Danish keluar sahaja dari biliknya terus menerpa Anis yang rancak berborak bersama laptop biru kesayangan dia..
Anis segera mengambil laptop Danish dan melihatnya.. Terbeliak biji matanya apabila skrin laptop Danish itu memaparkan incoming video call dari seseorang tang tidak diketahui identitinya..
"Kau pergi ambik projektor sekarang dekat bilik aku.. " Danish mengangguk faham lalu segera dia masuk ke bilik Anis.." Tiara tekan red button belakang kau tu.. "Sambung Anis.. Tiara bergegas ke butang merah yang terletak di dinding di belakangnya dan menekan butang itu.. Siren yang berdurasi empat saat berbunyi.
Danish muncul semula bersama projektor yang baru diambilnya.. Anis menyambungkan wayar projector dengan laptop Danish.. Sambil-sambil dia menyambungkan wayar, semua pekerja-pekerja SIA mula mengerumuni tempat tersebut.. Selesai sahaja dia pasang, dia menekan butang on di projektor tersebut..
Tangan kirinya diangkat diudara untuk menarik perhatian mereka seketika lalu tangannya laju menerima video call tersebut.. Terpapar gambar seseorang lelaki yang sangat dia kenali.. Senyuman sinis terbentuk dibibirnya.. Semua disitu tersentak dengan apa yang mereka lihat kecuali Anis. Anis cuba untuk mengawal perasaannya supaya tidak melakukan pekara yang teburu-buru.
"Heyyy.. Anis.. Lambatnya jawab video call I ni.. Berkurun tau I tunggu.. Kalau I tau baik I hack je laptop kawan you ni.. " Suara lelaki itu memenuhi ruang tempat mereka berkumpul ini.. Saja Anis menguatkan volume suara laptop ini bagi semua di situ mendengar apa yang cuba lelaki itu sampaikan..
Arrifin memandang wajah itu dengan pandangan yang sukar dijelaskan. Hatinya bedebar ketika ini.
10 tahun wajah itu menghantui mimpinya. Disebabkan wajah itu, 10 tahun dia tak bertegur sapa dengan mama dan papanya. Ketika 10 tahun itu, dia cuba merawat trauma yang hampir membunuhnya. Walaupun sudah sembuh dari penyakit itu, dia tetap takut apabila wajah itu kembali menyapa dirinya. Dan dalam 10 tahun jugalah rasa bencinya pada lelaki bergelar along dalam hidupnya tidak pernah padam. Kini wajah itu kembali ke kotak mindanya.
Eriq disebelah perasan akan perubahan Arrifin mula mengusap belakang badan lelaki itu untuk menenangkannya.
Anis tersenyum sinis. Nak hack konon.. Disebabkan kau tak dapat hack lah tu yang kau video call ni.. Ingat senang nak hack laptop otak komputer sebelah aku ni? Harapan.
"Well Ungku.. I appreciate your afford actually.. What do you want to? Sampai video call bagai ni? " Anis mengekalkan lagak tenang.. Kalau nak diikutkan hati dah lama ditengkingnya tetapi orang cakap baik-baik kan jadi kena balas baik-baik juga.. Lagipun ramai yang memandangnya ketika ini. Jadi dia tidak mahu suasana semakin kecoh. Dia harus profesional dalam kendalikan hal ini.
" Okay Anis, let me straight to the point.. Actually I have this video call because of this.. " Kamera pada laptop Firdaus bergerak perlahan-lahan dan terhenti pada figura dua orang lelaki yang sedang dalam kesakitan. Badannya diikat di tiang yang berada di dalam bilik itu.. Apabila dilihat dengan teliti, ternyata dua orang lelaki itu lah Raish dan Nik Naim..
Riak wajah Anis berubah sekelip mata. Wajahnya mula serius. Saat ini, ahli SIA sahaja yang tahu akan maksud wajah itu. Wajah itu bermaksud 'I will make you regret for it'. Mata Anis tidak lepas memandang lelaki yang bergelar abah dan lelaki yang banyak menolongnya ketika susah dan senang seperti abangnya sendiri. Kasihan dia melihat abahnya dan abang setugasnya ditangkap dan ditahan sebegitu.. Lagi pula apabila melihat abang Raish seperti teruk dibelasah sebelum dibawa ke dalam tempat yang tidak dikenali itu kerana ada sedikit lebam dan luka di mukanya..
YOU ARE READING
SPY ☑️
RandomNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...