EnAm (6)

556 28 0
                                    

Komputer riba dibuka olehnya.. Segala dokumen-dokumen penting di simpan rapi di dalam pendrive kuning keemasan dan email peribadinya sebagai backup copy.. Tidak ketinggalan video pelajar bunuh diri di dalam Youtube sekolah mereka turut disimpan sebagai bahan bukti dan rujukannya. Cuma video mangsa yang terkini saja tidak berada didalam Youtube. Kemungkinan orang yang merakam video itu menghilangkan diri sebabaik sahaja  kawan mangsa menariknya mangsa dari terjun.

Berkemungkinan juga, orang yang Anis nampak di bangunan hadapan mereka adalah perakam kejadian atau mungkin dia ialah suspek yang dicari. Anis pun tidak pasti akan itu. Bayangan kejadian masih kabur di mindanya. 

Anis beralih kepada satu email yang telah di hantar oleh salah seorang penyiasat dari SIA..

"Hmm.. Mari kita lihat.. Ungku Firdaus bin Ungku Zaid.. Bla bla bla.. " Anis membaca profil Ungku Firdaus dari mula sehingga habis dengan teliti.. Tiada apa yang menarik cuma ada satu saja yang mengganggu pemikirannya

Mempunyai adik kembar bernama Ungku Aritza dan Ungku Arrifin. Ungku Arrifin ialah salah seorang daripada pelajar SMKPD. Anis terhenti seketika. 

Ungku Ariffin. Itu nama ketua pengawaskan? Peliknya. Ungku Aritza dan Ungku Arrifin. Mereka berdua kembar tapi aku tak pernah dengar tentang pasal kembar ketua pengawas ni. 

Gadis itu mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor seseorang.

" Hello cik muda.. Ada apa-apa yang saya boleh bantu? " 

" Dapatkan saya profil Ungku Ariffin dan semua orang yang berkenaan dengan dia sekali.. ASAP!"

____________

Anis berjalan dengan tenang menuju ke dewan sekolah.. Hari ini adalah hari dimana Perhimpunan Rasmi sekolah dijalankan.. Semua pengawas serta guru-guru sedang sibuk mengendalikan perhimpunan manakala sebahagian pelajar pula masih ramai yang belum hadir ke situ.

"Anis! " Sapa Tiara dari belakang.. Anis menoleh lalu memaniskan mukanya.

" Kau nak tahu? Harinikan ada Ketua PIBG datang.. Nak rasmikan Majlis Senamton.. Lepastukan.. Hihihi.. Ada anak lelaki dia sekali babe.. Handsome sia! " ucap Tiara dengan teruja.. Tergedik-gedik minah disebelahnya itu. Tangannya juga tidak lepas dari menepuk bahu Anis..

Ouh.. Patutlah semua sibuk semacam..  Anis berdiam sejenak sebelum kembali bersuara. " Siapa nama ketua PIBG tu? "

" Ungku Zaid tak silap.. Bin apa tu aku tak tahu lah.. Lainlah kalau anak dia.. Yang tu aku tahu.. Ungku Firdaus bin Ungku Zaid.. Hehehe.. Handsome. Cair aku bila tengok dia.. "

Anis tersenyum makna .. Bingo!

______________

" Wei.. Art.. "

Arrifin yang tekun menyemak teks atur cara majlis memandang Ezriq sekilas kemudian kembali kepada teks tersebut.. Memandangkan dia adalah pengacara majlis pada minggu ini, semua perkara ditulis dengan rapi agar tidak ketinggalan apa-apa perkara yang penting..

" Aku dengar papa kau datang dengan along untuk majlis kali ni"

Dia tersentak. Diambilnya teks tersebut dengan kasar dan melihat nama tertamu yang bakal dipanggil.

Memang benar. Nama ayahnya tercatit didalam teks tersebut. Kenapa dia tidak perasan semasa dia membaca teks tadi?

Arrifin merengus geram.. Dia berjalan meninggalkan Ezriq seorang diri..

Ezriq mengeluh lemah.

__________

"Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Ungku Zaid bin Ungku Kamarul selaku ketua PIBG serta diiringi oleh tuan pengetua untuk merasmikan Majlis Perasmian Senamton 2018. Majlis mempersilakan.. " Ucap Arrifin selaku pengacara majlis.. 

SPY ☑️Where stories live. Discover now