Bab 2

159 16 4
                                    

Aku dan Aira tersesat. Kalau tak disebabkan 'naga yang panjang umur', mesti kitorang dah balik sekarang.

Malam datang tanpa diundang. Kami bernasib baik kerana membawa 2 lampu suluh seorang.

" Aku nak balik, " keluh Aira. Tiba-tiba rasa bersalah mengerumuni diriku.

" Aira. Aku minta maaf. " Ucapku, lemah.

" It's okay, Aisa. Aku tak pernah salahkan kau sebab ajak aku masuk hutan ni. Relakslah, okay? By the way, siapa suruh aku setuju masuk hutan ni. " Dia menyakini aku. Aku tersenyum hambar. Aira garang, tapi baik.

" Aira. Terima kasih. " Ucapku, terharu.

Dia mengangguk.

-

Kami dikurniakan dengan sifat berani. Sebenarnya, kitorang tak takut apa-apa pun masuk hutan ni. Sesat dalam hutan ni pun kitorang tak kisah.

Cuma pasal naga tu.
Kitorang taknak mati dibaham naga tu.

" Kita takde pilihan. Kita tidur disini jelah? Esok baru kita cuba cari jalan balik, " cadang Aira, terpaksa. Aku hanya menurut.

Heh, nak harapkan katil macam kat rumah kitorang tu dalam hutan ni? Mimpi jelah.

Akhirnya, kami terlelap dalam paksaan.

-
Pagi buta gila namati.

" Aira, Aira! Bangun weh! " Aisa mengejutkanku.

" Alah, sabarlah dulu. Awal lagikan. " Jawabku dengan mata masih menutup rapat.

" Baik kau bukak dulu mata kau sebelum aku belanja kau penumbuk aku. " Ugut Aira. Dengar perkataan 'penumbuk', mataku terus terbuka luas.

" Ehh. Kita kat mana ni? Bukan kita kat hutan ke tadi? Asal ada atas katil mewah ni? " Tanyaku padu, kehairanan.

" Bukan setakat 'kita kat mana' je. Pergi kat cermin sana tu dan tengok keadaan kau. " Kata Aira sambil menunding jarinya kearah cermin tersebut.

Perlahan-lahan aku menurun dari katil dan melangkah ke cermin itu. Rasa nak pengsan pun ada tengok keadaan aku lam cermin tu.

" Aaaah! Apa dah jadi dengan aku ni? Rambut aku, asal jadi 'kaler' biru pekat? Baju apa ni? Macam baju pahlawan fantasi je. Airaaaa! Apa kau buat kat diri aku- " Tanyaku bertubi-tubi. Dan diakhir ayatku, aku tersangkut dan..

Rupanya, personaliti luaran Aira juga berubah. Baru aku perasan.

Rambutnya bewarna biru cair. Ya, dia pakai juga 'baju pahlawan fantasi' tu.

" Apa maksud semua ni? " Tanyaku.

" Memang syak lagi. Hutan ni ber- " Belum sempat Aira meneruskan kata-katanya, ada seorang 'perempuan' melangkah masuk kedalam 'bilik' kami.

" Ahh, leganya saya! Saya ingat korang pengsan. " Kata 'perempuan' itu.

" Nama saya Flora. Nama korang? "

Flora. Wah, peramahnya. Cara dia berbicara pun lembut.

" Saya Aisa. Dia Aira. " Alang-alang Flora ni berbahasakan 'saya awak', aku pun kena ikut samalah.

" Aisa? Aira? " Dia tersenyum senget.

" Akhirnya. "

-
Tapak perhimpunan istana.

" Apa?! Kami akan ikut korang menyerang musuh-musuh hutan? " Tanyaku dan Aira, serentak.

" Itu apa yang kami harapkan. " keluh Flora.

" Saya dan ahli-ahli dalam istana ni selalu harapkan ada 'pahlawan' yang sudi menolong kami. " Katanya lagi, menunduk.

" Flora. Kalau awak sudi, ceritalah apa terjadi dengan hutan ni dulu dan sekarang. "

" Dulu, hutan kami ni sangat indah. Lagi indah berbanding dengan sekarang. Tapi saya tak nafikan, hutan yang sekarang pun indah.

Tuan Shimaga, Dr. Ashzack dan Naga Mabra sangat rapat. Mereka membuat perjanjian untuk sentiasa bersama dan tidak menyembunyikan apa-apa rahsia diantara mereka.

Sehinggalah satu hari, Tuan Shimaga ada rahsia terbesar. Tiada siapa yang tahu. Kami penduduk istana ni pun tak tahu.

Akhirnya rahsia itu terbongkar. Dr. Ashzack dan Naga Mabra sangat marah. Mereka pergi meninggalkan Tuan Shimaga. "

" Jangan cakap Naga Mabra tu naga yang serang kami haritu? " Aira menyampuk.

" Tak. Naga Mabra takkan pernah keluar dari istana dia. Yang serang korang haritu naga upahan dia. "

" Oh. Okei. Sambunglah. "

" Dr. Ashzack dan Naga Mabra bercadang untuk merosakkan alam hutan ni. Diorang nak musnahkan hutan ni. "

" Apa istimewanya hutan ni? " Sampuk Aira lagi.

" Aira. Kau ni janganlah menyampuk. " Kataku, sedikit tegas.

" Haha, takpe. Istimewa hutan ni.. Hutan ni ialah 'Hutan Magika'. "

Pengembaraan bersambung.

Realiti FantasiWhere stories live. Discover now