EnAm BeLaS (16)

440 30 3
                                    

Sejak dari dalam kapal sampailah mereka tiba, sepatah perkataan dari mulut Anis pun tidak kedengaran dari Anis membuatkan The Alphabet dan Tiara berpandangan sesama sendiri.. Risau mereka melihat Anis sejak mereka mengetahui hal sebenarnya semalam.. Anis pun seolah-olah menjauhi mereka ketika ini.

Lagi bertambah risau mereka apabila Anis ada terlibat dengan along kepada Arrifin yang selama ni hanya The Alphabet sahaja yang tahu.. Arrifin juga ada terfikir untuk membantu tapi dihalang oleh Danish yang tidak sengaja mendengar perbualan mereka agar tidak masuk campur atas apa-apa urusan yang melibatkan Anis mahupun SIA kecuali Anis sendiri yang meminta buah fikiran dari mereka. Kalau tidak bukan sahaja diri mereka bahkan Anis juga akan dilanda bahaya. Sejak dari itu mereka hanya mendiamkan diri dan mengekori sahaja SIA dan Anis..

Tapak kem rahsia SIA terletak di tengah-tengah hutan itu membuatkan mereka terpaksa meredah hutan yang agak lebat untuk sampai ke destinasi.. Sampai sahaja di tapak kem rahsia, mereka diminta masuk ke dalam dan berehat sementara pekerja-pekerja SIA menyiapkan makanan untuk mereka makan..

Masuk sahaja kedalam kem utama mata mereka terpaku melihat ke teknologi-teknologi moden yang diguna pakai oleh warga SIA yang berada di dalam kem ini.. Mereka seperti di makmal eksperimen tetapi makmal ini terletak di dalam kem agak besar dan biasa sahaja.. Walaupun mereka masuk ke dalam kem itu, tidak sedikit pun orang-orang tersebut memandang kearah mereka.. Sebaliknya mereka lebih fokus ke arah teknologi moden dihadapan mereka.

"Minta perhatian semua! " Sekelip mata semua warga SIA serta merta memberhentikan kerja mereka apabila mereka mendengar teriakan oleh gadis molek dihadapan mereka..

" Saya ingin berjumpa dengan semua ketua sub sekarang. " Tegas Anis.. Secalit senyuman pun tiada di bibirnya.. Tidak seperti selalu dan itulah yang membuatkan mereka gugup buat seketika.. Kerana mereka tahu ketika ini, dihadapan mereka bukan Anis si gadis yang nakal dan suka bergurau senda dengan mereka, tetapi Anis  seorang ketua yang mengerunkan.

Kemudian gadis itu berpaling ke belakang.. Pandangan dihalakan kepada wanita 20-an yang sentiasa bersamanya sejak dari dalam kapal..

" Kak yong.. Tugas akak buat masa sekarang ni jaga diorang.. Pastikan IH tak tahu lokasi kita.. Kalau ada yang tak kena, tolong bagitahu dengan kadar yang segera.. " Kak yong hanya mengangguk perlahan.. Takut tetapi hatinya mengeluh sedikit. Tak dapat lagi aku nak ikut dalam misi ni..

" Oh satu lagi.." Anis mendekatkan mukanya sedikit ke telinga kak young lalu berbisik dengan nada yang serius kepadanya "Diorang tak perlu tahu plan kita.. Kalau diorang tahu, you out immidiately.." Lantas Anis bergerak keluar dari kem menuju ke kem mesyuarat yang terletak berhampiran dengan kem besar yang dia masuki sebentar tadi..

Gerun. Itu yang Kak Yong rasa ketika ini. Kak yong hanya mengangguk sekali lagi tanpa sebarang bantahan. Sejurus sahaja Anis keluar, semua didalam kem menarik nafas lega. Ketegangan atmosfera di dalam kem ini membuatkan nafas mereka sesak.

"Kak yong. Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Musykil Badri. Dari tadi dia tidak faham apa yang sebenarnya berlaku. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Apa yang dia nampak adalah watak baharu Anis yang tidak pernah dilihat olehnya. Seram sejuk dibuatnya. 

Kak Yong memandang kearah Badri kemudian kearah lima orang rakannya yang lain. 

"Itu namanya 'Leader Aura'. " The Alphabet dan Tiara tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Kak Yong.

"When the aura comes, no more sun and beautiful flowers. Only a creep night without the moon or star shining on it. No more playful princess, but the truly queen on her throne. When you see this aura just remind that to be careful and keep your mouth shut. Don't mess with her or you will die slowly in her way."

Kaku.

____________

Ungku Zaid melangkah masuk ke dalam salah satu bilik khas yang menempatkan seorang wanita yang sedikit berusia yang sedang 'beradu'. Dia mengambil tempat di kerusi yang berdekatan dengan katil wanita itu. Raut wajahnya dipandang dengan penuh kesal.

"Su. Bangun sayang. Abang datang ni. " tiada sahutan. Ungku Zaid cuba menenangkan dirinya yang hiba..

