Allergic

294 14 0
                                    

Kelas berjalan seperti biasa. Namun ada berita yang kurang enak telah tersebar di kelasnya sebentar tadi. Minggu depan merupakan minggu ujian bulanan yang pertama untuk sesi persekolahan tahun itu. Ryana cukup tidak gemar dengan ujian dan peperiksaan.

"Weh kalau tak ambil ujian jadi apa ?" Tanya Ryana sewaktu mereka sedang berehat di kantin.

"Jadi bodoh." Jawab Mirza selamba. Ryana masih lagi merenung air kotak minumannya itu.

"Ish kau ni bahasa elok sikit." Marah Syaza sambil melastik getah kearah Mirza namun lastikannya tidak mengena.

"Kau kenapa Ryana ?" Tanya Lisa.

"Aku allergic." Jawab Ryana.

"Weh kau allergic apa ? Kat mana ? Sakit tak ? Nak pergi bilik rawatan ?" Amy mula panik.

"Allergic exam." Jawab Ryana lagi pendek.

"Ish kau ni main main pula." Marah Amy. Dia kembali duduk.

"Takde apa lah. Kita prepare sama sama okay. Kita kan dah ada group tutorial." Pujuk Rin pula.

"Itu pun aku allergic." Jawab Ryana lagi kali ini lebih lemah. Tawa mereka meletus apabila teringat Ryana satu kumpulan dengan Fayyad, musuh abadinya.

Petang itu merupakan perjumpaan pertama ahli kumpulan tutorial. Kumpulan Ryana membuat keputusan untuk membuat perjumpaan di kelas Ryana. Syakira dan Minhat sekelas dengan Fayyad. Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang. Semua telah berkumpul di meja Ryana. Subjek pada petang ini merupakan subjek Matematik Tambahan.

"Okay untuk dua bab awal ni korang lemah yang mana ?" Tanya Minhat yang duduk di hadapan Ryana selaku ketua kumpulan. Ryana hanya diam. Begitu juga Fayyad.

"Function okay. Tapi yang reverse function tu macam confuse sikit." Jawab Syakirah. Minhat mula mencari contoh soalan dan menerang dengan terperinci sekali cara yang betul untuk menjawab soalan itu. Ryana hanya merenung Minhat namun dia tidak dapat fokus. Kepalanya berdenyut kuat. Peluh mula mengalir di dahi. Fayyad yang sedari tadi memerhati Ryana berasa semakin pelik.

"Okay kita rehat kejap eh." Ujar Minhat sebelum berlalu ke tandas. Begitu juga Syakirah. Ryana tidak menghiraukan Fayyad lalu dia terus meletakkan kepalanya di atas meja. Dia memejamkan matanya.

"Singa." Panggil Fayyad perlahan. Senyap.

"Singa." Panggil Fayyad lagi. Kini kuat sedikit.

"Aku tak larat nak layan kau." Jawab Ryana sambil matanya masih tertutup.

"Kau okay tak ?" Tanya Fayyad apabila melihat Ryana betul betul tak larat. Senyap. Fayyad cuba menolak tangan Ryana menggunakan pen. Masih tiada respon. Fayyad tolak lagi kini lebih kiat. Masih senyap.

"Weh singa. Jangan buat aku cuak." Ujar Fayyad. Dia memandang sekeliling kelas. Tiada orang. Dia memberanikan diri menggoncang lembut tubuh Ryana.

"Uish panasnya." Ucap Fayyad. Dia tanpa berfikir panjang terus mengendong Ryana ke bilik rawatan yang terletak di tingkat 1. Jururawat yang berada di situ terus merawat Ryana sebai sahaja Fayyad sampai.

10 minit berlalu. Jururawat pun keluar dari tempat pemeriksaan.

"Nurse kenapa ?" Tanya Fayyad risau.

"Dia demam panas. Tekanan darah pun rendah. Biar dia rehat dulu." