Bab 9

98 14 0
                                    

" Pening.. Pening.. " Afiey mengurut kepalanya.

" Nawal ni semakin hari semakin gila. " Ujar Aira lemah. Kebarangkalian dia juga pening.

Nawal hanya tersengih seperti kerang busuk.

" Ha sekarang awan-awan tu dah hilang. Lepas tu, dia turunkan kita kat mana ni? Dan berapa kilometer lagi ni? " Tanya Kaze bertubi-tubi.

" Lek ah semua. Lagi 50 kilometer. " Jawab Nawal sambil tersenyum manis.

" AHHH! " Jerit Helena tiba-tiba. Semua berpaling kearahnya. Kelihatan dia sedang memegang dadanya.

Dia sakit jantung ke?!

" Helena! Kenapa ni? " Aku menghampirinya kemudian melutut di sebelahnya.

Semua kelihatan risau melihatnya kecuali Flora. Flora hanya tergelak kecil.

" Dia sakit jantung sebab senyuman Nawal tu ha. " Bisik Flora yang menyebabkan hanya aku dan Aira sahaja mendengarnya.

Perlahan-lahan Helena membuka mata. Kemudian tersengih. " Senyuman Nawal tu menawanlah. Sakit jantung aku. " Bisik Helena pula.

Kami tertawa.

" Oit apa bisik-bisik tu. Kongsilah sikit. Sharing is caring. " Nawal mengangkat kedua-dua belah keningnya.

" Takyah sibuklah hal perempuan." Jawab Fatir, seakan-akan back up kami.

Kami tersenyum kemudian bangun dari tanah. Dikibas-kibas pakaian kami yang bertanah.

" Korang nak teruskan perjalanan ke macam mana ni? " Tanya Flora.

" Aku nak teruskan. " Jawabku, Afiey dan Kaze serentak. Kami berpandangan antara satu sama lain. Kemudian tergelak.

" Aku nak rehat. " Jawab Fatir dan Aira.

Nawal dan Helena pula tidak menjawab. Kebarangkalian kedua-kedua jawapan tiada masalah bagi mereka.

" Kita terus. " Jawab Flora.

" Fine. " Jawab Fatir dan Aira, muka masam mencuka.

" Jom! " Jawab kami semangat.

-
Dalam perjalanan.

" Mayozumi ita mujun darake do sekai wo, sotto sotto uchihanate!  " Aku berdendang kuat.

" Uih Aisa. Lagu mende tuh? Walaupun aku tak bahasa dia, tapi aku tau lagu tu ada terselit maksud SEMANGAT. " Afiey mula berminat dengan lagu yang aku nyanyikan tadi.

" Tajuk dia Ignite. And yeah, bolehlah nak dikatakan lagu tu ada maksud SEMANGAT. " Jawabku, tersenyum.

( Sword Art Online's fans & jpoppers shj yang faham. Sorry sorry *tunduk* )

" Wah! Kau nyanyi la sampai abes aku nak dengar. " Arah Kaze.

" Taknak ah. Malu. Suara aku tak sedap. " Aku mengelak.

" Alaa. Tak.. " Jawab Kaze dan Afiey serentak.

" No. "

" Yelahh :c "

" Kalau korang nak dengar sangat aku nyanyi, one day, " Jawabku dan dialihkan pandanganku kelangit.

" Yeah!  " Afiey dan Kaze berhi-5.

" Hm, kalau Aisa ni Jpoppers, Aira ni Kpoppersla? " Fatir membuat andaian.

" Macam mana kau tahu? " Aira terpegun dengan tekaan Fatir.

" Aku teka je. " Jawab Fatir ringkas.

" Kau Kpoppers, Aira? Kau minat kumpulan mana? Exo? BTS? Super Junior? Girls Generation? " Soal Helena bertalu-talu.

" Aku minat semuanya. " Jawab Aira.

( Untuk berlaku adil, author letak sekali Kpoppers dalam ni. )

" Tapi aku lagi suka BTS ah. " Tambah Aira.

" Wah! Aku pun! Lagu Blood, Sweat, Tears tu best namati. " Jawab Helena, teruja.

Tak pernah aku nampak dia teruja gila macam ni.

" Haah! Aku pun! " Aira bersetuju.

" KYAAAAAAA!! " Jerit mereka berdua.

" Tanah runtuh! Tanah runtuh! Pokok tumbang! " Gurau Nawal. Helena dan Aira mula memberi jelingan tajam yang menakutkan kepada Nawal.

Nawal pun buat-buat tak nampak. Takutla tu. Hahahaha. Lawak lah diorang ni.

Pengembaraan bersambung.

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now