Tyani vs Fayyad

255 12 0
                                    

Ryana membuntuti Tyani masuk ke bilik tidurnya. Sebaik Ryana masuk ke bilik itu, dia sedikit tergamam. Hiasan bilik itu sama seperti citarasa kakak Tyara. Yang berbeza hanya lah warna. Kakak Tyara berkongsi warna kegemaran dengan Ryana iaitu biru manakala Tyani lebih gemar dengan warna ungu. Ryana menilik setiap inci bilik itu.

"Ryana meh sini." Panggil Tyani. Ryana yang mendengar namanya dipanggil berpaling ke arah Tyani. Kelihatan Tyani sedang duduk di atas katilnya memegang sebuah album gambar. Ryana berjalan ke arah katil dan mengambil tempat di sebelah Tyani.

"Ni album kakak Yani dengan kakak Tya waktu kecik kecik dulu." Ujar Tyani. Mereka menyelak muka surat demi muka surat album itu. Satu persatu gambar ditilik Ryana. Pelbagai cerita diceritakan Tyani.

"Kakak. Ryana nak tanya." Ucap Ryana.

"Tanya apa sayang." Jawab Tyani lembut.

"Kenapa kakak tak marah Ryana ?" Tanya Ryana lagi.

"Eh kenapa kakak nak marah Ryana pula ?" Jawab Tyani dengan muka yang pelik.

"Sebab Ryana rampas kembar kakak. Kalau bukan sebab Ryana, mesti kakak seronok ada kembar sekarang. Ada kawan." Luah Ryana sayu. Air matanya bertakung di tubir mata.

"Hey. Ryana. Itu semua takdir sayang. Kalau lah Tyara tak pilih Ryana dulu, kesian Fayyad mana nak dapat isteri secomel Ryana ni." Pujuk Tyani mesra. Dia menggenggam kedua belah tangan Ryana. Ryana tersenyum.

"Kakak boleh cerita tu je. Yang lain Ryana kena tanya Fayyad sebab itu amanah dia." Sambung Tyani lagi. Ryana hanya mengangguk perlahan.

"Jom tidur." Ajak Tyani. Dia sempat menyelimutkan Ryana sebelum dia menutup lampu tidur.

Fayyad sedari tadi duduk di dalam biliknya kesunyian. Isteri dah lari tidur dengan kakak sendiri. Tiba tiba mata Fayyad tertancap pada bagasi milik Ryana di sebelah almari. Timbul niat di hatinya untuk spotcheck barang milik isterinya itu. Dia membuka bagasi itu dan menjumpai beberapa bag kecil termasuk purse Ryana. Fayyad menghidu wangian Ryana yang sangat mesra di hidungnya. Setelah dia menilik satu persatu barang Ryana, dia memberanikan diri membuka purse Ryana. Tiada yang menarik sehingga lah tiba tiba ada sekeping gambar yang sedikit terkeluar di belakang IC nya. Fayyad mengeluarkan gambar itu dan dia berasa sangat terkejut. Dia tersenyum sendiri.

Fayyad melangkah ke bilik Tyani. Pintu tidak berkunci. Dia melihat Ryana sedang tidur namun sisa air matanya masih ada. Fayyad mengelap air mata itu. Dia tersenyum sendiri.

"Comelnya." Bisik hati kecil Ryana.

Dia mengusap lembut rambut Ryana. Kemudian dia mengucup dahi Ryana sebelum berlalu ke biliknya.

Keesokan paginya, Fayyad tergesa gesa turun.

"Hi syringe. Lambat bangun ?" Sapa seseorang.

"Waalaikumsalam. Pagi pagi ni ada baiknya salam suami dapat pahala." Fayyad memberi ceramah. Ryana mencebik.

"Ryana jom." Ajak Tyani.

"Kakak nak pergi pasar eh. Abang nak ikut." Ujar Fayyad.

"Eh tak pernah pernah nak ikut. Saje lah tu nak melekat dengan Ryana." Usik Tyani. Puan Fatimah hanya ketawa. Fayyad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap.

Sebaik tiba di pasar, Ryana berjalan dengan Tyani dan Puan Fatimah. Fayyad di belakang. Banyak juga yang dipelajari Ryana. Persiapan menjadi seorang isteri lah katakan. Mereka meneruskan perjalanan dari satu ke satu gerai. Fayyad hanya mengikut langkah mereka. Tiba tiba dia dapat merasakan tubuhnya dipeluk kuat. Ryana menjerit ketakutan sambil menunjuk ke arah kakinya. Fayyad tunduk untuk melihat. Dia ketawa sedikit. Dia cuba untuk melepaskan pelukan namun Ryana tidak mahu.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now