SeBeLaS (11)

449 25 0
                                    

Arrifin tersedar dari lenanya.. Selepas sahaja dia ditumbuk, dia dinasihatkan untuk berehat di biliknya bagi kesan lebam itu susut..

Arrifin mengusap pipinya.. Sakitnya pada bahagian pipinya masih terasa bahang. Kalau nak ikutkan baran, dah lama lunyai Shah itu dia kerjakan tetapi kebetulan pula Cikgu Mokhtar datang terbantut terus niatnya.

Kemudian ketukkan pintu menyentakkan lamunannya.. Pintu itu dibuka dari luar.. Susuk tubuh seorang gadis terpancul disebalik muka pintu "Are you okay?"

Arrifin tidak beriaksi sebaliknya membekukan wajahnya merenung wajah gadis itu..

Anis bebahagi arah.. Nak masuk ke tak? Nak masuk tapi dia pandang macam nak bunuh aku je.. Tak nak masuk macam biadap pula.. Hmm susah lah macam ni..

" Nak masuk ke tak? " Kata Arrifin sambil membaringkan tubuhnya dengan selesa dan menutup mata buat seketika. Penat rasanya..

" Err.. Nak.."

Anis teragak-agak untuk merapati Arrifin yang sedang baring. Hadiah yang dibawa oleh Anis diletakkan di atas meja lalu Anis berdiri di sisi katil Arrifin..

"Bengkak lagi ke pipi tu? Nak saya panggilkan nurse? " Prihatin Anis..

" Tak perlu"

"Dah makan? Nak saya ambikkan bubur? "

" Tak nak "

Ha memang.. Apa aku nak cakap sekarang ni? Kang aku cakap sakit ke tak lebam tu tak pasal-pasal lebam pula pipi aku. Dah lah dia ni jawab sepatah-sepatah. Dah tu takkan aku nak duduk sini macam menara KLCC pula..

" Okay kalau macam tu saya keluar dulu.. Bye"

Anis keluar dengan pantas dari bilik itu.. Sesak nafas duduk dalam tu dengan keadaan yang macam tu lagi.. Haih.. Nasib dia selamatkan aku tadi kalau tak..

Tiba-tiba muncul seorang gadis di hadapannya yang sedang tergesa-gesa.. Kedua-dua gadis itu berhenti dengan serentak.. Mereka bertukar pandang sesama sendiri dan keadaan disitu mula tegang seperti akan berlakunya peperangan pada bila-bila masa..
_____

Raish menyembunyikan dirinya disebalik dinding banggunan.. Nafas dia semakin tidak teratur.. Telefon bimbit di tangannya tidak lekang mendail nombor 'sesorang' tetapi tidak berangkat..

Dia buntu.. Tiada arah yang boleh dituju.. Semua jalan mati..

Kedengaran bunyi tapak kasut menghampirinya.. Dia merapati dinding dengan rapat agar orang-orang yang mengejarnya itu tidak dapat melihatnya dengan jelas oleh kerana keadaan disitu agak gelap dan sunyi..

Raish menulis pesanan ringkas dengan laju dan hantar dengan segera kepada 'seseorang' itu..

BANG! Satu tembakan dilepaskan.. Raish menahan nafasnya daripada keluar.. 

"RAISH! Baik kau keluar! Tak ada siapa dah nak tolong kau sekarang!" Teriak seseorang daripada sekumpulan lelaki.. Kelihatan dia seperti ketua antara kumpulan tersebut..

Raish masih membatu.. Telefonnya diletakkan di hujung dinding bagi tiada sesiapa yang tahu akan telefonnya .. Matanya melilau mencari jalan keluar yang boleh digunakan untuk lari dari situ..

" Hey bro! Lama duduk situ? " Raish terperangkap.. Senyuman sinis terpancar di bibir mereka.. Buruan yang dicari telah masuk kedalam perangkap mereka dan tiada tempat lagi untuk keluar..

Ketua tersebut memberi isyarat kepada anak buahnya untuk menyelesaikan Raish lalu beredar keluar dengan hati yang senang..

Pintu kereta dibukakan untuknya dan dia melangkah masuk ke dalam kereta.. Telefon bimbitnya diambil lalu dibukanya.. Gambar seseorang dicari.. Terpapar gambar seorang gadis yang segak memakai tudung serta bersuit dan seluat serba putih..

SPY ☑️Where stories live. Discover now