"Huit.. Buat apa duduk luar sesorang dekat luar ni? " Tegur Raish sebaik sahaja dia keluar dari keretanya.. Niat sebenar dia datang kesini adalah ingin mengajak Anis keluar makan dengannya.. Kesian pula dengan Anis asyik dibelikannya nasi bungkus je setiap hari memandangkan bibik tak ada dalam waktu terdekat ni.. Sekali sekala dia ingin membawa keluar Anis makan di luar pula..
"Hmm.. Tak ada apa pun.. Saja ambil angin.. "
Raish memandang pelik.. Something wrong somewhere with this girl.
" Kenapa ni? Ada something yang tak kena ke? Share lah dengan abang"
"Sekolah Anis ada buat lawatan naik cruise isnin ni sempena habis exam untuk Tingkatan Lima je lah.. Tak tahu nak pergi ke tak"
Raish merenung wajah Anis dengan pasrah .. Aku ingat apa bendalah budak ni.
"Nak pergi tu pergi je lah.. Apa nak dipeningkan? "
" Haih abang ni.. Mission tak setel lagi.. Trial SPM nak dekat dah lepastu memang dah tak ada masa untuk buat mission sebab sibuk dekat sekolah. Pening lah. "
Raish menepuk dahi.. Risau betul pasal kerjanya mengalahkan orang tua.. " Alahai princess aku sorang ni.. Nak pergi, pergi.. Dekat sinikan ada abang.. Nanti bagilah tugas apa-apa macam biasa dekat abang.. Bila Anis balik semua dah selesai tinggal gegarkan je" Anis menjeling..
Amboi sesedap maggi dia saja nak main gegar-gegar.. Jangan sampai otak dia yang bergegar aku buat sudah..
"Ala pergi je.. Don't worry okay? Asyik kerja pun tak boleh juga.. Pergi tau.. Bukan senang nak dapat tu! Zaman abang dulu tak dapat benda-benda ni" Kemudian Raish bangun dari duduk. "Dah lah jom siap.. Harini makan luar abang belanja."
Anis turut berdiri jua. "Selama ni ada ke Anis belanja abang?" Setelah itu dia berjalan masuk ke rumah tanpa menghiraukan Raish di luar..
Tergamam Raish dibuatnya.. Kurang asam boy punya budak! Tinggal kau berlapar kat sini baru tahu.
__________
Angin laut menyapa lembut muka Anis yang sedang asyik menikmati keindahan laut yang terdampar di hadapan matanya .. Kapal laut persiaran dari jeti Pulau Pinang-Puket-Pulau Pinang selama 3 hari dua malam itu bergerak dengan perlahan merentasi lautan besar..
"Anis? "
Anis menoleh.. Matanya terbeliak luas.
" Hey, Anis! Where're you been after long time, Anis? I miss you" Lelaki itu meraih telapak tangan Anis..
Alahai apa pula kali ni?! Banyak betul dugaan aku kali ni.. Ampunkan dosaku Ya Allah! Jauhkanlah mamat ni dari aku!
"Sorry I don't know you sir. Encik salah orang ni. " Anis segera menarik tangannya.. Hatinya sesak. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan ketika ini
" Tak! Saya tak mungkin silap orang.. Anis.. Saya cari awak selama ni Anis.. Ni saya Shah.. Awak tak ingat ke? " Kata Shah dengan pasti.. Anis sudah pun tidak keruan..
Shah adalah salah seorang pelajar senior di sekolah lamanya di Pulau Pinang semasa dia berumur 15 tahun dan Shah berumur 17 tahun. Disebabkan Shah juga dia terpaksa menukar sekolah untuk menjayakan mission yang terbengkalai oleh sebab sering diperhatikan oleh Shah. Pendek kata, Shah ni memang creepy stalker sama macam Ungku Firdaus.
Someone help me!
" Sorry saya rasa awak silap orang.. Saya pergi dulu.. " Tergesa-gesa Anis ingin beredar dari situ tetapi tuah tidak membelahi Anis, Shah lebih cekap menangkap lengan Anis lebih erat seperti tidak mahu melepaskannya..
YOU ARE READING
SPY ☑️
SonstigesNik Anis Sofea adalah satu-satunya perisik termuda di SIA yang mengikut jejak langkah ibu dan bapanya. Memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Darlia bukannya sesuatu yang mudah seperti disangka oleh sebab misinya untuk kali ini yang terlalu ber...