Ujian Bulanan 2

239 14 0
                                    

Ryana sedang berjalan dan bergelak tawa bersama Lisa, Amy, Rin, Syaza dan Syika menuju ke kelas. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Amir, Rafiq dan Fayyad.

"Eh Ryana Afza. Kita bertemu lagi. Macam jodoh." Tegur Afiq.

"Kau nak apa ?" Tanya Ryana. Rakan rakannya yang lain juga menarik muka.

"Mentang mentang ada gang makin berani kau eh." Sindir Amir.

"Amir jom." Ajak Fayyad.

"Sejak bila kau pandai backup perempuan ni Yad?" Marah Amir.

"Weh kau kenapa Mir ?" Tegur Rafiq pula.

"Dah. Korang nak gaduh tak payah depan aku lah." Ujar Ryana.

"Eh kau ni." Amir berjalan mendekati Ryana namun dia sedikit pun tak berganjak.

"Amir." Fayyad menepuk bahu Amir. Amir memandang Fayyad tajam.

"Dia takde kaitan dengan aku. Takde guna kau gaduh dengan dia." Ujar Ryana tiba tiba. Entah mengapa dia risau akan Fayyad. Sebaik Ryana menghabiskan kata katanya, pandangan Amir kembali kepadanya. Namun belum sempat dia bersuara, si hero pun datang.

"Weh Amir. Aku rasa kita takde masalah." Ujar Fakhry.

"Memang kita takde. Tapi aku dan dia ada." Jawab Amir. Fayyad memandang Amir tajam namun Rafiq sempat menahan Fayyad. Amir berlalu meninggalkan mereka. Begitu juga Rafiq dan Fayyad.

"Ryana sorry." Ucap Syika.

"Takde apa lah. Kau tak salah." Balas Ryana. Syika, Fakhry, Fayyad, Amir dan Rafiq sememangnya rapat. Dan semua tahu perangai baran Amir. Dia tidak suka perempuan namun hanya Syika sahaja yang boleh diterimanya kerana mereka membesar sama sama.

Mereka meneruskan perjalanan ke kelas. Ryana duduk di tempatnya. Tiba tiba Fakhry menghulurkan sekotak air minuman kegemarannya yang telah dibuka seperti satu ketika dahulu. Ryana hanya memandang kotak tersebut.

"Ambil lah. Aku bagi. Kau relax sikit. Tak payah fikir pasal Amir." Ujar Fakhry seperti faham akan apa yang bermain di fikiran Ryana. Ryana tersenyum kecil dan menerima air tersebut.

Kelas tiba tiba riuh apabila jadual ujian ditampal di board kelas.

"Ryana kau okay ?" Tanya Lisa.

"Macam biasa lah." Jawab Ryana sambil memegang kepalanya. Allergic Ryana dah sampai !!

"Weh kau tidur lah kejap. Nanti aku kejut kau." Ujar Amy pula. Ryana kemudian mengangguk lemah dan meletakkan kepalanya di atas meja.

Sementara itu, Fayyad, Amir dan Rafiq lepak di port biasa mereka di rooftop.

"Yad kau kenapa eh ?" Tanya Amir masih tidak berpuas hati.

"Amir. Terus terang aku cakap. Aku minta sangat kau tak ganggu Ryana lagi." Ujar Fayyad mengundang amarah Amir.

"Kau dah kenapa ? Backup sangat budak tu." Marah Amir.

"Sebab aku sayang dia !" Jawab Fayyad.

Buk !

Satu tumbukan hinggap di pipi Fayyad. Rafiq terkejut. Amir menahan amarahnya.

"Pukul lah kalau itu buat kau puas!" Balas Fayyad.

Satu tumbukan hinggap lagi di pipi Fayyad.

"Weh Amir Yad dah lah !"pekik Rafiq.

"Aku tak habis lagi!" Balas Amir.

"Kenapa Yad ?" Kini giliran Rafiq bertanya.

"Korang ingat kan pasal budak perempuan yang aku cari dulu ? Itu lah dia. Seri Ryana Afza. Sebab tu Mir. Sebab tu Fiq."jawab Fayyad menahan sendunya. Amir dan Rafiq terdiam. Mereka terkejut. Fayyad berlalu meninggalkan mereka dan berjalan ke tandas.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now