EmPaT (4)

555 29 5
                                    

" Wey Anis!  Kau pergi mana ha tadi? Penat aku cari kau" Tanya Tiara sebaik sahaja melihat Anis berada di dalam kelas.. Gadis itu mengambil tempat di sebelah Anis dengan geram.. Penat lelah aku cari kau.. Boleh pula kau relaks dalam kelas.. 

"Aku penatlah tunggu situ.. Lemas aku dibuatnya.. Itu yang aku masuk balik ke kelas.. Lama-lama aku kat situ jadi seriau pula bila tengok orang nak bunuh diri depan mata.. Seram dohh.. " Lakon Anis. Sengaja dia menutup matanya seketika seakan-akan takut dengan apa yang dia lihat. 

" Ye wey.. Kau tak tengok tadi.. Aku ingat dia tak jadi nak terjun so ramailah nak masuk balik kelas. Bila semua dah pandang ke belakang, dia terjun tiba-tiba.. Terkejut doh kitaorang tadi.. Tu belum kau tengok lagi yang sebelum - sebelum ni lagi.. Lagi tragis.. " Tiara bercerita..

Aku tahu tu.. Bisik hati Anis.." Tapikan macam mana kau tahu eh pembunuhan yang sebelum ni seram.. Bukan kau baru masuk ke tahun ni? " Anis mengecilkan matanya memandang Tiara. 

" YouTube sekolah babe.. Dah viral dah pun video tu.. Tapi tulah kenapa sampai sekarang polis tak ambik tindakan.. Lagi musykil bila cikgu-cikgu dekat sekolah ni pun tak nak ambik tindakan langsung. Senyap gila kalau ada budak bunuh diri. Musykil aku." Anis terdiam.. Ada betul juga kata-kata Tiara itu. Tidak kelihatan langsung kelibat guru-guru ketika kejadian.

Kenapa aku tak nampak sesiapa pun rekod? Motif dia hantar dekat Youtube?

" Ish.. Tapikan.. Asal eh diorang nak bunuh diri? Tak takut dosa ke? " Anis masih ingin mengetahui selanjutnya. Mana tahu boleh dia dapat hint orang-orang yang berkenaan ni. Mungkin juga guru -guru disini turut terlibat dalam hal ni.

" Entahlah.. Tapi aku dengar orang kata yang diorang ni.. " Tiara menjenguk keadaan sekeliling sebelum menyambung semula ayatnya dengan keadaan berbisik.. " Kena ugut.. "

" Ugut? Dengan siapa? " Ouh jadi betullah aku dengar tadi...

" Tu aku tak pasti.. Dahlah! Aku malas nak masuk campur hal-hal macam ni. Aku dah cuci tangan sis.. Tak main dah gossip-gossip ni.. " Anis mengigit bibirnya dengan geram. Alamak ehh.. Minah ni.. Aku cepuk karang baru tahu.. Baru aku nak korek maklumat dari dia masa-masa ni juga dia insaf.. Haishh.. Fake hope betullah minah ni! Regusnya.

Hmmm.. Susah lah macam ni.. Anis menongkat dagunya di atas meja lalu mengeluh perlahan.

Tidak lama kemudian Cikgu Rozana masuk sambil diekori oleh beberapa orang pelajar lelaki segak berpakaian baju kemeja kuning dibelakangnya..

Setahu aku.. Itu bukan budak kelas ni kan.. Asal datang sini? Ouh ya.. Pengawaskan..... Jadi? Soal Anis sendiri..

"Okay kelas.. Hari ini cikgu-cikgu ada mesyuarat.. Jadi seperti biasa. Pengawas akan ambil alih tempat cikgu untuk menjaga kelas kamu.. Tapi kamu semua beruntung sebab ketua pengawas sendiri yang akan menjaga kamu hari ini.. " Ucap Cikgu Rozana diiringi oleh sorakan kuat para pelajar perempuan serta keluhan dari pelajar lelaki..  Bukannya mereka tak tahu, apabila ketua pengawas mengambil alih mereka tak dapat nak bebas. Asyik kena duduk dalam kelas je. Bosan!

" Sudah! Sudah! Saya dah lambat ni.. Jadi saya serahkan semua kepada pengawas bertugas.. " Ucap Cikgu Rozana buat kali terakhir sebelum dia beredar dari kelas 5 Suria.. Lima pengawas bertugas itu memenuhi meja guru.

" Semua keluarkan kerja sekolah dan duduk dekat tempat masing-masing atau aku yang bagi korang kerja.. " Tanpa sebarang amaran, arahan dikeluarkan oleh ketua pengawas.

Keluhan pelajar Kelas 5 Suria menamatkan suasana yang riuh-rendah sebentar tadi.. Mereka semua akur dengan arahan ketua pengawas walaupun hati tidak rela..Pelajar 5 Suria masing-masing meletakkan buku latihan mereka di atas meja dengan sekelip mata.

SPY ☑️Where stories live. Discover now