DuA PuLuH TiGa (23)

289 25 2
                                    

"Auch! Argh.. Sakitnya." Tiara membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat sekelilingnya. 

Tempat yang tidak diketahui olehnya.

"Dah bangun?" Gadis itu mendengar suara garau menyapa dirinya. Dia mencuba untuk melihat figura yang berjalan kearahnya. Tetapi pandangannya kabur.

Lama kelamaan figura itu semakin dekat dan kabur itu semakin hilang. Akhirnya dia dapat mengecam figura itu. Ianya seorang lelaki yang sangat dia kenali.

"Nah air." Botol air mineral yang sudah dibuka penutupnya disuakan kearah Tiara. Tiara mencapainya dengan perlahan dan meneguk air mineral itu sedikit demi sedikit. Kemudian dia memberhentikan pegerakannya.

"Feeling better?" Tiara mengangguk. Botol air mineral di tangan Tiara diambil oleh lelaki itu dan diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.

"Abang R ni, abang Raish kan?"Raish tersenyum. Raish mengambil tempat disisi katil Tiara lalu memandang kearah Tiara.

"Tiara tahukan tentang pembunuhan disekolah Tiara?" Gadis itu terdiam. Baru sahaja sedar dari pengsan terus dia disoal dengan soalan yang paling digeruninya. 

"Tiara tahukan siapa yang mulakan?"

Tiara kehilangan kata-kata..Pandangan ditundukkan. Dia takut.

Ya memang dia tahu semuanya. Lebih dari sepatutnya mereka tahu. 

Pembunuhan disekolahnya. 

Sebab SIA menghantar Anis.

Identiti Anis. 

Identiti bapanya.

Semua yang berlaku dia faham dan dia tahu semuanya. 

Dan Anis tahu akan itu.

"Tiara ingat janji Tiara pada Anis?"

"Promise me. Ikut cakap abang Raish lepas kau sedar nanti."

Dan janji yang dipersetujui olehnya bersama Anis sebelum dia pergi. Tiara mengangguk perlahan.

"Just simple. Follow our storyline."

________________

Ungku Firdaus mengheret Anis yang sedang kesakitan akibat dihentak dengan palang besi oleh Ungku Firdaus dikepalanya sewaktu dia ingin melarikan diri.

"Siapkan kereta! Kita pergi beredar dari sini." Lelaki-lelaki itu mengangguk dan segera mengelilingi Anis dan Ungku Firdaus.  Segera mereka menuju kearah pintu utama. Belum sempat mereka keluar, pintu utama mereka telah dibom.

Belum sempat Ungku Firdaus ingin berpatah balik untuk melarikan diri, mereka telah dikepung oleh anggota askar yang memenuhi ruang rumah tersebut. Askar-askar tersebut mengacukan senapang kearah mereka. Ungku Firdaus menyekat leher Anis menggunakan lengan tangan kanannya dengan perasaan marah. Matanya menjeling tajam kearah askar-askar tersebut.

" Serahkan gadis itu kepada kami." Satu demi satu tembakan dilepaskan kearah orang-orang Ungku Arrifin sehinggalah tinggal mereka berdua sahaja masih tinggal.

Semakin lama semakin kuat lengan Ungku Firdaus menyekat lehernya. Nafasnya kini sudah tidak teratur. Gadis itu cuba untuk melepas diri namun tidak berjaya. Ungku Firdaus ketawa.

"Tak semudah tu" Ungku Firdaus merapatkan wajahnya ke telinga Anis.

"I already said to you Anis. No one will escape from my HALE HAO!!!" Dia  mengangkat sebelah lagi tangannya dan menikam dada Anis dengan kuat menggunakan pisau lipat yang disorok disebalik lengan baju.

SPY ☑️Where stories live. Discover now