa mereka kesini. Saya datang melihat keadaan mereka. Firasat saya kuat mengatakan, merekalah yang akan menolong kita selesai masalah ini! " Semua penduduk istana bersorak gembira. Kami masih terkial-kial

" A-apa. " Kata kami, serentak.

" Aira, Aisa mari kedepan. " Kami hanya menurut. Perlahan-lahan kami melangkah.

" Dengan ini, saya akan kurniakan kamu berdua kuasa. " Lelaki itu mula mengeluarkan magiknya.

" Saya beri Aisa kuasa ais, dan Aira kuasa air. Saya harap kamu berdua sudi menolong kami. " Katanya selepas memberi kami kuasa.

" Kami setuju, tuan. " Jawab kami, hampir serentak.

-
Tasik Aquale.

" Wah! Saya tak sangka ada jugak yang sudi tolong kami! " Ujar Flora, gembira.

" Ahh, takde apalah. " Jawab Aira, tersimpul-simpul. Ee dia ni, nak malu-malu katak pulak.

" Oh. Lelaki tadi tu siapa? Nampak macam dia orang terhormat? " Tanya Aira.

" Dialah Tuan Shimaga. " Jawab Flora, 3 patah perkataan.

Kami hanya mengangguk faham. Tuan Shimaga. Kami fikir dia tua sangat. Macam umur 70an. Hahahaha.

" Pasal kuasa yang korang dapat, ada tak apa-apa benda? " Tanya Flora pula.

" Benda apa? " Tanyaku dan Aira serentak. Yelah, siapa tak pelik tiba-tiba ada benda.

" Macam ni. " Ujar Flora dan mula menyeluk-seluk beg silangnya coklatnya. Dan dibawa keluar sekuntum bunga.

" Wah, cantiknya bunga ni. Tapi... Emm.. Bunga apa ni? " Tanyaku.

" Inilah Bunga Renixa. Dalam bunga ni, ada kuasa khas untuk tumbuhan dan bungaan sahaja. " Jelas Flora.

" Contohnya? "

" Contohnya, macam ni. " Flora mula melihat sekeliling. Apa agaknya yang dicari ye?

" Ha, bunga ni layu kan? " Flora mula menerang. Kami mengangguk laju, macam sendi leher putus pula.

Flora mula mengacukan Bunga Renixa kearah bunga tersebut. And guess what? Bunga tu jadi sihat walafiat semula! Hebatnya!

" Oh. 'Benda' macam tu. Hebat! " Kataku, teruja.

" Hmm, kami tak dapat apa-apa pun? Tuan bagi ke tak kuasa ni? " Gurau Aira. Mestilah Tuan bagi.

" Jangan risau. Dia bagi kuasa tu. Tapi kuasa korang cuma dari hati dan tangan. " Flora tersenyum.

" Hati dan tangan? " Aduh, apebende pulak si Flora cakap ni.

" Ya! Cuba korang guna kuasa pada pokok ni. " Cadang Flora sambil menepuk-nepuk pokok disebelahnya.

" Cara 'hati dan tangan' tu, halakan tangan korang kat pokok ni dan niatkan dalan hati nak bekukan/siram pokok ni. " Terang Flora lagi.

Kami mula menghalakan kedua-dua belah tangan kami kearah pokok berdekatan dan mula berniat. Akhirnya, kuasa kami keluar.

" Oh, macamtu! Hati dan tangan! " Seru kami, gembira kerana dapat mencuba kuasa untuk kali pertamanya.

" Sudah, saya nak sembuhkan pokok ni. Aisa dah bekukan pokok ni. " Flora tergelak kecil. Aku ni pantang tengok orang gelak, terus ikut sama.

Flora menghalakan Bunga Renixanya kearah pokok itu. Dalam sekelip mata, ais itu pun melebur dan akhirnya diserap kedalam tanah.

" Awesome gila! Tak sabar nak mulakan misi. Bila nak mula? " Tanyaku.

" Esok. " Jawab Flora sepatah.

Pengembaraan bersambung.

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now