" Su. Abang minta maaf Su.. Kalau bukan disebabkan abang, anak-anak kita tentu dekat sini. Dekat dengan Su. Jaga Su. Abang minta maaf Su. 

Abang tewas Su. Abang tewas dengan prinsip abang. Abang tewas dengan syarat dan perjanjian yang abang buat sendiri. Abang menyesal tak ikut cakap Su dulu." sambungnya. Masih lagi dengan keadaan yang sama. Isterinya, Suziana masih lagi statik dikatilnya. Tiada tanda-tanda yang dia ingin bangun dari 'tidurnya'.

"Bangunlah Su. Abang rindu Su. Abang rindu keluarga kita yang dulu. Abang rindu Su. Bangunlah. Abang minta maaf. " kalini dia tidak dapat menahan lagi.. Air mata yang sukar untuk dikeluarkan bagi seseorang lelaki terus pecah sebaik sahaja ingatannya seakan berlayar pada memori-memori indah dia bersama keluarga yang dia sayangi. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Nasi sudah menjadi bubur. Angkara dia, sikap bongkak dan egonya akhirnya memakan diri. Semua menjadi kucar kacir seperti sekarang. Keluarga yang bahagia musnah, isteri dan anak-anak yang dicintainya seakan-akan lari darinya. Hatinya kesal. Andai Tuhan memberi aku peluang kedua aku sanggup betulkan semua walaupun tergadai nyawa mahupun hilang kenikmatan dunia.

Ketiga-tiga anaknya sekarang lebih suka membuat hal masing-masing. Tidak ada lagi istilah berkumpul ramai-ramai, rindu sama adik beradik, gelak ketawa apatah lagi usik mengusik. Rumah agam itu suram sahaja tidak seperti keluarga yang lain.

Tangan Suziana diraih dan digenggam erat. "Su. Selagi abang masih bernyawa, abang akan bawa balik anak-anak kita. Kita jadi macam dulu ya sayang. Tapi Su kena kuat. Su kena bangun tau demi keluarga kita demi abang. Abang sayang Su. "

____________

Arrifin tersedar dari tidurnya. Mimpi itu lagi. Argh! Kenapa time ni juga kau muncul dalam mimpi aku? Aku tak nak ingat lah! Tak faham ke?! Arrifin mengurut sedikit kepalanya yang berdenyut kuat setelah sedar dari mimpinya..

Selepas sahaja mereka diberi khemah sederhana besar untuk mereka berlima untuk merehatkan diri. Tiara pula dibawa ke kemah Kak Yong sementara menunggu Anis selesaikan mesyuaratnya dengan ketua sub SIA.. Kemudian, Arrifin mengambil tempat di salah satu sofa kecil yang terdapat disitu. Niatnya ingat melepaskan lelahnya tetapi sebaliknya dia terlena dengan sendiri.. Kemudian dia tersedar apabila dia bermimpi buruk. Bukan mimpi tetapi lebih kepada memori pahitnya.

Dia meraup wajahnya. Kusut benar pemikirannya kalini. Bermacam-macam masalah timbul dan dengan masalah yang timbul itu Bermacam-macam dia fikir. Dan sekarang ni otaknya tidak bekerja sama dengan tuannya. Serabut.

"Art kau okay tak? " Soal Tiara yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam kemah diikuti dengan The Alphabet dan Anis.

Arrifin tersentak dengan sapaan Tiara.. Pandangan dikalihkan pada mereka tiba-tiba pandangannya ke anak mata seseorang yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya sejak dari perhimpunan rasmi itu. Hatinya berdebar-debar ketika ini sekali lagi.. Kemudian Arrifin tersedar apabila si dia mengalihkan pandangannya apabila mereka lama bertentang mata..

"Urm.. Okay " Arrifin tersenyum segaris. " Korang dari mana? "

" Kitaorang pergi ronda-ronda setiap kem. Kak yong yang bawa sebab tengok kitaorang bosan sangat. Nak ajak kau tapi kau dah lelap so kitaorang pergi jelah. Kebetulan jumpa Anis masa jalan. Lepastu Anis kata makanan untuk kita dah siap. Boleh je kitaorang terus pergi sana tapi ingat kau ada kat sini tu patah balik nak kejut kau.. " Terang Carish dengan panjang lebar.

Kalau boleh, selagi boleh panjang ayat dia tu selagi tu lah dia tak akan berhenti cakap tapi nanti mesti ada orang kacau tengah-tengah jalan. Jadi dia pendekkan je. Nasib lah dapat kawan macam ni.

" Jom Art. Pergi makan. " Arrifin mengangguk. Lantas dia berdiri dan mengekori rakan-rakannya dari belakang. Mimpinya tadi seakan-akan terhapus seketika apabila melihat gelagat rakan-rakannya yang gila-gila meriuhkan sesuana. Mood Anis pun ketika ini sudah baik seperti sedia kala. Jadi semakin rancak gelak ketawa mereka. Nasib dirinya tak terjebak sekali. Kalau tak mau jadi gila berjemaah.

______

SPY ☑️Where stories live. Discover now