SaTu (1)

1.2K 43 2
                                    

Secret Investigator Agency

"Qaisarah, masuk ke bilik saya sekarang." Arah seorang lelaki yang segak berpakaian tuxedo putih. Tanpa menunggu jawapan dari Qaisarah, lelaki itu terus berlalu masuk ke dalam biliknya. 

Qaisarah tersentak dengan arahan tersebut mula berdiri sambil membetulkan sedikit bajunya yang berkedut. Lantas dia bergerak dengan segera ke dalam bilik lelaki tersebut bersama buku catatan di tangan.

"Yes daddy. Do you want anything from me?" Tanya Qaisarah kepada lelaki yang bergelarkan 'daddy' itu.

"Qaisarah, I need you to brings your daughter now. I want to hand over a new mission ." Terkulat-kulat Qaisarah dibuatnya. 

"But daddy, sekarang ni kan dia baru saja masuk sekolah. Takut menganggu pelajarannya." jawab Qaisarah dengan kerisauan. 

Mana Qaisarah tidak risau. Tahun ini anaknya perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Kalau asyik diberi kerja oleh daddy kemanalah belajar budak tu nanti.

"Don't you worry about that. I'll handle it. Just bring her now. ASAP! "

Akhirnya Qaisarah akur dengan permintaan lelaki itu lalu meminta izin untuk beredar.

Haih, nampak gayanya kena tinggal lagi lah aku sorang-sorang dekat sini. Sabar sajalah Qaisarah.

_____________________

Qaisarah memakir tepat keretanya di hadapan SMK Taman Cahaya, sekolah dimana anaknya belajar ketika ini. Selesai sahaja memakir, dia berjalan masuk ke sekolah dan menuju ke kelas 5 Helium yang terletak di bangunan sekolah yang berdekatan dengan padang. Setelah sampai di hadapan muka pintu kelas, dia mengetuk pintu tersebut beberapa kali untuk mengalih perhatian guru yang sedang ralit mengajar. Guru yang mengajar ketika itu mula merapati Qaisarah.

"Ye puan. Boleh saya tolong?" Sapa guru tersebut dengan ramahnya. Qaisarah mengerling tanda nama guru berbaju ungu itu.

'I-L-Y-A'.

Oh, guru baru! Nasib aku baik harini. Kata Qaisara di dalam hati. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

Mari kita mula berdrama!

"Cikgu, saya nak meminta izin untuk membawa Nik Anis Sofea balik harini kerana atuknya tidak berapa sihat. Boleh cikgu? Saya ibunya. " Lakon Qaisarah sambil membuat muka simpati.

"Ouh. Baiklah. Sebentar ye puan, saya panggilkan Anis." 

Aik? Senangnya! 

Qaisara mengangguk perlahan kearah guru tersebut. Setelah guru tersebut berlalu pergi dia mengeluh lega. 

Penat aku rancang ayat tadi. Kalau semua cikgu macam ni senang kerja aku bawa balik Anis.

"Anis! Kamu boleh kemas barang-barang kamu dan kamu boleh balik sekarang."

Anis yang ralit membuat latihan yang diberikan terkejut dengan kata-kata gurunya itu. 

Apa? Balik? Anis segera mengalih pandangannya kearah wanita yang berborak dengan gurunya sebentar tadi. Lah! Ibu rupanya. Aku ingat siapa.

Lantas dengan itu Anis mengemas barang-barangnya masuk kedalam beg sandang berwarna kelabu. Selesai sahaja menyimpan barang, Anis bergerak menyalami Cikgu Ilya lalu berjalan keluar dari kelas dan mendapatkan ibunya. Qaisarah dengan segera menarik tangan Anis ke sisinya. Mereka berdua berterima kasih kepada Cikgu Ilya dan meminta diri untuk beredar.

"Bu, asal tiba-tiba ambil Anis awal harini?" Soal Anis sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

"Daddy ada mission baru untuk Anis. Dia yang sibuk suruh ibu ambik kamu sekarang." Kata Qaisarah sambil memanaskan enjin keretanya. Tidak lama kemudian kereta itu bergerak laju menyusuri jalan raya.

SPY ☑️Where stories live. Discover now