DuA BeLaS (12)

461 26 1
                                    

Anis menyemak senarai panggilan di telefon bimbitnya.. 

Missed called from Abang Raish (20)

Missed called from Daddy (10)

Missed called from Ibu (15)

Mak aihh.. Asal ramai yang call aku ni? 

Telefonnya tadi dia tinggalkan sekejap di dalam bilik kerana kehabisan bateri.. Kemudian dia terus pergi melawat Arrifin di biliknya.. Tak sangka ramai betul yang menelefonnya.. Baru sahaja ingin menelefon semula ibunya, nama ibunya muncul di skrin telefon bimbitnya.. Dengan segera dia mengangkat..

"Assalammualaikum ibu.. Kenapa ramai yang call..-"

" Waalaikumsalam, Anis! Abang Raish dan abah.. Kena tangkap dengan WIN. "

"APA?!"

___________

Hati Anis tidak tenang dibuatnya.. Khabar berita yang ibunya beritahu sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Makanan yang terhidang dihadapannya tidak diusik.. Mindanya serabut..

Mana tidaknnya.. Dia berada di tengah-tengah laut manakala abahnya dan abang setugas dengannya sudah menjadi tawanan lelaki durjana.. Masak dia nanti kalau mereka berlabuh di perlabuhan.. Kemungkinan orang-orang lelaki itu menunggunya..

"Anis kenapa tak makan? Termenung je dari tadi.." Tiara menegur.. The Alphabet dan Aritza mengangkat muka mereka kepada Anis..

"Ha? Ah.. Tak ada selera lah.. Ambiklah kalau nak." Anis menolak pinggannya kearah Tiara.. 

Tiara musykil.. Takkan Aritza ada sekali dia tak nak makan makanan mewah-mewah macam ni.. Rugi tau.

"Kau okay tak?" Bisik Tiara ditelinga Anis. 

"Tak aku tak okay.." Jujur Anis

"Lorh.. Dah kenapa? Takkan sebab minah depan kau ni.. Alah kau abaikan jelah dia.." 

"Bukan.. Bukan sebab dia.."

"Dah tu?" Anis mengeluh perlahan.

"Tak ada apa.. Aku masuk bilik dulu.. Nanti kau temberanglah apa-apa kalau ada orang tanya pasal aku.." Anis berdiri lalu berlalu pergi dari dewan makan itu.. Ada benda lagi perlu dia uruskan sebelum apa-apa yang akan berlaku pada dia dan semua orang di dalam kapal persiaran ini..

"Eh..Anis! Alamak budak ni buat hal pula.." Tiara menepuk dahinya.. Apa aku nak kelentong diorang ni..

"Anis nak pergi mana?" Arrifin akhirnya bersuara setelah lama memerhatikan gelagat mereka berdua yang duduk berbisik sejak tadi.

"Err.. Dia balik bilik.. Tak sihat katanya.. Al-maklumlah dia mabuk laut.. Hehehe.." 

Okay.. Apa aku merepek ni.. Marah suara hati Tiara..

"Sejak bila Anis mabuk laut ni? Bukan ke -.."

"Eh dah lah.. Biarkan jelah dia.. Dia dah besar punkan.. Makan jelah.." Potong Aritza sebelum Carish menghabiskan ayatnya.. Aritza memotong beef stick dengan ketulan yang kecil lalu disuap ke mulut. Menyampah dia melihat semua orang tertumpu kepada Anis bukan padanya sehingga dia terlupa tujuan sebenarnya dia berada disini.

Carish membuat muka tidak puas hati lalu dia menyuap nasi dengan kasar ke dalam mulutnya seperti kanak-kanak merajuk.. Kemudian meja mereka disudahi oleh bunyi sudu dan garfu tanpa suara yang keluar di setiap mulut mereka..

Tidak beberapa minit, bunyi pesanan ringkas masuk satu per satu disetiap telefon bimbit mereka kecuali Eriq, Aritza dan Arrifin.. Mereka membuka dan membacanya.. Pesanan dari seseorang yang mereka tidak kenali tetapi membawa seribu makna bagi mereka.. Mereka mengerut dahi .. 

SPY ☑️Where stories live. Discover now