TiGa (3)

579 29 3
                                    

"Aduyai! Masak aku kena ceramah sekali lagi dengan Cikgu Misai tu.." Keluh Carish.. Dia membuka plastik roti berperisa jagung dengan geram sebelum menyuapkan roti ke dalam mulut.

"Padan muka. Siapa suruh kau tak buat kerja dia sekali masa kau layan Whatsapp tadi. " Ezriq membuka mulut. Dia dah lama perhatikan perangai Carish ni. Budak ni bila dah bukak telefon tak ingat sekeliling. Lagi-lagi waktu main game. Makan pun tak mahu nak jamah!

" Eh kau sudahlah! Dahlah tadi gelakkan aku. " Carish menepuk bahu Ezriq dengan kuat sekali. "Kau dua orang pun sama je.. Dua ekor beruk ni bergelak sakan dekat depan.. Ingat aku tak nampak?" bahu Badri dan Danniel pula menjadi sasaran seterusnya..

"Eh.. Hello.. Art pun sama okay! Dia siap tulis kat Whatsapp lagi.. 'Deserve it' lagi.. Tak percaya bukak lah WhatsApp kau. Ouh lupa! Telefon kau dekat Cikgu Harris. Hehehe" Danniel membuka cerita sambil tersengih..

Carish yang mengunyah roti didalam mulutnya terhenti seketika. Dia memandang tajam kearah Arrifin dengan penuh rasa marah. Arrifin hanya mendiam tanpa reaksi. Pandangan Carish juga dia abaikan

Punyalah aku puji dia tadi. Dia mengutuk aku diam-diam rupanya. Kurang asam boy betul! Pusing kepala sat agi baru tau.

" Ceh! Kau mengadu dekat Carish ni macam mana sekali pun bukannya dia boleh buat apa-apa dekat hero kita ni. " Kata Ezriq dengan selamba.

Benar kata Ezriq. Memang kebanyaknya pelajar di sekolah ini gerun dengan sikap Arrifin. Dia memang jarang untuk marah serta pendiam. Lebih kepada tenang dan tidak mudah melatah apabila berada pada keadaan yanggenting mahupun kritikal tapi sekali dia mengamuk sangat gerun. Walaupun diberi gelaran 'Ice Prince' sekolah, dia tetap dihormati dan dibanggakan oleh guru dan pelajar sekolah ini. Tahapnya seperti guru-guru sekolahnya sendiri. Carish yang kononya ketua kumpulan The Alphabet pun seram dengannya.

"Ha! Kau kata ada benda kau nak cakap Bad Apa dia? " Carish beralih pada topik lain. 

" Ouh! Ha sebenarnya -... " Belum sempat Badri ingin bercerita pelajar-pelajar disekeliling mereka mula riuh  dengan tiba-tiba.

" Weyh! Weyh! Tengok tu. Tulah yang aku cakap. Lawakan dia. Muka persis Barbie doll versi bertudung punya."

"Ye doh. Jelesnya aku. Aku teringin nak muka macam dia."

"Lawa doh perempuan tu. Kalau jadi awek aku tu perhh. Tak tidur malam aku dibuatnya."

" Apa barang awek. Buat bini lah bagus. Kalau dia jadi bini aku, tobat terus tak nak keluar rumah."

Ke lima-lima jejaka tadi memandang curiga serta tertanya-tanya. Siapakah gerangan yang disebutkan tu sampai riuh mereka dibuatnya.

"Ha tu dia!" Badri yang dari tadi meninjau disebalik celahan pelajar-pelajar yang menghalang pandanganya, menghalakan jari telunjuknya kearah firgura seorang gadis yan baru masuk kedalam kantin bersama seorang rakan disampingnya.

"Itulah yang aku nak cakapkan. Pelajar baru yang tengah hot gila sekarang. Lawa doh. Tak tipu "

Mereka yang lain segera memandang figura yang ditunjukkan oleh Badri termasuklah Arrifin. Memang benar apa yang didengar. Gadis itu cantik persis patung Barbie.

"Siapa nama dia? " tanya Danniel. Matanya masih tidak lekang daripada melihat gadis itu. Cantik.

" Itu kita kena tanya tuan empunya badanlah" Badri tersenyum makna.

______________________

"Aku tak selesa diorang pandang aku macam tu sekali" Anis membetulkan tudungnya yang agak senget. Panas rasanya apabila semua orang melihat macam harimau kelaparan. Ni yang aku benci ni! Bentak Anis di dalam hati.

SPY ☑️Where stories live. Discover now