Bab 18

79 10 1
                                    

"Korang.. Tolong aku dapatkan adik aku balik.. Aku rindu dia. Rindu gila!" Air mata telah bergelimpangan. Bila-bila masa saja boleh tumpah.

Biarlah dorang nak kata aku ni bukan lelaki sejati ke apa. Tapi aku nak buktikan kat adik aku, ini air mata kerinduan.

Ya, Wana! Angah datang nak selamatkan Wana!

"BERTAHAN, WANA!" Aku dengan geram yang teramat sangat membekah pintu besi itu menggunakan pedangku.

Arghh, tak berkesan!

Aku meneruskan pergerakan yang sama. Cepatlah terbelah!

Kawan-kawanku yang lain menolongku memecahkan pintu besi tersebut. Aku sangat terharu. Aku dapat rasakan semangat pasukan itu.

Akhirnya, pintu tersebut tercabut dan terbelah dua. Aku dapat lihat keadaan Wana yang duduk diatas kerusi sambil diikat badannya.

Maksudnya.. Dah 3 tahun adik aku keadaan macam tu?

"ANGAHHH TOLONG WANA ANGAH!" Dia menjerit meminta tolong. Dia.. Dia ingat lagi aku. Aku tak sangka.

Dah tu, mana Dr. Ashzack? Rasanya dengar suara dia tadi?

"GOTCHA!" Jerit Dr. Ashzack entah dari mana. Sangkar yang jatuh dari mana memerangkap kami sepasukan, termasuk Wana.

"Ohohoho, first sekali, aku nak ucap tahniah sebab sampai ke makmal aku yang kolot ni. Kedua, takziah sebab terperangkap kat sini! MUAHAHAHA!" Cis, bodoh punya makhluk.

"Dr. Ashzack! Tolong lepaskan kami! Kami janji kami tak bunuh kau." Ujar Afiey. Dr. Ashzack hanya mengangkat keningnya.

"Aku tak sebodoh korang. Takkan aku nak biarkan korang terlepas macam tu je? Kan Wana?" Dialihkan pandangan kearah Wana.

"Kau lagi bodoh dari dorang. Baik kau lepaskan angah aku dan kawan-kawan dia!" Wana menyebelahi kami.

"Ohh, berani kau lawan aku sekarang. Terimalah balasannya!" Dr. Ashzack melemparkan sebuah bola kecil kearahnya. Apabila terkena badannya, dia seperti terkena renjatan elektrik yang dahsyat.

"Cukup Dr. Ashzack! Jangan sakiti dia!" aku menjerit sekuat hati.

"Angah.. Takpe angah.. Wana dah biasa.." Wana tersenyum lemah.

"Wana!! Biarlah Wana dah terbiasa kena benda alah tu, tapi Angah yakin mesti sakit. Cukuplah Wana. Cukuplah Angah tinggalkan Wana. Angah taknak tengok Wana sengsara pulak!" Aku menangis.

"Alahaiii korang berdua ni.. Dramanya. Nak tak aku jadi watak sampingan dalam cerita korang ni?" Dr. Ashzack tertawa besar. Menambahkan lagi panas dihati kami.

"Dr. Ashzack." panggil Aisa. Dr. Ashzack berhenti ketawa sambil menumpukan pandangan kearah Aisa.

"Kami datang sini, bersumpah taknak sakitkan kau pun. Kami datang ke sini membawa sebuah maaf dari Tuan Shimaga.

Kau pun kena faham keadaan, doktor. Kalau kau pun ada rahsia besar, kau takkan share kat orang kan? Tolonglah doktor. Kau bergelar doktor, tapi bodoh. Nak buat apa?

Jadi kami bersumpah, kami datang kesini nak bawa jalinan persahabatan antara kau dan Tuan Shimaga. Takkan kau tak rindu persahabatan korang? Heh, tipulah kalau kau tak rindu dia. Tak rindu persahabtan korang bertiga dengan Naga Mabra. Tipu sangatlah.

Tolonglah, doktor. Percaya cakap aku. Kau maafkan dia, kau akan bahagia. Macamana kau bahagia dulu." Ujar Aisa, panjang lebar.

