Sudah 2 hari kami berjalan. Mananya destinasi tak sampai-sampai lagi. Jadi aku bercadang mahu bertanya kepada mereka.
" Korang, istana Naga Mabra tu berapa kilometer weh. "
" 1500 kilometer. Jangan cakap, aku tau memang jauh. " Jawab Kaze.
" What the.. "
" Tapi sebenarnya, destinasi pertama kita Makmal Ashzack. " Afiey pula menjawab.
" Makmal Ashzack? Tempat dimana Dr. Ashzack tinggal ke? " Tanya Aira. Kaze dan Afiey menangguk.
" Aik, aku fikir Dr. Ashzack tu tinggal kat istana Naga Mabra? Bukan eh? " Tanyaku lagi.
" Tak. Cuma, setiap hari Selasa dan Khamis je Dr. Ashzack tu lepak kat istana Naga Mabra. " Jawab Kaze.
" Eh yeke. Camne kau tahu dia lepak hari Khamis ngan Selasa je? " Helena mengangkat kening sebelahnya.
" Aku cakap je. Tak suruh percaya pun. " Kaze mula membuat muka poker-face buruknya.
Haih, ini yang buat kitorang naik angin ni!
" Aisa, Aira. Korang taukan nak buat apa kat Kaze ni. " Helena berpaling kearah kami. Kami berpaling kearahnya sambil tersenyum senget. Kemudian mengangguk.
" Kuasa beku! " Aku mengeluarkan kuasaku dan menembaknya ke kaki Kaze. Perkara ini membuatkan Kaze terbeku disitu.
" Aku pulak! Curahan air panas! " Selepas Aira berkata begitu, air mula tumpah atas badan Kaze. Uihh, dahlah panas.
" AHHH! Panaslah baka! " Gerang Kaze kesakitan. Dah keluar dah perkataan tak elok dia dalam bahasa Jepun.
" Helena! Tolong pulihkan akuu! Aku menyesall! " Rayu Kaze.
" Padan muka. Lain kali main-main lagi. " Helena tersenyum senget. Kemudian di raba-raba dalam beg penawarnya. Dibawa keluar sebotol penawar kecil. Kebarangkalian itulah penawar untuk Kaze.
" Nah minum. " Helena menghulurkan botol itu.
" Alah tolongla aku minum. Tangan aku melecur ni. Kaki aku kena beku pulak. " Kata Kaze, penuh sifat kepondanan.
" Haih, pondanlah kau ni. " Jawab Helena sambil membuka penutup botol itu dan memasukkan kedalam mulut Kaze.
Kaze menelannya. Dalam sekelip mata, dia kembali pulih dan sihat.
" Ha terima kasih, Helena. Ha dah jom, yang lain dah sampai kat depan dah. " Kata Kaze kemudian menunding jarinya kearah kumpulan mereka yang lain.
" Entah apa-apalah. " Kata Aira dan Helena, beza 5 detik. Maksudnya, hampir serentaklah lol.
" Oh, by the way, Makmal Ashzack tu jauh mana pulak? " Tanya Aira.
" 200 kilometer lagi. " Jawab Helena.
" Aduhai. Takleh jauh lagi ke do. " Gurauku.
" Woi taknak! Aku tak sanggup lagi dah! " Jerit Kaze.
Aku, Aira dan Helena hanya menjelingnya tajam. Kemudian kami berempat mula mempercepatkan langkah untuk mendekati ahli yang lain.
" Bestlah Hutan Magika ni. Indah je. " Puji Aira.
" I know right? " Helena tersenyum. Kami membalas senyumannya.
Akhirnya kami kembali bersatu dengan ahli yang lain.
" Sedap kau kena buli dengan minah-minah gangster ni? " Ejek Fatir.
" Bolehlah. " Jawab Kaze, menjeling tajam. Yang lain hanya tergelak besar.
Pengembaraan bersambung.
YOU ARE READING
Realiti Fantasi
FantasyFantasi? Wujud ke dunia Fantasi tu? Bagi Aisa mungkin 'ya'. Tetapi bagi yang lain, semestinya 'tidak' dan 'mengarut bin merepek'. " Kau percaya tak dengan Dunia Fantasi? " - Aisa. " Itulah kau, banyak sangat baca novel-novel fantasi. Huh, jangan pe...