Dendam

239 14 0
                                    

Waktu matapelajaran ketika itu ialah Matematik Tambahan. Lisa, Amy, Reen , Syika masih lagi kegelisahan. Sekejap memandang jam tangan, sekejap mengerling ke arah jejaka mereka, sekejap memandang ke koridor.

"Amylia. Kamu ada masalah ke? " tegur Puan Idayu, cikgu Matematik Tambahan mereka.

"Err tak cikgu tak. Saya okay." Jawab Amy tergagap gagap. Lisa, Reen dan Syika kembali menikus. Di barisan meja jejaka juga masing masing kegelisahan.

Kringggg. Bunyi loceng menandakan waktu rehat tiba. Sebaik sahaja Puan Idayu keluar, si jejaka jejaka bergegas mendapatkan si gadis.

"Semalam takkan tak balik bilik ?" Tanya Syafiq. Lisa menggeleng.

"Aku rasa dia tidur library atau bilik rawatan. Jom pergi tengok." Cadang Syika.

"Takde." Suara di belakang mereka mengejutkan mereka.

"Yad."panggil Fakhry.

"Aku dah pergi tengok tadi."beritahu Yad pasrah.

"Sabar Yad. Takpe kita cari dia lagi okay."Mirza menenangkan sambil disokong rakan rakan mereka yang lain.

"Apa apa jadi kat Ryana aku takkan maafkan Hazim."ujar Fayyad serius. Mereka kemudian bergegas mencari Ryana di setiap sudut sekolah namun tidak berjaya. Mereka berkumpul kembali di kantin. Fayyad termenung jauh. Dia teringat akan kejadian malam tadi. Dia juga mendengar segala rintihan dan esakan Ryana sewaktu di stadium. Tiba tiba Fayyad mendapat idea. Ya stadium. Dia meluru bangun.

"Yad nak pergi mana ?" Laung Fakhry.

"Cari Ryana. Amir, Fiq, tolong cover aku jap." Jawab Fayyad tergesa gesa dan sempat memberi pesanan kepada Amir dan Rafiq rakan sekelasnya. Amir dan Rafiq mengangguk faham.

Fayyad berlari dengan sangat pantas ke arah stadium. Dia mencari Ryana di seluruh kawasan stadium. Namun tidak berjumpa. Dia kemudian masuk ke bilik persalinan lelaki. Dia hampir putus asa. Tiba tiba dia dapati pintu lokernya sedikit terbuka. Perlahan lahan Fayyad membuka pintu loker itu dan dia terkejut apabila mendapati baju jerseynya tiada. Fayyad semakin yakin. Dia kemudian berjalan ke bilik persalinan perempuan di sebelah. Perlahan lahan dia memulas tombol pintu itu risau ada pelajar perempuan lain di dalam. Sebaik dia membuka pintu itu, dia ternampak sekujur tubuh sedang duduk di tepi lokernya. Fayyad berjalan mendekati.

"Yad." Ryana yang tersedar akan kehadiran seseorang terus mengangkat mukanya. Wajah Fayyad ditenung.

"Yad aku minta maaf. Aku tak salah." Gugur lagi air mata Ryana di pipinya. Fayyad mengambil tempat di sebelah Ryana terus menariknya ke dalam pelukan.

"Jangan nangis sshh. Aku ada ni." Fayyad cuba memujuk.

"Aku tak salah Yad. Aku boleh explain." Jawab Ryana lagi dalam esaknya. Hati Fayyad sebak melihat Ryana seperti itu.

"Ryana aku tahu. Aku tahu semua. Aku minta maaf. Kau pergi mana malam tadi ?" Tanya Fayyad.

Ryana mengangkat mukanya daripada pelukan Fayyad.

"Kau tahu ?" Tanya Ryana. Fayyad mengangguk sambil tersenyum. Dia mengelap air mata di pipi Ryana.

"Aku minta maaf." Ujar Fayyad sambil mengucup kepala Ryana.

"Ryana." Panggil Fayyad lagi.

"Terima kasih.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now