Dr. Ashzack terdiam. Tersentap. Terkaku. Tergamam. Terpaku. Mungkin dia cuba untuk mempersetujui kata-kata Aisa.

"Pergilah. Pergilah kau jumpa dengan Tuan Shimaga dan eratkanlah balik tali persahabatan korang." Kata Aira pula.

Serta-merta Dr. Ashzack menangis. Ehhhhhh?! Cepatnya hati dia tersentuh!

Dan serta merta jugalah sangkar perangkap pecah dan kami bebas. Tali yang mengikat badan Wana juga terputus.

"Wanaa!" Aku terus memeluknya dengan penuh kerinduan.

"Angah. Wana rindu angah. Rindu sangat." Wana membalas pelukan kami. Aku sangat gembira kerana akhirnya dia selamat.

"Angah janji lepas ni angah lindung Wana baik-baik." Aku mengeratkan lagi pelukanku.

"Maafkan angah, Wana."

- - - - -
Aisa's POV

Kelihatan Dr. Ashzack sedang terduduk sambil menangis. Aku bercangkung dihadapannya,

"Doktor.. Maafkan aku.. Maaf sebab buat kau menangis." Kataku, perlahan. Dr. Ashzack tersenyum dalam kepayahan.

"Siapa nama kau?" tanyanya. Aku sedikit terkejut dan menjawab, "Nama aku Aisa."

"Aisa. Sedap nama kau.
Terima kasih sebab bagi aku kesedaran. Memang aku rindukan Tuan Shimaga kau." Dia mengucapkan tanda penghargaan. Aku hanya tersenyum.

Nampaknya, misi pertama selesai. Secara tak langsung, misi kedua juga selesai. Menyelamatkan adik Fatir, Wana.

"Wana.. Baju kau dah reput. Meh aku gantikan kau baju baru." Flora mengeluarkan bunga Renixanya. Diacukan kearah Wana dan serta-merta badannya bercahaya.

"WAAAAHHH!"

Setelah hilang cahaya itu, Wana tidak lagi berada dalam baju lamanya. Kini dia memakai baju fantasi yang bewarna coklat.

"Cantiklah adik angah ni," puji Fatir. Wana hanya tersengih malu.

"Thank you Kak Flora!" ucap Wana kepada Flora. Flora hanya mempamerkan thumbs up.

"Kau dengan Wana kena balik istana Tuan Shimaga. Kau takleh ikut kitorang." Kata Afiey kepada Dr. Ashzack.

"Korang nak gi mana?" tanya Dr. Ashzack.

"Istana Naga Mabra." Jawab kami, serentak.

"Nak ikut."
"Tak boleh."
"Alah boleh lahhh."
"Tak boleh!!"

Senyap. Krik krik.

"Kitorang berdua kena jalan kaki ke pergi istana tuan tu?" tanya Wana.

"Kenapa jalan kalau boleh guna magik?" Tanya Helena sambil menepuk-nepuk beg penawarnya.

Selain penawar, Helena ada cecair teleportasi.

Helena memunggah beg silangnya. Kebarangkalian mencari cecair teleportasi untuk ke istana Tuan Shimaga.

Akhirnya, dikeluarkan dua botol kecil dengan cecair bewarna merah. Dihulurkan kepada Dr. Ashzack dan Wana.

"Kau pasti ni cecair teleportasi? Apahal macam darah je?" Tanya Dr. Ashzack. Banyak songeh lah pakcik ni.

"Yeeeee. Minumlah." Helena meyakinkan mereka berdua. Dibuka gabus botol kecil itu dan disedut isinya.

Pooof!

Sekelip mata mereka hilang. Kini mereka pasti berada di Istana Tuan Shimaga.

Pasti sekali berlaku drama antara Tuan Shimaga dan Dr. Ashzack. Hahaha.

Dan kami pun meneruskan pengembaraan untuk menyelesaikan misi seterusnya.

Pengembaraan bersambung...



Realiti FantasiWhere stories live. Discover now