"Kau kenapa Art? Sejak kita balik dari makan tadi kau senyap je? Want to share anything?" Sapa Eriq dari belakang Arrifin.. Entah bila dia ada dekat belakang pun Arrifin tak pasti. Yang Arrifin pasti si Eriq ni memang tidak pernah lah berenggang dengan dia sejak dari tadi.
"Dah tak ada benda nak cakap. Aku diam je lah. Macam tak biasa aku macam ni. " Seloroh Arrifin tanpa memandang Ezriq. Matanya dikatup seketika.
" Hello! Akukan sepupu kau merangkap bff kau. Aku tahulah dey.. Senyap kau tu ada makna yang berbeza-beza tau. 10 tahun kau duduk dengan aku kot. " Arrifin tak terdaya nak menjawab. Ya benar sekali sangkaannya. Fikiran Arrifin melayang jauh dari jasadnya. Dia tahu, hanya Eriq sahaja yang tahu isi hatinya, sikapnya, dan semua rahsianya selain dari mamanya, Suziana Azura.
Sebut pasal mamanya, dia mula teringat akan wajah mamanya yang dia rindui selama 10 tahun. Selepas sahaja Eriq kata mamanya tenat, hati dia tidak keruan. Ingin sahaja dia melawat tapi ego. Ego menguasai dirinya serta hatinya masih berbolak balik.
"Aku rindu mama. " Itu sahaja ungkapan darinya. Entah kenapa laju sahaja mulutnya kata demikian sedangkan hatinya rusing pasal perkara lain. Lebih dia risau ketika ini adalah Anis. Kenapa dia rasa ada yang tidak kena? Ada benda lain dia tidak tahu selain dari cerita gadis itu. Apa lagi gadis itu sembunyikan?
" Tak apa bro. Lepas je selesai masalah ni aku teman kau tengok mama. Sabar sikit eh bro. " Eriq menepuk belakang Arrifin beberapa kali. Arrifin seperti biasa akan lebih berdiam diri.
Tiba-tiba derheman kuat menyetakkan mereka berdua. Mereka berpaling.
" Ouh Anis. Awat? Tetibe muncul. Terkejut kami " Anis senyum segaris.
" Aku nak cakap dengan korang sikit tapi nampaknya korang berdua je yang sedar" Mata mereka mula memerhati sekeliling. Rakan-rakan mereka sudah diulit mimpi indah di tilam masing-masing.
"Tiara mana? " Tanya Eriq apabila Tiara bersama mereka.
" Tiara dah tertidur dalam khemah kak Yong. Dia punya syok tidur sampai aku keluar masuk khemah tu pun tak sedar. Tidur mati agaknya" Mereka bertiga ketawa kecil.
"Ouh ya. Aku nak cakap yang korang dah boleh balik dah esok. Nanti aku suruh kak Yong hantar korang. "
Ezriq dan Arrifin mengucap syukur didalam hati.
"Kau?" Arrifin memandang tepat ke arah Anis yang sedang menggosokkan sedikit lengannya menandakan badannya sejuk. Anis tersedar soalan itu untuknya, dia mula bersuara.
"Well.. Aku kena habiskan apa yang dah tergendala."
Mereka bertiga terdiam. Dalam beberapa minit berdiam diri Anis sambung kata-katanya.
"Selain dari tu, aku nak sampaikan sesuatu."
" Apa tu? "
" Lupakan semuanya. Pasal aku, SIA dan Ungku Fidaus. " Kedua-dua lelaki dihadapannya seperti memahukan penjelasan lebih darinya. Anis mengeluh perlahan. " Akukan spy. Mana boleh orang lain tahu identiti aku. Anggap saja korang tak pernah mengalami semua ni masa korang disoal siasat nanti dan korang dah tak ingat apa-apa masa korang hilang." sambungnya.
Eriq dan Arrifin mengangguk faham.
" Kalau tak? " Eriq sengaja menguji.
" Siapa tak dengar arahan aku." Anis mengambil sepucuk pistol yang terletak elok di punggungnya lalu mengacukan pistol kepada Eriq dengan sebelah tangan. "Aku tembak seseorang"
Serentak dengan itu Eriq mengangkat kedua-dua belah tanggannya.. Uish kau. Dia main pistol geng. Kau ada?
"Okay! Okay! Tak. "

YOU ARE READING
SPY ☑️
RandomNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...