EmPaT BeLaS (14)

427 32 0
                                    

Anis memandang tajam setiap satu manusia-manusia yang sangat dia kenali dihadapannya.. Persis harimau yang mahu menerkam mangsanya.. Satu per satu muka mereka ditilik akhirnya dia berhenti di salah seorang daripada mereka..

"Macam mana korang semua boleh sampai sini, Carish? "

" Err.. " Carish menggaru kepala yang tidak gatal.. Kejadian tadi bermain semula dimindanya..

" Sebenarnya.. "

______________

" Wey macam mana ni.. Takkan kita nak duduk diam je dekat sini? Art tak ada Anis pun tak ada.. Paling teruk si minah gedik tu pun hilang.. Aku tak paham lah" kata Carish kepada kumpulannya.. Mereka betul-betul berada di belakang daripada rakan-rakan sekolah mereka yang lain.. Bunyi bingit yang dihasilkan oleh manusia-manusia yang berada di situ menggelamkan suara mereka.

"Yelah.. Takkan kita duduk dekat sini je kan? Tak nak cari diorang ke? Aku risau lah.. " Tidak dilupakan Tiara yang sentiasa berada dengan mereka sejak dari tadi.. Itu sahajalah kawannya disini yang boleh menolongnya.. Kalau nak harapkan Anis batang hidung dia pun tak nampak..

" Kau orang tak pelik ke? Macam mana Anis tahu apa yang jadi sekarang.. Ha Art.. Dia pun tahu juga ke? " Soal Danniel

" Dahlah.. Jom kita pergi cari diorang.. Mungkin diorang perlukan bantuan kita ke " Ezriq mencelah selepas lama dia mendiamkan diri..

" Tapi Riq.. Cikgu? "

" Biarlah.. Dah jom" celah Carish.. Mereka dengan berhati-hati keluar dari dewan makan agar tidak dilihat oleh guru mereka.. Sampai di tangga, mereka segera naik ke atas kapal.

"Eh tu bukan Art? " Tunjuk Tiara.. Mereka semua menumpukan pandangan mereka kepada Arrifin yang bersembunyi di sebalik dinding kapal.. Seperti mengintai sesuatu..

Baru sahaja mereka hendak bergerak ke Arrifin pintu yang berada di belakang Arrifin terbuka secara tiba-tiba.. Mereka segera menyembunyikan diri agar tidak dilihat oleh gerangan pembuka pintu itu..

Selepas pintu itu ditutup semula, muncul figura seorang muncul dihadapan pintu.. Seseorang yang tidak dikenalpasti identitinya itu mula merapati Arrifin dengan berpakaian serba hitam. Mukanya tidak kelihatan kerana mask hitam menutupi separuh wajahnya.

Persoalan demi persoalan yang timbul difikiran mereka tetapi tiada siapa yang dapat menyelesaikan apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Suasana disitu hanya sunyi sepi dan mata mereka tidak lepas dari melihat situasi dihadapan mereka.

Mereka melihat Arrifin dan seseorang itu sedang membincangkan sesuatu dengan agak serius.. Disebabkan jarak antara mereka agak jauh mereka tidak dapat mendengar perbualan mereka..

Tidak beberapa minit mereka berbincang sepucuk pistol dikeluarkan oleh seseorang berpakaian serba hitam dan disuanya ke kepala Arrifin.. Terbeliak mata mereka semua dengan apa yang terjadi.. Itukah yang mereka bincangkan tadi?

"Terutamanya siapa cik puan Aritza? Adik kau?" Figura seseorang itu memulakan kata-katanya dengan kuat sekali sambil mengacukan pistol kepada Arrifin..

"Aritza?!" Nama itu yang terkeluar dari mulut mereka berlima secara serentak.. Nasib tidak kuat kalau tidak kehadiran mereka mungkin disedari oleh orang lain.. Mereka bergerak kehadapan tempat dimana Arrifin menyembunyikan diri tadi untuk mendengar dan melihat lebih lanjut tanpa disedari oleh semua..

"Art!" Teriak Aritza dengan ketakutan.. Mukanya kelihatan cuak apabila Arrifin menjadi tahanan Anis.

"Jangan dekat!" Amaran keras diberikan oleh seseorang itu.. Pistol disua pada Aritza kemudian kepada Arrifin semula..

SPY ☑️Where stories live. Discover now