LiMa (5)

572 34 0
                                    

Selesai Anis mencuci tanganya, dia melangkah keluar dari bilik air sambil membetulkan sedikit bajunya..

Tiba-tiba kedengaran suara berdehem dibelakangnya. Anis tersentak lalu berpaling kearah suara tersebut.. Anis menjungkitkan keningnya.. 

Headprefect?

" Rumah kau dekat mana? " Soal headprefect dengan mengejut..

Salam tak ada tiba-tiba tanya rumah.. Beradapnya ketua pengawas ni? Menyesal aku puji tadi.. Anis berdecit menyampah lalu menapak kehadapan tanpa menghiraukan Arrifin.. Sebelum dia pergi lebih jauh, Arrifin menyambung kata-katanya lagi..

" Pukul 2, aku tunggu dekat Coffee House depan sekolah.. Hari sabtu ni.. Jangan lambat Anis. " lelaki berlalu pergi mendahului Anis tanpa menoleh.. Dalam beberapa saat saja dia hilang dari pandangan Anis.

Wow! Dia dapat baca kertas tu, bhai.. Anis terdiam seketika

Nah.. It's okay.. I'm in..

_____________

"Hi cik adik.. Mau pergi mana? Date eh? " usik Raish sebaik sahaja Anis keluar dari rumah tumpangannya.. 

Memandangkan rumahnya tersisih jauh sedikit dari bandar, dia terpaksa memanggil Raish untuk menghantarnya ke Coffee House.

" Haah.. Ingat awak saja yang boleh date? " Selesai sahaja dia memakai kasut sports royal blue , dia masuk ke dalam kereta Raish tanpa mempedulikan Raish di luar..

" Seriously? Siapa saja nak dekat princess daddy ni? Beraninya dia.." Sindir Raish sambil disusuli dengan tawanya.. Raish menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan mereka ke Coffee House..

Pertanyaan itu dibalas dengan sepi.. Dia lebih tertarik melihat pemandangan di luar tingkap berbanding berdebat dengan pemandu dihadapan itu kerana Raish tidak akan memberi ruang untuk dia menang walaupun sedikit apabila mereka melawan kata.

Yelah selain dari driver tak berbayar Anis, dia juga adalah peguam rasmi SIA.. Nak kalahkan si peguam ni? Harapan!

Kereta Raish berhenti dihadapan Coffee House.. Anis tercari-cari kelibat Arrifin disekitar Coffee House sebelum dia keluar dari kerata itu.. Kelihatan Arrifin segak menggayakan t-shirt berlengan panjang berwarna biru cerah serta seluar jeans hitam. Fokusnya tertumpu pada telefon pintar ditangannya.

Inilah first time aku tengok lelaki berani nak pakai baju lengan panjang tengah-tengah BANDAR MALAYSIA yang PANAS sekarang ni.. Aku ulang balik.. PANAS! Kau dah kenapa nak acah-acah Korea dekat sini? Omel Anis didalam hatinya.. 

Sebelum keluar dari perut kereta, ucapan terima kasih diberikan kepada Raish kerana telah menghantarnya.. Gadis itu berjalan menghampiri Arrifin dengan langkah sederhana.

Raish memandang tidak berkelip kelibat Anis. Ingatkan Anis akan masuk ke dalam Coffee House tetapi dia bergerak kearah seorang lelaki yang tidak dikenali.

Jadi betullah Anis kata dia nak pergi date

Arrifin sedar kelibat Anis mula membetulkan suaranya sedikit. Telefon pintarnya di simpan. Mukanya mula menampakkan kemerah-merahan. Mata dikalihkan.

Bukanlah mukanya merah kerana panas, tapi penampilan Anis yang lebih casual menampakkan sisi Anis yang berbeza. Begitu juga kecantikannya lebih menyerlah memakai baju t-shirt over-sizes berwarna biru pekat sedondon dengan kasutnya dipadankan dengan seluar slack jeans berwarna putih berbanding baju kurung sekolah yang dipakainya hari-hari membuatkan Arrifin termalu seketika.

Yang pakai tu Anis. Yang kau tiba-tiba blushing dah kenapa? Marah Arrifin di dalam hati.

Apabila Anis sudah pun berada dihadapannya, Arrifin mengeluarkan suaranya.

SPY ☑️Where stories live. Discover now