LaPaN (8)

491 24 2
                                    

"Haih. Apa lagi yang kau buat ni ngah?" Sindir Arrifin sambil membersihkan luka-luka yang berada di wajah Aritza. Seluruh wajah ditilik Aritza ditilik olehnya.

Berbirat. Dahi lebam. Kakak aku ni masuk restling ke apa?

Baru sahaja dia habis mesyuarat bersama pengawas yang lain, dia tergerak hati untuk pergi ke lorong belakang banggunan. Alangkah terkejutnya lelaki itu melihat Aritza terdampar kesakitan di lorong itu. Dia ada juga melihat kelibat pelajar perempuan tetapi pelajar itu lebih pantas melarikan diri. Tidak sempat dia melihat muka pelajar itu.

Aritza memuncungkan bibirnya.. "Ala Art.. Mana aku tahu.. Tiba-tiba perempuan tu datang serang geng aku.." adu Aritza dengan manja.. Sudah lama tak bermanja dengan adik kembarnya sejak dia hilang beberapa tahun lepas. Bukan senang nak dapat perhatian dari adik sendiri. Sedikit pun Arrifin tidak melayan.

Arrifin menggelengkan kepala.. "Tak akanlah tiba-tiba dia serang kalau kau tak buat hal.." Arrifin menekan kain basah dengan geram pada lebam di wajah Aritza.. Aritza mengadu kesakitan lalu menepuk tangan lelaki itu dengan kuat..

"Kau kot ye pun janganlah macam nak bunuh aku! Perangai! "

Usai Arrifin membersihkan luka-luka itu, Arrifin menyimpan peti kecemasan di dalam kabinet dapur rumahnya.. Kakak kembarnya dipandang dengan dingin.

" Bila kau sampai sini ngah? " Laju soalan dituju..

" Dah berzaman dah cuma kau je tak tahu.. " Aritza menjulingkan matanya keatas. Gadis itu merebahkan dirinya di sofa.. Penatnya.. Power juga perempuan tu.. Ajak jadi geng aku habis satu sekolah aku kerjakan... Aritza tersenyum jahat.

" Ha! Aku duduk dekat rumah kau mulai esok.. "  Arrifin mengerut dahi seribu.

Sesuka hati dia je.. Ingat rumah dia? Degus Arrifin sambil merenung tajam wajah Aritza.. Melihat sahaja pandangan Arrifin, Aritza sambung semula ayatnya.." Bosanlah Art duduk dekat hotel.. I'm dying! Can you imagine? Mereput dalam hotel tu tanpa buat apa-apa. OMG! "

" Dah tu sibuk kau nak datang sini kenapa? " Potong Arrifin.. Matanya yang tajam tidak terlepas merenung kelakuan kakak kembarnya.

Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia dapat rasakan bahawa Aritza bukan hanya saja-saja untuk datang kerana Aritza jenis pemalas.. Budak ni memang homesick. Kalau tiba-tiba dia rajin nak keluar,  mesti ada benda yang dia nak buat..

" Bertenang wahai adikku yang dingin sedingin Slurpee.. Kakakmu ini datang dengan niat yang baik tau. Tak baik macam tu."

Aritza bangun dari baringan. "Aku datang sini sebab..." Aritza mencapai alat kawalan jauh di atas meja.. " I got transfer at here! Suka tak?!" Sambung Aritza dengan mata yang bercahaya - cahaya..

Muka Arrifin semakin menegang.. Dalam fikirannya masih berfikir Aritza masih sorokkan sesuatu darinya.. Mungkin disebabkan mereka adalah kembar tetapi tak seiras, firasatnya mengatakan kata-kata Aritza adalah benar tetapi disebalik kata-katanya ada perkara lain yang tidak dapat difikirkan oleh Arrifin..

Lelaki itu melepaskan keluhan berat. Dia meninggalkan Aritza seorang diri di ruang tamu dan masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang kata.. 

Aritza mengekori Arrifin melalui pandangannya sehinggalah bayang Arrifin hilang disebalik pintu.. Lama gadis itu memandang.. Matanya mula kendur..

Walaupun kau tahu yang aku tipu kau.. Aku akan tetap akan tipu kau.. Sorry Art.. Detik hati Aritza sendiri.. 

Tidak lama kemudian, bunyi deringan telefonnya memecahkan lamunan Aritza.. Gadis itu mengerling nama yang terpapar di skrin telefonnya. Dia mendecit.

SPY ☑️Where stories live. Discover now