Cemburu 1

213 9 0
                                    

Semakin hari berlalu Fayyad merasakan Ryana semakin menjauh. Ryana tidak lagi lepak bersama rakan rakannya malah lebih suka bersendirian di perpustakaan. Rakan rakannya yang lain semua telah mengetahui hubungan mereka berdua. Fayyad telah menceritakan semuanya kepada mereka.

Ryana duduk bersendirian di perpustakaan ketika waktu prep itu. Ipodnya masih tidak berenggang. Tiba tiba ada seseorang mengambil tempat di hadapannya. Ryana mengangkat wajahnya. Wajah di hadapannya itu mempamer sebaris gigi yang cantik.

"Saya asyik tengok Ryana sorang je sekarang. Mana kawan kawan lain ?" Tanya Hazim.

"Saje." Balas Ryana pendek dan tidak berminat.

"Orang tanya lain dia jawab lain." Ujar Hazim.

"Saya nak minta tolong Ryana ajarkan saya Add Math ni. Please." Pinta Hazim  sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Akhirnya Ryana bersetuju. Hubungan mereka semakin akrab sejak daripada itu kerana Ryana sering mengajar Hazim mata pelajaran itu. Dari jauh, Fayyad hanya memerhati. Dia tahu niat jahat Hazim jadi dia sentiasa bersiap sedia.

"Esok awak balik ?"tanya Hazim.

"Balik kot." Jawab Ryana.

"Balik dengan siapa ?" Tanya Hazim.

"Balik dengan sua..eh..dengan Yad." Jawab Ryana tersekat sekat kerana hampir tersasul.

"Oh rapat ye korang ?" Tanya Hazim lagi.

"Parents kitorang kawan." Jawab Ryana. Hazim hanya mengangguk. Ryana pula teringat sewaktu dia ingin pulang dari prep malam semalam.

Sewaktu dia berjalan berseorangan, tiba tiba dia rasa diekori. Apabila dia pusing ke belakang, dia mendapati Fayyad berdiri di belakangnya dengan kedua tangan di dalam poket seluar. Ryana ingin berpaling namun sempat dihalang kleh Fayyad.

"Ryana." Panggil Fayyad. Langkah Ryana terhenti. Fayyad berjalan mendekati Ryana.

"Lusa kita balik rumah." Beritahu Fayyad.

"Aku nak study kat sini." Ujar Ryana.

"Dengan Hazim ?" Tanya Fayyad.

Ryana yang terkejut dengan soalan itu terus mengangkat mukanya memandang wajah Fayyad. Mata mereka bertemu namun tidak lama kerana panahan mata Fayyad menakutkan Ryana. Ryana meneruskan langkahnya tanpa sepatah kata lagi. Fayyad melepaskan keluhan dan menghantar Ryana dengan pandangan matanya. Dia gagal mengawal api cemburunya.

Hari ini hari Jumaat. Rakan rakannya semua telah pulang. Ryana dengan berat hati melangkah turun anak tangga menuju ke wakaf berdekatan dorm mereka. Kelihatan satu susuk tubuh telah menunggunya di situ.

"Mana abang ?" Tanya Ryana.

"Ryan dengan kakak Farah tak balik."jawab Fayyad. Ryana memandang Fayyad memohon penjelasan.

"Dorang kan nak dekat trial ni." Jawab Fayyad seakan memahami pandangan Ryana itu.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta BMW menghampiri.

"Jom."ajak Fayyad.

"Wait. Balik rumah kau ?" Tanya Ryana. Fayyad hanya mengangguk.

"Yelah. Ibu ayah adik mana ada. Dorang pergi balik kampung." Jawab Fayyad sambil mengambil bag di tangan Ryana. Ryana masih lagi membatu di situ. Fayyad menghampiri Ryana.

"Jom. Jangan kecewakan family aku please." Pinta Fayyad. Dia mencapai tangan Ryana dan memimpinnya masuk ke kereta. Sekali lagi Ryana terpaku.

"Kakak Tya." Bisik hati kecilnya.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now