LaPaN BeLaS (18)

464 24 1
                                    

"Alhamdulillah anak Ungku dalam keadaan baik-baik sahaja. Nasib baik Aritza telefon saya dengan kadar yang segera. Kalau tak, kemungkinan besar dia tak sedarkan diri sebab darahnya keluar dengan banyak tadi."

Ungku Zaid mengucap syukur dengan perlahan. Nasib anaknya selamat. Kelam kabut dia dibuatnya bila Doktor Ghazali menelefonnya semasa dia bermesyuarat dengan kliennya petang tadi. Suziana juga turut melakukan perkara yang sama seperti Ungku Zaid. Lega mereka dibuatnya

"Sekarang ni Ungku kalau Ungku nak melawat dipersilakan. Tapi dia masih tak sedarkan diri lagi. "

Ungku Zaid mengangguk faham. Doktor Ghazali meminta diri daripada pasangan suami isteri itu untuk ke biliknya.

" Papa. Mama. " Suara sang anak gadis mereka menyapa gegendang telinga kedua-dua pasangan itu. Mereka serentak mengalihkan pandangan. Terlihat anak gadis mereka terkedek-kedek mendapatkan mereka serta diikuti dengan anak sulungnya dibelakang.

Suziana menarik anak gadisnya ke dalam pelukan sekejap lalu dilepaskan. Matanya memandang tepat kearah satu pasang mata bulat milik Aritza dengan senyuman keibuan.

" Sayang pergi mana tadi? "

" Pergi toilet dengan along" Jujur Aritza sambil tersengih memandang mamanya.

Ungku Zaid langsung memandang anaknya yang sulung. Anak yang sangat dia banggakan selama ini dalam diam. Walaupun dia lebih terarah kepada anak-anak kembarnya namun dia masih lagi mengambil berat tentang perkembangan semasa walaupun tidak secara terang-terangan.

" Along dengan angah dah makan? " Katanya itu disusuli dengan gelengan kedua-dua anaknya. Senyuman diukir.

" Dah jom kita pergi makan "

____________

"Sebab tu je ke?! "

" Apa maksud kau tu je? " Arrifin memandang Anis dengan keliru..

" Ye lah.. Awak lari dari rumah sebab tu je? Bertahun-tahun sebab ni? "

" Dah tu sebab apa lagi.. Aku hampir mati tau sebab dia.. " Anis menepuk dahi. Aku ingat adalah macam cerita-cerita or aksi-aksi gempak ke en.. Sebab ni je.. Lol.. Ni macam drama pukul 7 je aku tengok. Cerita ni aku pun tahu sebab ada dalam report profil Arrifin. Hmmm tak membantunya. Sama je macam cerita psiko yang aku baca. Typical psycho. Tsk!

Arrifin tadi pelik mula tersenyum tetapi disembunyikan senyumannya.. Gelagat Anis dari serius bertukar menjadi kanak-kanak yang hampa tak dapat tengok kartun kegemaran mereka mencuit hati Arrifin..

"Bukan tu saja. Ada lagi sebenarnya.. Semuanya lebih kurang macam tu lah.. Cuma dia dera aku start dari tu lah.. Kalau papa dan mama aku tak ada mulalah dia jadi orang yang kitaorang tak kenal.. Macam orang kena rasuk.. Kadang kala tak boleh dijangka apa yang dia nak buat.. Sampai aku pernah masuk ICU sebab dia.. "Anis mencebik.. Yang sampai ICU tu tak nak pulak dia cerita.. Cerita yang aku dah tahu dia cerita. Sekeh kepala kang!

" Along memang tak suka aku.. I mean bukanlah dari awal aku lahir.. Tapi selepas umur aku 5 tahun dia mula dingin selalu marah-marah dan bila aku 8 tahun dari dingin bertukar jadi lain.. Yang jadi mangsa dia adalah aku bila dia marah atau sakit hati.. Aku tak faham kenapa.. " Luah Arrifin.. Dia tahu tak ada yang boleh dia rahsia kan dari Anis dan dia selesa untuk meluahkan isi hatinya. Mungkin Anis lebih faham situasinya.

Atau hati yang menyuruh?

" Then awak lari ke sini sebab awak tak tahan dengan along awak? "

Arrifin mengangguk.. Lalu dia menyambung " Akhir tahun masa aku 8 tahun.. Masa tu aku baru keluar dari ICU.. Aku pakat dengan Ezriq nak duduk sekali dekat sini senyap-senyap tanpa bagitahu sesiapa kecuali mak ayah Ezriq sebab dia yang jaga kitaorang kat sini.. At the end keluarga aku dapat tahu juga masa habis UPSR. Diorang suruh aku balik tapi aku tak nak.. "

SPY ☑️Where stories live. Discover now