TuJuH (7)

511 28 2
                                    

"Macam mana Nik Naim boleh hilang?!"

Manusia yang berada dalam bilik itu semuanya membisu. Tegang suasana itu dapat dirasai. Tiada seorang pun menjawab mahupun mengangkat muka mereka.

Qaisarah gelisah. Risau hatinya mendapat berita tentang kehilangan suaminya. Tidak sangka WIN boleh sampai tahap menculik secara drastik sebegini.

Jarang penyiasat SIA boleh diculik. Lagi-lagi pula orang berpengalaman seperti Nik Naim. Ini mesti muslihat lain yang diorang gunakan. Tekaan Qaisarah.

Daddy meraup wajahnya dengan kasar. Pandangannya dihalakan oleh pekerja-pekerjanya dengan tajam.

"Jejak Nik Naim sampai dapat. Jangan sesekali hebohkan cerita ni pada orang lain termasuk Anis. Faham tu?!" Pekerja-pekerja SIA hanya mengangguk akur. Pada saat ini tiada siapa pun yang berani bersuara apatah lagi mahu membangkang arahan Daddy

"Daddy, Anis patut tahu pasal ni."

"No, Qaisarah. She's doesn't have to."

___________________

Sebulan berlalu dengan pantas.. Anis mengeliat malas.. Buku nota Kimia dialihkan ketepikan .. Hari ni sangat memenatkan dimana kesemua mata pelajaran relatif berada pada satu yang sama.. 

Tak lama lagi peperiksaan pertengahan tahun akan tiba. Otaknya makin buntu. Masa sangat suntuk buat ketika ini. Misinya masih tertangguh akibat kesibukannya dalam persediaan peperiksaan bakal tiba tidak lama lagi. Terlalu drastik infomasi yang diterima sampai tak kejar dibuatnya.

Sepanjang dia berada disini tiada lagi kes-kes bunuh diri. Cuma dia rasa ada sesuatu tak kena. Mungkin juga ada sesuatu yang bakal terjadi. Anis mengurut kepalanya dengan lembut.

"Uit Anis.. Jom rehat.. Laparlah.. " Tiara mencuit bahu Anis sambil mengerdip matanya beberapa kali.

Oh. Dah rehat rupanya.

" Tak apa lah Tiara.. Kau pergilah.. Aku puasa.. " Berkerut dahi Tiara dibuatnya.." Puasa benda kau ni?? Puasa lambat lagi. Kau dah kenapa? " 

" Nur Tiara Masyitah.. Aku puasa qada'.. Kau ni.. Haish.. Kurang pahala puasa aku hari ini.. " Gadis itu mengeluh lemah. Kenapalah aku dapat kawan macam ni?

" Ouh ye eh? Hehehe.. Maaflah.. Aku gerak dulu eh? Bye " Anis hanya menghantar pandangannya sehingga bayang Tiara hilang dari kelas.. Kemudian dia mengemas barang - barangnya lalu disimpan ke dalam beg sandang ..

Kakinya melangkah meninggalkan kelas dan menuju ke klinik sekolah.. Hari ini dia ingin berjumpa Dr. Mansur.. Sejak dari Tiara bawa berjumpa dengan beliau, dia tidak berkesempatan untuk berjumpa.. Jadi hari ini sahajalah waktu yang sesuai untuk membincangkan hal mereka tanpa pengetahuan Tiara..

"Dr. Mansur." Anis menguak pintu klinik.. Kelibat Dr.Mansur dicarinya.

"Ouh.. Anis.. Masuk lah.. " Kata Dr. Mansur dengan ramah..

" Ada apa-apa yang boleh saya bantu? "

Anis menutup pintu klinik lalu menuju ke arah meja Dr . Mansur.." Macam ni doc . Saya sebenarnya nak rekod rawatan mangsa-mangsa yang bunuh diri dan profil lengkap mereka sekali.. Nak buat sikit analisis.. "

" Kenapa Anis? Ada benda yang pelik ke? " Dr. Mansur meneka.. 

Anak muda dihadapannya hanya menggeleng.." Nak pastikan sesuatu je.. "

" Ouh boleh.. Nanti saya bagi pada Raish sebab semua fail ada dekat hospital. Saya takut ada orang yang masuk klinik ni dan bakar report tu " Anis curiga.

SPY ☑️Where stories live. Discover now