Hidden Part

409 29 2
                                    

i) Selepas Nabil diselamatkan

" Anis come out! I know you there.. No one here"Anis keluar dari tempat persembunyian sambil menepuk sedikit bajunya yang sedikit berdebu. HOVeR disimpan kemas didalam poket baju kurungnya.

" So abang.. Macam mana ni? Kita kena selamatkan adik Nabil sebelum dibunuh.. "

" Yeah pasal adik dia abang dah uruskan.. Pasal  ni biar je lah. Lagi pun tak ada siapa yang tahukan? Tembok atas banggunan sekolah ni tinggi.. Tak ada siapa pun yang nampak.. " Selamba Raish berkata.

Anis bertepuk dahi.. " Abang! Are you stupid or what?! Takkan dia terdesak gila-gila nak bunuh diri macam tu sampai tak boleh tunggu hari lain? You know what I mean right? Lagipun tu! Budak-budak dekat bawah tu semua tengok tau. Boleh jadi yang dia adalah orang-orang suspek " Raish terdiam. 

" Then how? "

"Abang naik van kan?" Raish teragak-agak untuk mengangguk.

Anis mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuat satu panggilan secara pantas. Di dalam beberapa saat, kedengaran suara di corong telefonnya.

"Ye cik muda?"

"Hantar SIRI yang rosak dalam bonet van tu bawa sini. Dan bawa juga beg putih tali hitam kat sebelah tu. ASAP!" Panggilan dimatikan. Anis mengurut perlahan dahinya.

"SIRI? SIRI tu bukan Anis nak renovate balik ke? Dan sejak bila pula ada dalam bonet?" Raish memandang pelik kearah Anis.

Setahu Raish, SIRI adalah robot manusia yang Anis dan Danish cipta semasa Anis berusia 15 tahun. SIRI adalah ciptaan ketiga robot manusia yang berjaya dilakukan oleh SIA. Sayangnya, sebelum SIRI dikeluarkan untuk dia berinteraksi dengan manusia, sistem yang mereka masukkan didalan SIRI sudah pun terkena virus yang mereka sendiri tidak tahu datang dari mana.

Akibat dari itu, SIRI hilang kawalan dan 85% dari badan robot itu berserta sistem yang ada tidak boleh dibaik pulih. Anis ada terfikir untuk membuat semula SIRI tersebut, tapi kerjanya telah memenuhi segala-galanya sehingga dia tiada masa untuk masuk ke makmal.

"Haritu ingat nak bawa pergi makmal, tapi lupa. Nah.. Tak pe lah.. SIRI tu dah susah nak renovate.. Yang projek tu nanti kita buat SIRI baru.." Raish hanya mengangguk sahaja..

Pintu rooftop dibuka dari luar. Kelihatan gadis bersuit hitam bersama pelitup muka berwarna hitam melangkah menuju ke Anis dan Raish. Ditangannya memegang beg berwarna putih dan dibelakangnya terdapat beg sandang yang besar dari saiz asal beg sandang yang terdapat diluar.

"Cik muda. Ini barang cik muda perlukan."

"Kau letak SIRI dalam beg?!" Gadis itu berambut perang itu tersengih disebalik mask.

"Maaf cik muda. Nak cepat." Anis menggeleng kepalanya. Raish menahan dirinya dari ketawa.

Nasib SIRI tu dah rosak. Kalau tak kepala kau Anis rosakkan. Bisik hati Raish.

"Dahlah keluarkan SIRI tu cepat!" Beg putih ditarik oleh Anis lalu zipnya dibuka. Anis mengeluarkan barang-barang yang diperlukan. Begitu juga dengan gadis bersuit hitam itu mengeluarkan SIRI di dalam beg sandangnya.

SIRI dipasang dengan kadar segera dengan dibantu oleh Raish. Setelah siap, Anis mengambil sepeket cecair merah iaitu darah palsu dan diselitkan disebalik rambut SIRI. Kemudian Anis mencalitkan darah palsu ke sekitar muka SIRI supaya wajah tidak dapat dikenal pasti.. Setelah siap segala-galanya, dia meminta Raish untuk menangkat SIRI dan bawa ke tempat Nabil berdiri sebentar tadi.

Anis meninjau sedikit warga sekolah yang berada dibawah. Sepertinya mereka ingin bersurai. Mungkin mereka lama menunggu kelibat Nabil.

"Inform medic and police to get ready." Gadis berambut perang itu menganguk laju. Tangannya menekan earbuds yang tersedia di telinganya.

SPY ☑️Where stories live. Discover now