15 Mac

239 13 2
                                    

"Korang bosannyaaaa." Rungut Ryana sewaktu prep petang itu berjalan. Mereka semua seperti biasa lepak di barisan meja si hero kerana berada paling dekat dengan aircond.

"Kerja berlambak depan tu siapa nak buat kan ?" Tanya Fakhry di hadapannya. Syika di sebelah hanya ketawa.

"Alaa. Korang esok keluar nak tak ? Tengok wayang jom !" Ajak Ryana lagi.

"Tak nak !" Jawab mereka semua hampir serentak dan masih tekun membuat kerja mereka.

"Hm korang ni kenapa ? Dah tak nak kawan aku ke ?" Rajuk Ryana.

"Pi lah kat Fayyad hang tu. Dulu bukan main melekat." Sindir Amy. Ekspresi wajah Ryana terus berubah. Rakan rakannya yang lain serentak mengangkat muka memandang Amy dan Ryana. Tanpa sepatah kata, Ryana bangun dan meninggalkan mereka.

Satu penampar hinggap di lengan Amy.

"Weh kau kenapa ?" Marah Lisa.

"Biar lah dia terasa. Padan muka." Jawab Amy tidak menghiraukan. Rakan rakan lain hanya menggeleng.

Ryana membawa diri ke stadium. Tempat yang paling tenang baginya. Entah mengapa hatinya kecil dengan Amy. Tapi dia tidak menolak. Memang dia sedar dia lebih kerap meluangkan masa bersama Fayyad sebelum ini. Mengenangkan nama itu, hatinya semakin perit. Dia mendengar lagu di iPonya dengan sangat kuat. Air matanya tanpa diduga menitis. Dia rindu akan kakak Tya.

Amir dan Rafiq baru selesai mengemas stor di kawasan stadium itu. Sewaktu mereka ingin pulang ke kelas, mereka ternampak Ryana yang duduk di kerusi stadium di bahagian belakang sekali.

"Weh Fiq, kau ingat tak budak tu ?" Tanya Amir.

"Tak kenal lah weh. Kenapa ?" Tanya Rafiq pula.

"Itu kan budak yang kau langgar sampai dia jatuh tangga lepas orientasi dulu. Ingat tak ?" Terang Amir. Rafiq kemudian mengangguk setelah agak laa cuba mengigati.

"Apa dia buat kat situ." Tanya Rafiq. Mereka kemudian berjalan mendekati Ryana.

"Hi." Tegur Amir dan Rafiq yang kini telah pun berdiri satu tangga di bawah di hadapan Ryana. Ryana yang terkejut cepat cepat menyeka air matanya.

"Korang nak apa ?" Tanya Ryana.

"Nak teman kau lah. Sorang je." Usik Rafiq. Ryana mengerut dahi. Dia seakan teringat sesuatu.

"Jap. Korang yang langgar aku dulu kan ?" Tanya Ryana. Dia menjadi semakin geram.

Rafiq dan Amir mengangguk serentak sambil tersenyum.

"Kau ni takde kawan ke ?" Tanya Amir lagi.

"Mungkin takde orang nak kawan dengan kau kot." Rafiq menjawab pertanyaan Amir.

"Korang nak apa sebenarnya." Tanya Ryana geram.

"Nak teman kau. Mungkin kitorang boleh gantikan kesedihan kau." Jawab Amir sambil cuba memegang tangan Ryana namun Ryana sempat mengelak.

"Kurang ajar !" Marah Ryana separuh menjerit. Ryana telah pun berdiri menjauhi mereka. Namun Amir berjalan ke arah Ryana dan sekali lagi ingin memegang tangan Ryana.

Pang !

Amir memegang pipinya. Dia tersenyum memandang Ryana yang sedang turun naik dadanya menahan kemarahan.

"Berani kau eh." Ujar Amirperlahan.

"Weh mir dah lah jom."ajak Rafiq cuba menenangkan Amir. Dia kenal sungguh Amir.

Amir berjalan selangkah lagi mendekati Ryana. Ryana semakin takut. Dia memejamkan mata. Tiba tiba tangannya ditarik oleh seseorang dan dia kini berdiri betul betul di belakang seseorang. Namun wangian itu sangat Ryana kenal. Dia membuka matanya.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now