Setelah seminggu persekolahan, akhirnya hari Sabtu tiba juga. Hari Sabtu minggu itu merupakan hari perjumpaan kokurikulum. Ryana telah mendaftarkan dirinya ke dalam kelab usahawan bersama rakan rakannya. Setelah siap bersarapan, mereka pun jalan beriringan ke tempat perjumpaan kelab usahawan.
Sebaik mereka tiba di dataran usahawan, kelihatan sudah ramai yang menunggu di situ. Ryana mengambil tempat di sebelah Rin dan rakan rakan mereka yang lain.
"Syaza kau tak mandi eh ?"tegur Mirza.
"Syaiton kau pendek." Marah Syaza.
"Adik adik jangan bising." Tegur Ryana sopan sambil mengerdip matanya beberapa kali. Teguran Ryana mengundang tawa mereka semua.
"Dia perli kau doh Za." Risyad bersuara. Maklumlah Mirza paling rendah antara jejaka jejaka itu.
"Ryana. Tembus ke sini weh." Balas Mirza sambil memegang dadanya seakan sakit di hati. Ryana hanya tergelak.
"Assalamualaikum." Suara yang hiruk pikuk tadi diam sebentar apabila salam diberi. Masing masing menjawab salam.
"Kita akan mulakan perjumpaan pertama kita okay." Sambung seorang jejaka yang kemas berbaju sukan.
"Handsomenya!" Bisik Ryana sambil tersenyum lebar. Tiba tiba kepalanya ditolak dari belakang.
"Gatal !" Ucap Fakhry.
"Aduh sakit lah gila."marah Ryana sambil menggosok kepalanya.
"Eh sejak bila ada monyet tu." Bisik hati kecil Ryana apabila dia ternampak Fayyad di sebelah Fakhry.
"Yang ni pun handsome juga." Bisik hati kecil Ryana apabila melihat jejaka yang tinggi, berbadan tegap, berkulit sawo matang, hidung mancung, matanya yang bulat dan bulu matanya yang panjang.
"Kau dah kenapa Ryana ?" Tanya Fakhry lagi apabila melihat Ryana merenung Fayyad lama.
"Eh. Err. Aku pelik kenapa monyet pun boleh join kelab." Dalih Ryana yang telah pun merah mukanya menahan malu. Sempat dia menangkap senyuman sinis Fayyad.
"Ceh gelakkan aku lah tu." Gerutu hati Ryana.
Perjumpaan kelab itu tamat selepas pelantikan organisasi baru selesai. Syaza dilantik menjadi setiausaha kelab manakala Mirza menjadi penolong setiausaha. Syaza dan Mirza masing masing dilanda amarah kerana rakan rakan mereka sengaja ingin mengenakan mereka berdua.
"Ryana jom." Ajak Fakhry.
"Nak pi mana ?" Tanya Ryana.
"Kau aku sekeh kau japgi apa pun tak dapat." Marah Fakhry.
Ryana masih tidak faham.
"Perjumpaan atlit lah Ryana." Ajak Amy dan Lisa.
"Oh tapi aku bukan atlit." Dalih Ryana.
"Dah tu kau masuk bawah kuota sukan bukan atlit apanya." Marah Lisa. Ryana tergelak.
"Okay okay. Gurau pun tak boleh. Jom lah." Ajak Ryana. Ryana, Amy, Lisa, Fakhry, Fayyad dan Risyad merupakan atlit. Syaza, Syika dan Rin pula merupakan pelajar seni
, Mirza dan Syafiq pelajar Rekacipta dan Leon pula pelajar IT.Mereka berjalan sambil ketawa menuju ke arah tempat perjumpaan atlit di stadium. Setibanya sahaja mereka di stadium, semua mata memandang mereka.
"Ryana. Kalau kau nak tahu. Kau sorang je budak form 4 baru yang masuk under sukan ni." Risyad bersuara. Ryana terus memandang Risyad.
"Serious ah?" Tanya Ryana tidak percaya.
"Betul. Risyad ni jadi AJK waktu nak pilih budak baru. Dia juga lah yang bagi file kau kat kitorang." Sokong Amy. Ryana masih lagi tak percaya.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Novela JuvenilSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...