DuA PuLuh (20)

358 29 0
                                    

Prangg!

Terkejut Ungku Firdaus dengan tindakan drastik Anis.

Sesudah sahaja mereka masuk ke dalam rumah agam itu, Anis terus bertanya tentang Raish dan ayahnya, Nik Naim dengan emosi yang tidak stabil secara tiba-tiba. Tidak seperti mula-mula dia datang.

Apabila tidak mendapat jawapan dari Ungku Firdaus, dia mula membaling barang berwarna hitam yang tidak tahu dari mana asalnya ke dinding. Hampir-hampir sahaja barang itu terkenanya. Nasib sempat mengelak.

"Wooo! Diorang ada dekat sini. Diorang masih hidup" Kedua-dua belah tanganya di angkat pada aras bahu. "Kalau kau nak diorang terus hidup, ikut cakap aku. Proceed the plan that we discuss before, and I will release them all." Wajah serius dipamerkan di muka kacak Ungku Firdaus.

Memang tidak dapat dinafikan Ungku Firdaus sangatlah kacak apabila melihatnya secara berhadapan begini berbanding di dalam skrin laptopnya. Mukanya baby face dan lebih muda dari usianya berbanding dari adiknya Ungku Arrifin yang lebih maskulin dan nampak lebih dewasa dari dirinya. Berbeza sungguh! Tidak hairanlah disekolanya semua pelajar sukakanya baik lelaki mahupun perempuan. 

Anis memandang Ungku Firdaus dengan muka yang tidak puas hati.. Lalu dia berpaling kearah lain. Ungku Firdaus menurunkan tangannya dengan senang.  Akan tetapi, dirinya masih tertanya-tanya barang apa yang dibaling oleh Anis itu. 

Tak kisahlah kau nak baling apa sekali pun. Kau dalam genggaman aku juga Anis. Teruja hatinya. 

"Jom" Tiba-tiba Ungku Firdaus memandang Anis dengan senyuman manis terukir di bibir sebelum memusing badannya membelakangi Anis. "Welcome to Hale Hao, Anis. No one will escape from this house." kata Ungku Firdaus dengan sinis. Tak sangka rumah yang dia bina tanpa pengetahuan sesiapa ini sangatlah berguna untuknya sekarang.

Hale Hao. Perkataan dari Hawaiian yang bermaksud rumah besi atau dikenali sebagai penjara. Sangat kena dengan struktur rumah yang dibina. Semuanya berasaskan besi. Pada luaran rumah ini nampak seperti sebuah banglo mewah yang sangat cantik dan sangat indah mata memadang. Akan tetapi kecantikan itu telah mengkaburi mata manusia yang memandang apabila masuk sahaja kedalam rumahnya. 

Di dalam rumah itu seakan-akan seperti masuk kedalam bilik tahanan bawah tanah. Dindingnya sangat tebal serta kedap suara, CCTV di setiap penjuru tanpa lepas berserta TV sebesar 50 inci diletakkan berhadapan dengan muka pintu. TV itu menunjukkan segala rakaman CCTV yang ada pada ruang ini. 

Pada bahagian pintu mempunyai dua atau tiga orang penjaga di dalam mahupun di luar pintu. Paling sangat tidak masuk dek akal, pintu keluar hanya satu! Itulah pintu keluar dan itulah pintu masuk. Tingkap hanya beberapa sahaja.. Itu pun tinggi dan kecil. 

Anis memandang susuk tubuh yang jalan mendahuluinya dari belakang. Dia menarik nafas lega dan mengikuti langkah lelaki itu dengan perlahan.

Ini memang gila!

____________

Tiara mundar-mandir dihadapan The Alphabet.. Hatinya tidak tenang memikirkan rakannya sedang bahaya demi menjalankan tugas.. Sesekali dia menggaru kepala yang bersalutkan tudung bawal hitam itu.. Kepalanya penuh dengan soalan-soalan yang pelik-pelik. 

"Cuba bawa bertenang Tiara.. Duduk ke apa ke.. Kau macam kucing hilang anak ni kenapa?" Kata Carish dengan pasrah dengan Tiara yang tidak mahu duduk diam.. Naik pening kepalanya melihat.

"Kau cakap senang lah.. Aku kawan baik dia gila tak risau.. Kang jadi apa-apa macam mana? Dia dah lah perempuan nak handle lelaki pula tu.. Aduh.. Tak senang hati aku.." Akhirnya Tiara duduk juga dikerusinya kerana sudah penat bermundar-mandir tanpa henti. 

SPY ☑️Where stories live. Discover now