Anis mengekori Ungku Firdaus sambil menilik sekeliling jalan ini. Sekarang ini mereka di tingkat dua dan dari tadi mereka masih tidak sampai ke destinasi yang sebenar. Dari perjalanan mereka, Anis dapat menganggak yang rumah ini tersangatlah besar dan destinasi mereka mesti pada hunjung laluan mereka.
Sepanjang perjalan mereka, Anis dapati hampir 10 bilik mereka sudah lalu tapi masih ada lagi bilik dihadapan mereka.. Anis tertanya-tanya di dalam hatinya yang kecil itu..
In typical psychopath story book ,diorang ni akan buat satu bilik untuk dia letakkan mangsa mereka dalam bilik tu. Tapi kenapa kenapa banyak sangat bilik satu tingkat ni? Ni baru satu tingkat. Rumah ni ada tiga tingkat..
Kalau banyak sangat macam ni, ini bukan bilik. Ini betul-betul penjara!
Dalam otaknya memproses 1001 soalan yang dia sendiri tidak dapat menyelesaikan. Kemudian, mereka terdengar jeritan seseorang yang berhampiran dengan mereka. Seorang wanita! Matanya meliar-liar mencari bilik yang mengandungi suara wanita itu. Tiba-tiba mata dia terkunci pada cecair yang mengalir deras di bawah pintu bilik bersebelahan dengan tangan kanan Ungku Firdaus. Cecair berwarna merah itu mula membasahi kasut Ungku Firdaus.. Dia memberhentikan langkahnya..
Badan Anis membeku. Dia menutup mulut serta hidungnya kerana terlampau terkejut.. Darah!
Ungku Firdaus memandang kasutnya yang dibasahi oleh darah. Dia mengerlingkan kepalanya kearah Anis. "I'm sorry. My bad. He is a new guy here." Dingin. Ungku Firdaus berpaling semula kehadapan dan terus melangkah. " He scares my special guest. I think he must deserve something. Am I right, Anis?"
Kecut perut Anis apabila mendengar suara Ungku Firdaus yang berbeza.. Ianya berubah terlampau drastik sekali.. Dari suara lelaki yang periang menjadi garau dan dingin. Bulu romanya meremang.
What the hell of this guy?
_______________________
"Hahahaha.. Kelakarlah korang ni! Abang gurau je lah. Mati abang kena pancung dengan Anis kalau dia dengar ni.. Hahahaha"
Keluhan lega kedengaran.. Mahunya tidak.. Kejutan yang diberikan oleh Anis pun tidak habis lagi mereka diterima dengan kejutan yang lebih besar lagi.. Anis tu dahlah pelajar sekolah menjadi seorang penyiasat. Tiba-tiba pula dengar dia dah bertunang.. Gugur jantung Mak Cik Kiah sebelah rumah tu..
"Abang ni abang R. Pembantu penyiasat kepada Anis untuk misi kali ni.. Yelah diakan bawah umur.. Mana boleh pergi seseorang.. Bahaya!"
"Aduh abang R ni terkejut kitaorang. Ingat betul-betul tadi. Nasib tak pengsan." marah Tiara. Bab Anis ni jangan main-main pada waktu begini. Sensitip!
"Ha tadi bukan main korang tanya abang berdas-das. Ni baru abang bagi gempak sikit je. Karang kalau korang dengar cerita pasal Anis memang korang pitam terus. Hahahaha."Sejak tadi, lelaki yang bergelar 'Abang R' ni menyakat Tiara dan The Alphabet kemudian tergelak sendiri melihat muka masing-masing..
"Apa maksud abang yang Anis dah boleh jawab exam sebelum kami?" Abang R tertarik dengan suara tersebut. Dia memandang anak muda yang agak matang dari segi luaran mungkin juga dalaman berbanding yang lain dari mereka yang lain serta sangat serius di sebalik mukanya yang dingin.. Ni mesti Arrifin.. Detik hatinya
" Anis tu budak bijak seperti ayahnya dan periang. Dia memang berat mulut sikit, tapi dia bukanlah jenis sombong. Selalu buat benda gila dan pelik-pelik sama seperti mak dia. Dia selalu kena lompat kelas. Sepatutnya pada umur dia 13 tahun dia dah boleh ambik SPM dah tapi Pengarah kami menawarkan dia untuk mempelajari ilmu penyiasatan dari kesemua penyiasat terhandal SIA termasuk ayahnya, Nik Naim kerana dia melihat potensi Anis ketika itu. "
YOU ARE READING
SPY ☑️
AléatoireNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...