Bab 4

123 17 0
                                    

Malam.

" Esok kita akan teruskan pengembaraan. " Ujarku selepas keluar dari bilik air untuk mandi. Kelihatan Aira sedang mendandan rambutnya yang panjangnya setakat paras bahu.

Aira dengar apa yang aku katakan. Tapi dia tidak menjawab, dia fokus pada mendandan rambutnya.

" Aisa! Aira! Nanti dah siap turun tau! " Laung Flora dari bawah.

" Okay! " Jerit kami serentak.

-
Meja makan.

Fuh, first time makan dalam istana siak. Tapi, makanan fantasi ni sume pelik-pelik. Burgezella, salad frutable dan.. TOAD MEAT? WHAT? KATAK? NO!

MAMA NAK NASI GORENG ToT!

Terpaksalah makan. Lapar gila ni. Toad meat pun toad meatlah. Anggap jelah ni lamb meat huhu.

" Yo korang! " Tegur seorang lelaki yang berpakaian baju warna merah. Disebelahnya pula kawannya yang memakai baju warna kuning keorenan.

" Yo! " Hampir semua menjawab teguran.

" Oh, koranglah Aisa dan Aira? " Tanya lelaki yang berpakaian kuning keorenan itu. Kami hanya mengangguk. Dalam mulut ada makanan masuk. Daging katak.

Bluek.

" Oh, nama aku Fatir. Mamat merah ni Afie. Aku ada kuasa petir dan Afie ada api. " Fatir mula memperkenalkan dirinya dan sahabatnya. Selepas Fatir memperkenalkan Afie, kelihatan Afie mengenyitkan sebelah matanya.

" Korang! Maaf lambat! " Datang seorang perempuan berpakaian warna ungu. Mungkin dialah Helena.

" Takpe. " Jawab Flora sepatah.

" Hai Aisa, Aira. Aku Helena. Kuasa aku menyembuhkan orang. " Helena memperkenalkan diri. Dari segi wajahnya, dia nampak seorang yang banyak membebel. Tapi aku percaya, dia baik hati.

" Woi cepatlah! " Jerit seorang lelaki dari arah pintu kanan. " Sabarlah.. " Jawab rakannya.

" Kaze! Nawal! " Laung Afie. Rasa nak pekak telinga aku pun ada. Dia ni laung ke jerit aku pun taktau lah.

" Yo! " Kaze melambai. Tangannya lagi sebelah kelihatan menarik-narik Nawal yang sedang terduduk di atas lantai.

" Woi, kau ni berat. Meja tu 3 meter je kot. Cepatlah bangun! " Kaze mula menyuruh Nawal bangun.

" Aish yelah. Nak rehat jap je. Lecehlah. " Nawal mula bangun dari lantai. Dia mengibas-kibas habuk yang melekat di pakaiannya.

Aku dan ahli perempuan yang lain hanya tergelak kecil. " Asal si Nawal ni pakai baju ni lagi? " Tanya Helena, tegas.

Betul tekaan aku, ni mesti nak bebel.

By the way, baju yang dimaksudkab ialah 'baju pahlawan'. Setiap malam, kitorang akan pakai baju simple-simple je.

Yep, kitorang tengah pakai baju tidurlah ni.

" Nawal malas nak mandi. " Jawab Kaze spontan.

" Woi bukan malas ah! Mandi lambat je. Lepas makan aku mandi ah. Kecoh lah! " Nawal menjeling Kaze. Kaze hanya membuat poker-facenya.

" Takleh buat suami langsung Nawal ni. " Omel Helena sambil menyilangkan tangannya.

" Tapi kau suka kan.. " Flora berbisik kepada Helena. Hanya aku, Aira dan Helena sahaja dapat mendengarnya.

" Hey! Mana ada! " Ayoyo, Helena dah blushing ah. Hahaha comel.

" Aisa, Aira. Hai. Terima kasih sebab sudi tolong. " Kaze menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kami menyambut dengan penuh mesra.

" Takde apalah. Kalau dah ikhlas tu, apa salahnya? " Jawabku, tersenyum.

" Ikhlas? Ikhlas tu apa? " Tanya mereka semua, hampir serentak. Muka mereka kelihatan kehairanan.

" Oh, tak tahu ke? Hmm, ikhlas tu, membuat sesuatu perkara tanpa mengharapkan bantuan. " Jawab Aira pula, tapi matanya masih kearah pinggan didepannya. Namun, dia sedang tersenyum.

" Ohhhhh. " Mereka tergamam.

" Korang cepatlah makan! Nanti bibik-bibik nak kemas pulak. Tak baik buat dorang tertunggu. Dahla tu, korang lambat pulak! " Bebel Helena.

" Ngengengenge," ahli lelaki mengejek cara Helena membebel.

" Oi!!! " Jerit Helena. Ah sudah, Helena dah terbakar dah. Mereka hanya tergelak besar.

Hmm, seronoknya. Semua sporting.

Pengembaraan bersambung.

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now