"Jadi doktor, boleh kita mula sekarang?"
Haz membuka perakam suara di dalam telefonnya dan diletakkan di atas meja.. Sepasang mata hitam itu menumpukan perhatian sepenuhnya pada lelaki yang segak berkot putih dihadapannya..
Lelaki berkot putih itu membetulkan kotnya.. Nafas diatur dengan perlahan dan tangannya diletakan secara sopan di atas mejanya.. "Silakan"
"Boleh doktor terangkan sikit diri doktor dan apakah hubungan doktor dengan Ungku Firdaus? " Haz mula merajukan soalan kepada lelaki yang bergelar doktor dihadapannya dengan berhati-hati.. Sudah lama dia tidak melibatkan diri dalam bidang 'wartawan' .. Sekali sekala mulutnya ini gatal untuk bertanya macam-macam tetapi ditahan kerana ada ma'am besar disebelahnya..
Karang aku kena gam dekat pejabat dengan atok Daddy tu.. Jatuh air muka aku depan Ammar. Kena gelak setahun aku dengan dia.. Mentang-mentang dapat lepas dari pejabat, action lebih! Detik hati Haz ketika ini.
Ammar adalah seorang penyiasat pada mulanya. Akan tetapi Daddy menurunkan pangkat penyiasat ke penolong Qaisarah kerana dia selalu tak dapat nak selesaikan misinya. Bukan menyelesaikan bahkan lagi teruk dari awal misi yang dia peroleh.
Dia membantah habis-habisan kerja itu untuk mendapatkan semula kebebasannya daripada pejabat.. Mana tidaknya, semua yang bekerja di pejabat adalah penyiasat 'vateran' yang dah pencen dari kerja luar dan dia sorang sahaja yang muda antara ramai-ramai.. Tak mahulah dia.. Lagi sakit kena duduk dengan Daddy yang serius memanjang tu.. Salah sikit sakit doh kena dengan dia.
Akhirnya,atas bantuan Anis, dia dapat kerjanya semulanya sebagai penyiasat tetapi bukanlah penyiasat utama. Hanya pembantu penyiasat sahaja. Cukuplah tu. Janji tak duduk pejabat!
" Saya adalah Dr. Paven, doktor pakar psikologi. Saya ditugaskan menjadi doktor peribadi Ungku Firdaus, merangkap doktor yang merawat Ungku Firdaus sejak dia berumur 12 tahun." Tenang sahaja kata-kata Dr.Paven. Dia tahu lambat laut juga rahsia Ungku Firdaus akan terbongkar walaubagaimana sekalipun Ungku Zaid menutupnya.
"Doktor katakan tadi,doktor adalah doktor yang merawat Ungku Firdaus sejak umur 12 tahun. Apa yang di alami oleh Ungku Firdaus sampaikan doktor menjadi doktor peribadi beliau sejak umurnya yang masih muda? "
Dr.Paven berjeda seketika. Dia memandang kearah seorang wanita muda yang berdiri tegak disisi biliknya sambil memeluk tubuh. Wanita itu juga memandangnya dan masih menanti jawapan dari bibirnya. Dr.Paven memalingkan semula wajahnya ke Haz. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus dengan perlahan.
"He has suffering from chronic mental disorder with abnormal or violent social behaviour
or another definition it's called psychopath."
________________________
Anis berdiri tegak di hadapan sebuah banglo yang tersisih agak jauh dari kota bandar.. Pagar yang melebihi paras ketinggiannya bersalutkan warna emas itu menyerlahkan keunikan dan kemegahan banglo ini.. Ukiran yang sangat teliti pada pagar itu menarik perhatian Anis. Ukiran sebuah pokok yang sangat besar. Di bawah pokok itu kelihat seperti bentuk buah mangga yang berguguran dari pokok besar itu tetapi apabila di lihat dengan teliti semula. Bukan! Itu adalah sebilah pisau yang diukir yang menampaknya seperti buah mangga. Tidak dilupakan, ada lukisan titisan air yang memenuhi ruang kosong pagar itu seperti hujan dan terdapat rantai besi yang dililit pada sepanjang batang pokok yang cantik dan besar itu itu.
Tersangatlah mendalam lukisan ini. Otak Anis mengibas semula teori-teori psikologi yang diajar oleh Daddy dan ibunya sewaktu sekolah rendah dahulu. Jantunya berdegup laju.
Pagar yang setinggi 2 meter itu dibuka secara automatik seperti mengetahui kehadirannya.. Dia tersentak dan kembali ke alam realiti. You can do it Anis.. Semangat itulah yang menutup segala kegugupan yang ada pada hatinya ketika ini.. Orang yang perlu dihadapi olehnya sekarang ini bukanlah orang yang biasa bagi dia. Dia melangkah masuk dengan dengan berani.. Bayangan seseorang yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul di hadapan mata.. Anis disapa dengan dengan senyuman yang sangat bermakna.. Senyuman kemenangan..
YOU ARE READING
SPY ☑️
AléatoireNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...