Bab 8

93 14 0
                                    

" Dah-dahlah tu Lena. Perkara yang lepas usah dikenang. " Flora menenangkan Helena. Muka Helena masih lagi merah.

" Macam mana aku tak kenang. Aku peluk crush aku kau tau? " Bisiknya, keras namati.

" Tak, bukan. Maksud saya. Benda tu dah lepas 1 minggu 3 hari dah. Sampai bila awak nak kenang benda tu? " Tanya Flora.

" Sampai bila-bila. " Muka bengisnya berubah jadi manis.

Mendengar kata-kata itu, kami tersenyum. Kami faham apa yang tersirat disebalik ayat itu.

-
Rehat.

" Adeh, penat gila namati. " Ujar Afiey.

" I know right, " disetujui oleh Fatir, Kaze dan Aira.

" Berapa kilometer lagi ni? " Tanyaku.

" Dalam.. 151 kilometer. " Ujar Nawal.

" Aduii. Takde ke kereta ke, motorbike ke apa ke untuk cepatkan perjalanan? Penatlah jalan kaki." Omelku.

" Kau nak cepat ye. " Nawal mula bangun dari duduknya. Dicapai pemanah kuasa di belakangnya.

Kemudian, disasar panahannya kearah dadaku.

" Na-nawal? " Aku terkejut dengan keadaannya.

" Oi Nawal! Aku nak kau lepaskan pemanah kau tu sekarang jugak! Lagipun, dia tanya je kan kalau ada kenderaan or something. Yang kau tiba-tiba je nak panah dia kenapa hah? " Afiey menjerit. Di capai pedang apinya di belakang.

" Kau dah gila ke? Kau sedar tak apa kau tengah buat sekarang? Enough! Snap out of it!  " Jerit Kaze pula. Disedia kipas tangan kuasa didalam genggamannya.

" Aku sedar. Jangan risau. " Senyuman senget dilebarkan dibibirnya.

Dah macam yandere aku tengok si Nawal ni.

Helena dan Flora tidak mampu membuat apa-apa ketika itu. Maklumlah, mereka tiada senjata. Mereka hanya mampu menutup mata dan mulut mereka.

Aira pula telah berdiri. Aku tahu, dia tak mampu nak biarkan aku sahaja yang terkorban.

" Nawal!!!! Dia kawan kau, kau kawan dia!!! " Jerit Fatir, sekuat hati.

" Selamat tinggal, Aisa. " Tidak diendahkan jeritan Fatir. Dan dilepaskan tarikan panahannya.

Ke langit.

" Bawakkan kami kepulan awan! " Jerit Nawal selepas melihat panahannya mencecah langit.

Kemudian, turunlah kepulan-kepulan awan.

Helena dan Flora mula membuka mata, kemudian mulut.

Nawal memandang awan-awan yang sedang datang. Seterusnya dilemparkan pandangan kearah kami.

Kami telah menyepetkan mata. Sesepet yang mungkin.

" Adui kau ni Nawal. Buat saspen je. " Ujar Afiey. Disimpan pedangnya di belakang badannya. Begitu juga Fatir.

" Entah. Fikirnya nak dibunuh si Aisa ni. " Kaze menjeling. Digantung kipas tangan di jari telunjuknya. Kemudian dipusing-pusingkan.

" Kalau kau buat macam tu lagi, taulah kau aku taknak sembuhkan kau. " Ujar Helena, tegas dan keras.

" Hahahaha, relakslah. " Nawal menenangkan semua ahli. Akhirnya, kepulan awan itupun sampai.

Nawal menaiki awan itu. Semua hanya terkebil-kebil. " Apa tunggu lagi, cepatlah naik! " Nawal menyuruh.

Kami pun menaiki awan itu. Selepas semuanya tekah naik, Nawal pun berkata " Baiklah, awan-awan sekalian. Terbang selaju yang korang boleh! "

Dalam sekelip mata, awan-awan itupun berterbangan dengan kelajuan yang diminta oleh Nawal.

" AAAAAAA NAWALLLLLL!! " Jerit kami, namun tidak diendahkan.

Pengembaraan bersambung.

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now