" Ah, apa tu!? " Jerit Aira secara tiba-tiba.
" Hah! Tu Mousterfly! Binatang tu sangat bahaya dan beracun. Kita kena bunuh dia! " Seru Fatir.
" Apa? Butterfly? Let me fly? Moister fly? Apa kepeliknya nama haiwan-haiwan nih! " Aku membuat muka masam.
" Ah, kita takde masa! Ayuh, serang! " Nawal mula memanah kearah langit. Kebarangkalian mahu menurunkan hujan.
" Hiyahhhhh! " Dan kami pun mula menyerang.
" Cepat! Mousterfly tu makin banyak! " Flora mengingatkan kami.
" Kuasa pembeku! " Aku mula membeku sekumpulan Mousterfly itu.
" Gabungan kuasa kombo, Afiey dan Fatir! " Serta merta, kuasa dari pedang Afiey dan Fatir keluar secara serentak.
Akhirnya, semua Mousterfly itu semua mati.
-
Rehat." Weh, apa kebendanya Mousterfly tuh? " Tanyaku.
" Mousterfly. 2 haiwan gabungan dari tikus dan rama-rama. " Jelas Flora.
" Okay then, apa kena mengena haiwan tu dengan nama dia? " Aira membuka soalan.
" Ejaan Mousterfly itu adalah M.O.U.S.T.E.R.F.L.Y. MOUS tu dari perkataan MOUSe. TERFLY tu pulak dari butTERFLY. " Jawab Afiey.
" For your information, haiwan Mousterfly tu adalah haiwan daripada Dr. Ashzack. Dr. Ashzack suka sangat gabungkan 2 haiwan dan jadikan haiwan itu berbisa. " Terang Flora, lebih jelas.
" Setakat ini, aku mungkin faham. Kau Aisa? " Aira memberitahu, kemudian bertanya. Aku hanya mengangguk.
" Jadi ini dikira halangan ringan untuk ke Makmal Ashzack tu? " Tanya Aira.
Semua mengangguk.
" Oh ya! Fatir, Afiey. Apa tujuan korang buat kuasa kombo tu? " Helena bertanya, tiada senyuman diwajahnya.
" Nak... Cepatkan kerja? " Jawab Afiey sambil membuat muka : 0w0.
" Taik korang cepatkan kerja. Nak lawan Mousterfly tu senang aje kan. Aku pesan sekali lagi, kuasa kombo tu untuk hal serius aje.
Kalau korang guna kuasa kombo untuk perkara remeh lagi, aku bagitahu Tuan Shimaga supaya tarik kuasa korang dan keluar dari hutan ni!
Lagipun, kalau selalu sangat guna kuasa kombo tu, nanti untuk hal-hal yang serius kuasa tu tak dapat digunakan lagi! Faham tak?! " Helena membebel panjang lebar.
" Ya, ya. Guna kuasa untuk hal serius. Got it. " Afiey menjawab sambil membuat poker-face. Fatir pula hanya berdiam diri.
-
Malam." Ada sesape sakit tak? " Helena bertanya. Dia sangat mengambil berat tentang kesihatan ahlinya, tetapi dia garang.
" Aku! " Jawab Nawal. Helena mengangkat kedua-dua belah keningnya. " Kau sakit apa? " Tanyanya.
" Aku sakit sebab selalu merindui kau. " Jawab Nawal sambil membuat poker-facenya.
" Kepala hotak kau sakit rindu. Get lost duh. " Helena memeluk tubuh dan memanang kearah lain. Disandarkan badannya di sepohon pokok dibelakangnya.
" Ayoyo, muka awak merahlah! " Flora berbisik perlahan. Kemudian tertawa kecil.
" Hey, Flora! Sudahlah! " Helena menjeling. Kami pula tertawa. Nasib baik budak lelaki jauh 3 meter dari kitorang kalau tak..
" HELENA SUKA NAWAL YAY YAY! "
" PENGANTIN BARUUUU PENGANTIN BARUU! "
" SEMOGA BAHAGIA INDIA CACACACA! "
Silap-silap pokok kat hutan ni pun boleh tumbang. Bukan aku tak tahu tahap kecoh diorang nih.
Keesokan harinya.
" Serang! " Arah Nawal.
" Aisa, bantu aku! " Aira memanggilku. Kelihatan banyak Mousterfly yang menyerangnya. Aku mengangguk lalu mula membekukan semua makhluk pelik itu.
" Ahhhhh! Tolongg! " Aku berpaling kearah suara itu. Helena.
Helena hanya diamanahkan untuk menyembuhkan orang. Dia tidak dibenarkan untuk melawan musuh. Jadi apabila bertentang dengan musuh, dia hanya menunggu sesiapa sahaja yang jatuh sakit.
Lagipun, Helena tiada senjata untuk berlawan.
" Helenaaa! " Jerit aku dan Aira. Kami baru sahaja hendaj melangkah kearahnya namun,
" Bawakkan aku sekepul awan! " Nawal memanah kearah langit. Kemudian turun sekepul awan yang diminta. Nawal menunggang awan itu dan terbang kearah Helena.
" Helena! Pegang tangan aku! Cepat! " Nawal menyuruhnya, keras. Tanpa membuang masa, Helena mencapai tangan Nawal dan terbang dari situ.
Tanpa Helena sedari, dia memeluk Nawal. Dahlah peluk, erat pulak tu.
" Err.. Helena? " Panggil Nawal. Helena mendongak. Baru dia perasan, dia sedang erat memeluk Nawal. Kemudian, dilepaskan. Mukanya merah seperti tomato.
" Maaf maaf maaf maaf maaf! " ucap Helena banyak kali. Nawal tersenyum dan mengangguk.
" Takpe. Aku tahu kau takut. Relakslah okey? " Nawal memberi kata-kata yang menyenangkan. Helena mengangguk. Dia terharu.
Nawal mendarat di kumpulan. Kelihatan kami sedang tersenyum-senyum senget.
" Amboi, sweetnya. " Ujar Fatir.
" Bila kitorang nak rasa korabg punya Pizzake? " Tanya Afiey, kini lebih lebar senyuman sengetnya.
" Hey! No way! " Ujar Nawal dan Helena serentak. Kami tergelak.
" Adui korang, amende lak Pizzake tu? " Aku mengspoilkan keadaan. Semua menjeling kearahku.
" Apa? " Aku membuat muka : OwO.
" Pizzake tu, gabungab dua makanan iaitu piza dan kek. Makanan ni hanya didapati dalam majlis perkahwinan sahaja. " Jelas Flora. Aku dan Aira mengangguk.
Terbayang bentuk Pizzake tu dalam fikiran. Uish, mesti sedap.
Pengembaraan bersambung.
YOU ARE READING
Realiti Fantasi
FantasyFantasi? Wujud ke dunia Fantasi tu? Bagi Aisa mungkin 'ya'. Tetapi bagi yang lain, semestinya 'tidak' dan 'mengarut bin merepek'. " Kau percaya tak dengan Dunia Fantasi? " - Aisa. " Itulah kau, banyak sangat baca novel-novel fantasi. Huh, jangan pe...