Hari Isnin muncul kembali. Ryana masih belum sembuh sepenuhnya. Langkahnya longlai ke kelas ditemani rakan rakannya. Sebaik sahaja dia masuk ke kelas, dia terus menuju ke tempat duduknya. Dia terus meletakkan kepalanya di atas meja dan memejamkan matanya. Tiba tiba mejanya diketuk perlahan. Dia membuka matanya kecil. Kelihatan wajah hero heronya tercongok mengelilinginya.
"Korang kenapa ?" Tanya Ryana lemah sambil menutup kembali matanya.
"Ryana kau demam lagi ke ?" Tanya Mirza sedih.
"Hek eleh cengeng lah dia ni." Sampuk Syaza.
"Ish kau ni diam lah."marah Mirza .
"Ryana. Makan ubat tak ?" Tanya Fakhry serius.
Ryana mengangguk lemah.
"Nanti aku okay lah. Pergi lah duduk." Ryana menghalau mereka. Rimas rasanya diberi perhatian sebegitu rupa.
"Kena halau pula." Rungut Leon. Ryana tergelak kecil. Si hero hero pun kembali duduk di meja mereka. Kelas berjalan seperti biasa. Ryana masih lemah. Petang itu merupakan latihan untuk atlet balapan. Ryana duduk di stadium menunggu kehadiran yang lain bersama Amy dan Fakhry.
"Ryana. Dah sihat ?" Faris menegur. Ryana mengangguk perlahan dan memberi senyuman segaris.
"Pucat lagi ni. Tak payah join training tau. Tapi Ryana kena duduk dekat sini lah. Nanti cikgu bising pula." Pesan Faris.
"Tapi."
"No means no."Faris memotong percakapan Ryana. Dia tahu Ryana akan membantah keputusannya.
"Okay."angguk Ryana lemah.
"Amy Fakhry jom." Ajak Faris. Mereka pun berjalan mengikut Faris turun ke padang bersama atlet yang lain. Ryana agak bosan berada di situ. Dia hanya memerhati rakan rakannya membuat latihan. Tiba tiba ada tangan melekap di dahinya.
"Mak aih panas." Ryana yang terkejut memandang makhluk Allah yang kini mengambil tempat di sebelahnya. Ryana sangat terkejut sehingga terlopong.
"Tahu handsome jangan sampai terlopong macam tu." Usik jejaka di sebelahnya itu tergelak. Ryana yang tersedar cepat cepat tutup mulutnya.
"Kau buat apa kat sini ?" Tanya Ryana pelik.
Belum sempat jejaka itu menjawab, ada seseorang yang menyapa mereka terlebih dahulu.
"Weh Ryan ! Bila sampai ? Jom lah sini." Laung Faris dari bawah.
Ryan tersenyum dan berlari ke padang meninggalkan Ryana dengan seribu tanda tanya.
"Apa ni. Aku tak faham." Bisiknya dalam hati.
Selepas latihan tamat, masa untuk makan malam tiba. Ryana berjalan dengan Amy, Fakhry dan Lisa menuju ke dewan makan. Di dewan makan, keadaan sedikit hiruk pikuk. Ada sekumpulan pelajar sedang bergelak tawa di sebuah meja mengelilingi seseorang. Ryana malas nak ambil tahu.
"Weh Ryan dah balik !" Ucap Fakhry.
Ryana yang mendengar semakin terkejut.
"Siapa dia ?" Tanya Ryana.
"Haa mula lah tu gatal. Dia form 5 paling hot. Dia sorang je kat sekolah ni ada dua majoring. Sukan dengan rekacipta."Giliran Amy membuka cerita. Mata mereka berempat masih lagi fokus pada jejaka yang mempunyai wajah yang kacak, mata berwarna coklat cair, bulu mata yang lentik, tinggi dan berbadan sasa itu.
"Kenapa dia masuk lambat ?" Tanya Ryana lagi seperti berminat.
"Dia ada pertandingan rekacipta international dekat Melbourne. Kau tahu tak tu projek individu. Dia layak. Gila hebat !"puji Fakhry kagum.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...