Arrifin termenung sendirian disebuah kerusi berhampiran ditempat tugasnya. Harini tugasnya, dia perlu menjaga bahagian kantin. Pandangannya masih meliar ke segenap ruang kantin tetapi mindanya kosong. Entahlah.. Dia sendiri tidak faham apa yang dia rasa..
" Haluu ma boiii! Menung apa do?" Carish meletakkan tangannya ke bahu Arrifin dengan selamba. Setelah itu, kelihatan rakan-rakannya mula mengelilingi dirinya. Arrifin tidak beraksi.
"Entah-entah ice prince kita rindukan bidadari syurga dalam mimpi dia tu kot.. Kan? Kan?" Sakat Danniel.. Masing-masing tersenyum sendiri.. "Siapa nama dia? Anis eh? Untunglah kau Art. Bidadari sanggup mencemar duli ke mimpi kau sampai kau gila bayang macam ni.."
"Kan.. Untunglah.. Kalau aku, asyik dicemari dengan cik ponti je. Tak pon cik sanggul putih ikat tepi.. Kejung aku malam-malam." Carish membuat mimik muka sedih dan meminta simpati pada rakan-rakannya.
"Sebab muka kau sesuai dengan diorang. Taste hantu-hantu lah katakan.. Haahahahhaha!"
"Cet! Hantu punya Bad! Sini kau! Aku buat kau tak tidur malam ni!"
Lantas itu, Badri segera melarikan diri. Eriq,Arrifin dan Danniel hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Masak mereka dengan perangai dua orang rakannya itu. Ada sahaja yang tak kena. Satu hari tak gaduh tak sah agaknya!
Eriq kembali memandang Arrifin. Sejak dari mereka sedar, Arrifin nampak lain. Berbeza dengan Arrifin yang dia kenal. Arrifin ini banyak termenung, dan berada di dunia dia sendiri walaupun mereka berkumpul bersama.
Masih dia ingat lagi punca Arrifin mula berubah. Ianya ketika Arrifin sedar dari koma. Ayat pertama yang dia suarakan.
"Mana Anis?"
Mereka mulanya pelik dan endahkan sahaja soalan itu. Tetapi apabila Arrifin mengenggam erat lengannya dan menggulang kembali soalan yang sama. Mereka keliru seketika.
" Art kau okay? Siapa Anis? Nurse ke?"
Soalan itu yang dia tujukan tetapi dapat gelengan dari Arrifin.
"Anis. Anis Sofea. Mana dia?"
Berkerut juga dia ketika itu. Dia tidak tahu siapa Anis Sofea yang disebutkan. Soalan Arrifin dibiarkan begitu sahaja setelah doktor yang merawatnya sampai ke wad. Tetapi tidak sampai disitu sahaja. Apabila mereka melawat lelaki itu semula, soalan yang sama berulang kali sehinggalah mereka memberitahu sebab mereka semua dimasukkan ke wad. Arrifin terus mendiamkan diri.
"Kita semua lemas masa trip kita naik cruise haritu. Cikgu Mokhtar kata badan kita terdampar dekat satu pulau berhampiran dengan laluan cruise tu. Doktor kata kita ada short-term memory loss sebabkan hentakan dari benda yang keras. Mungkin kayu atau batu. Aku pun tak tahu. So sebab tu kita banyak tak ingat apa yang berlaku masa trip haritu."
Dari riak wajahnya, dia memahami bahawa Arrifin tidak percaya. Bibirnya ingin berbicarakan sesuatu tetapi ditahan.
"A-.."
Wajah mula berubah dari serius menjadi kosong. Walaupun begitu, dia tidak boleh menipu sepupunya dengan sepasang mata hitam miliknya. Mata Arrifin adalah gambaran jiwa dan perasaannya. Semuanya tertulis dimatanya.
"Ouh."
Hanya sepatah kata itu matanya mengambarkan sesuatu sebaliknya. Terkejut dengan berita yang diterima tetapi dalam masa yang sama matanya kecewa. Dan perkara itu menjadi tanda tanya buat Eriq.
Kenapa dia kecewa? Siapa Anis?
Arrifin terasa dirinya seakan diperhatikan. Dia berpaling ke kiri. Ternyata Eriq memandang dirinya. Dia menjungkit kening.

YOU ARE READING
SPY ☑️
RandomNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...