Anis mengikat tali kasut sekolahnya dengan kemas. Siap mengikat, Anis mengunci pintu rumah sebelum berjalan menuju ke kereta milik Raish yang sedang menunggunya di dalm kereta.
Rumah yang didudiki oleh Anis itu ialah milik daddy yang lama dia oleh sebab daddy telah membeli rumah di Kuala Lumpur.. Disebabkan sayang untuk menjualkan rumah itu kepada sesiapa, dia menjadi rumah itu sebagai rumah tumpangan bagi setiap ejen yang dihantar ke sini.
Raish pula?
Haruslah dia tidur di rumah makciknya yang tidak jauh dari rumah ini. Tak akan pula dia mahu tidur sekali satu rumah dengan Anis. Kot lain yang jadi masak dia nanti walaupun ada bibik didalamnya. Jangan cari pasal. Anak dara orang tu!
"Uyoo. Awal harini, princess. Ingat nak pergi pukul 1 tadi." Sakat Raish sesudah Anis masuk sahaja kedalam kereta. Anis memberikan jelingan yang tajam dan matanya menunjukan 'Diam-dan-jalan-sekarang!'
Raish tertawa kecil lalu memandu keretanya ke sekolah baharu Anis. Entah kali ke berapalah gadis berumur 17 tahun ini pindah sekolah. Dia pun tidak pasti.
Pada mula dia ditugaskan menjaga Anis ketika usianya 13 tahun, dia risau jikalau Anis tidak dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran. Tetapi tanggapannya mula salah setelah dia sendiri melihat pekembangan Anis dari hari ke hari. Dia rasa sangat kagum dengan gadis molek itu. Kerja sambil belajar bukan pekara senang. Lagi-lagi ketika dirinya berada di sekolah menengah.
Oleh itu, dia tidak kisah ditugaskan sekali malahan senang hati dirinya dapat bekerja dengan Anis. Bijak dan berpontesi menjadi ejen perisik yang hebat. Muda-muda dah pandai cari duit. Tak hairanlah kalau dia jadi anak emas daddy
Suasana didalam kereta Viva ungu Raish agak sunyi seketika sehinggalah kereta Raish berhenti dihadapan Sekolah Menengah Pantai Darlia. Sekolah itu adalah sekolah elite yang tempatnya betul-betul berhampiran dengan pantai. Cantik dan damai pemandangan di sekolah itu menutupi segala rahsia besar yang tidak dapat diungkapkan sehingga kini.
Anis mencapai beg sandangnya dan keluar dari perut kereta. Belum sempat Anis memulakan langkah masuk ke sekolah, Raish memanggilnya dari dalam kereta melalui tingkap penumpang.
"Princess! Belajar elok-elok tau. Jangan mengantal. Ingat misi anda dekat sini. Abang report dekat ibu kalau Anis main-main. " Anis membuat muka toya.
"Ye pakcik. Saya tahulah pakcik. Saya bukan macam orang tu suka mengatal sini sana. Girlfriend keliling pinggang tu sudah tentu. Tu sekejap lagi tu, orang yang disebut-sebutkan mulalah menggila. Betul tak, pakcik? "
Baru sahaja disebut oleh Anis, telefon Raish berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Raish memandang sekejap telefon pintarnya lalu dikalihkan kepada Anis dengan segihan dibibir. Kemudian dia dengan segera mengangkat panggilan tersebut. Sekelip mata suaranya menjadi lemah lembut.
Sesi pujuk memujuk antara Raish dan suara wanita yang sedang menelefonnya dihapadapannya dipandang dengan bosan. Anis terus berpaling dan berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa memperdulikan 'drama' Raish di dalam kereta.
Apabila sudah ke tengah-tengah sekolah Anis berjalan, Anis terhenti seketika.
Alamak! Lupa pula nak tanya abang Raish pejabat dekat mana. Anis menepuk dahinya. Dah separuh jalan baru nak teringatlah kau ni Anis..
"Ehemm!"
Anis tersentak dengan suara yang menyapanya dari belakang. Dia menoleh kearah suara tersebut. Siapa pula ni?
"Cari siapa?" Ramah gerangan itu sambil tersenyum manis. Anis kekok sedikit.
"Hmm.. Saya bukan cari siapa. Saya nak cari pejabat. Hurmm.. Boleh tolong saya?"

YOU ARE READING
SPY ☑️
RandomNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...