Bab 22

54 3 1
                                    

Aisa POV

Haih susah nih. Dah 3 hari Helena hilang. Puas dah kitorang cari dia. Mana dia menghilang?

"Weh!" Panggil Fatir. Seperti dia sedang memandang kebawah tanah. Kami bergegas mendekatinya.

"Weh, ni bukan-" belum sempat Afiey menyambung, Fatir menyelit.

"Betul la ni. Botol penawar Helena. Dia tercicir ke?" Kami semua berteka-teki.

"Aku rase ada orang dah 'culik' Helena." Nawal bersuara. "Huh?!" Kami sedikit terkilan.

"Ya, culik."

Helena POV

Aku mengikut Earra ke sebuah tempat. Katanya, mereka ada rumah kecil dalam hutan ni.

Bila tiba saja di 'rumah' tersebut, kami memasukinya.

"Selamat datang ke pasukan Xtreme Elementerz!" Ucap seorang lelaki berambut perang. Aku masih tersengih-sengih. Agak janggal ya?

"Siapa nama kau? Cantiknya rambut dandan kau!" Seorang perempuan berambut hijau tua mendekatiku. Umurnya seperti lebih muda dari aku dan Earra. Dibelek-belekku seperti helaian buku.

"Em, firstly, thank you. Nama aku Helena. Maaf, takde kuasa. Aku cuma ada ubat penawar je." Ujarku.

"Helena? Sedapnya nama kau! Nama aku Cahya. Kuasa aku cahaya!" Diambik tanganku dan berjabat tangan.

"Aku Lexus, kerja aku-" Belum sempat lelaki rambut perang nama Lexus tu menyambung kata-kata, Cahya menyampuk,

"Kerja dia uruskan syarikat biskut Lexus!" Kami menghamburkan ketawa terbahak-bahak. Lexus dah speechless dah tu.

"Kau ni Cahya. Tak baik tau. Tengok Lex dah merajuk!" Earra sempat menasihati Cahya walaupun ketawanya masih berbaki.

Lexus mengaturkan langkah memasuki biliknya. "Eh! Lexus! Aku gurau je! Oi! Lexus!" Cahya mengejar Lexus ke biliknya. Belum sempat Cahya memasuki biliknya, pintu dihempas dengan kuat. PAAAAM!

"Ayok, Cahya. Aku taktahu!" Ujar Earra. Ditunjuk jari telunjuknya sambil menggerakkannya keatas dan kebawah.

"Alah, tak kesah. Lexus tu bukannya merajuk sangat. Dia saje je nak attention He-" Kata-kata Cahya terhenti. Kelihatan ada seorang lelaki berjalan di belakang ni.

"Cahya? Kau cari pasal dengan Lexus lagi ke? Tak baik tau." Ujar lelaki itu. Nampak macam lebih tua dari kami semua.

"Weh, sape dia?" Bisikku kepada Earra yang duduk disebelahku.

"Oh? Dia Jack. Dia ketua kumpulan kami. Kitorang asalnya 4 orang je. Masuk je kau jadi 5 lah!" Dia menerangkan peribadi lelaki bernama Jack itu. "Kuasa dia, dapat bercakap dengan haiwan."

"Maksudnya?

"Tugas dia memberi keamanan kepada kaum Fauna. Dia ni boleh tahu kalau ada haiwan tu bermasalah. Then, dia boleh selesai masalah haiwan tu."

"Wah, caring gila!"

"Memang pun. Kalau Lexus dengan Cahya gaduh pun, dialah yang selesaikan." Earra ketawa kecil.

Kemudian kami terdiam.
Krik krik.

"Err, jap, ingat tak masa kita first-first jumpa tadi kan?" Tanyaku. Dia mengangguk.

"Kau kata pasukan korang ni nak cari Fauna dalam hutan ni kan?" Tanyaku untuk kali kedua. Dia mengangguk lagi, kemudian bersuara,

"So, kiranya macam kitorang ni tolong Jack dengan misi dialah." Kali ni aku pula mengangguk kepala mendengar keterangannya.

"Eh, jomlah rehat. Kau tidur dalam bilik aku eh?" Suruhnya. Aku membuat gaya tanganku OK.

Malam

Xtreme Elementerz.
Satu pasukan yang ada niat baik.
Niat untuk memberi keamanan kepada kaum Fauna dalam Hutan Magika.

Tapi,

Tanpa aku sedari,
Pasukan ni juga ada niat jahat.
Aku pun tak faham kenapa.
Niat untuk menghapuskan team The Light Magic.

"Kitorang jugak nak balas dendam kat kumpulan The Light Magic! Dorang semua tak guna!" Kata-kata Earra tengahari tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.

Aku tak boleh nak tidur lah.

Mana mungkin aku nak hapuskan kumpulan The Light Magic tu? Memanglah aku berdendam dengan dorang tapi..

"Weh! Helena dah naik angin!"

"Uish! Kaze kena marah dengan Helena lah! Hahahaha!"

"Helena! Ubat penawar mana!"

Ubat penawar.

Apa aku dah fikir nih!? Macam mana aku boleh buat keputusan macam nih?

Mana tanggungjawab aku untuk mempertahankan kumpulan The Light Magic? Ape nih! Aku dah diamanahkan oleh Tuan Shimaga, tapi aku mungkiri pulak!

Aisa.. Aira.. Flora.. Kaze.. Afiey.. Fatir.. Nawal... The Light Magic..

Beg botol penawar di atas meja dalam bilik Earra aku tenung dalam-dalam. Beg yang sememangnya banyak kenangan aku dengan Nawal.

Aku tak patut berdendam dengan dorang sebab seorang lelaki. BODOHNYA AKU! Berdendam semata-mata dengki? Mana sifat sayang aku kepada sebuah persahabatan?

Akhirnya aku terlelap dalam tangisan dan sedu-sedan.

Pengembaraan bersambung...

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now