SeMbIlAn (9)

539 25 2
                                    

The Alphabet, Tiara dan Anis berjalan masuk ke dalam sebuah arked yang terdapat di dalam BEM.. Harini Anis memaksa juga dirinya untuk mengikuti enam sekepala ini selepas dipaksa oleh Tiara.. Kasihanlah katakan.. Kalau tidak, masa-masa sekarang ini dia masih lagi terdampar di atas katilnya yang empuk itu.. Anis menguap perlahan..

"Dekat sini macam-macam permainan arked ada.. Dari yang jarang jumpa hingga dah biasa jumpa pun ada" Terang Carish dengan jelas.. "So, sebabkan Anis join kita sekali pada hari ini, jadi aku selaku ketua akan belanja kau orang semua.. Nak main apa kau orang main lah.. Paling best.. Tanpa gangguan sesiapa pun.. Jadi tempat ni akan jadi port kita harini!"

Sambung Carish.. Tersenyum lebar mereka semua apabila diberitahu berita tersebut dari mulut Carish sendiri..

Mana taknya.. Dengan tidak disangka oleh Anis, Carish ni sebenarnya adalah anak kepada pemilik BEM ni.. Jadi apa lah salahnya kalau dia belanja mereka sekali sekala.. Lagi pula Anis ni memang jarang sekali untuk keluar dengan mereka, mana tahu dengan cara ini boleh merapatkan silaturahim.. Bak kata Carish..

The Alphabet bergerak laju ke tempat yang mereka hajati sejak dari tadi.. Walaupun mereka semua anak orang berada tapi siapa yang tak mahukan free.. Betul tak?

Anis meronda-ronda sekeliling arked.. Matanya mula meliar ke kiri dan ke kanan. Nak main apa? Tak ada yang menarik pun..

Tidak lama kemudian matanya tertarik pada satu permainan iaitu permainan menembak menggunakan pistol sebenar yang dijaga oleh seorang pekerja disitu.. Lama dia memerhatikan dan dia dikejutkan oleh Tiara.

"Kau tengok apa Anis? " Tiara mengalihkan pandangannya pada arah yang sama.." Wah! Pistol betullah.. Kau nak try ke? " Tanya Tiara dengan matanya bercahaya..

" Hmmm.. Nak kot.. "

" Dah tu jom ah.. Aku pun nak juga! "

Anis menganggukkan kepalanya lantas tangannya segera ditarik oleh Tiara..

" Kita bet.. Siapa kalah dia akan belanja orang yang menang. Apa macam? Deal? " Tiara mengangkat - angkat keningnya.. Tanpa sebarang suara Anis terus mencapai headphone kalis bunyi sebagai menjaga pendengarannya.. Tiara dengan teruja juga melakukan perkara yang sama..

Kedua-duanya sudah pun bersedia untuk menembak.. Tangan diangkat bersama pistol.. Riak wajah mereka bertukar serius.. Picu ditarik lalu peluru dilepaskan secara serentak..

__________

BANG!

"Oh mak kau bang! " Badri melatah.. Kemudian dia mengurut dadanya.. Fuh! Mau tercabut jantung dibuatnya.

" Siapa pula yang main pistol dekat belakang ni? " Carish melihat sekeliling.. The Alphabet semua berada berdekatannya kecuali..

Takkanlah.. Mata Carish terbeliak.. Kemudian dia terus bergegas ke bahagian belakang arked sambil diikuti rakan-rakan yang lain..

Benar tekaannya! Ternyata Tiara dan Anis yang sedang bermain di bahagian yang selalu menjadi tumpuan pelanggan dan pelancong yang datang kesini .. Kelima-lima jejaka itu terpegun dengan keberanian mereka dan cara mereka menembak seperti penembak handal.. Jarang benar mereka melihat gadis atau wanita yang bermain di sini..

Usai sahaja tembakan ketiga dari mereka headphone ditelinga dibuka. Tepukan gemuruh diberikan oleh The Alphabet.

"Wow ladies ! Aku hampir tak kenal korang tadi.. Macam polis dah aku tengok " Hujah Danniel dengan teruja.

Tidak lama kemudian kertas sasaran mereka di bawa ke mereka oleh penjaga tempat tersebut.

"Cik Anis. Cik dapat markah penuh 32.. Semua sasaran tepat pada titik sasaran.. " Enam pasang mata melihat penjaga tersebut dengan tidak percaya.. Tidak cukup dengan itu, dirampasnya kertas sasaran Anis dan dilihat dengan teliti..

SPY ☑️Where stories live. Discover now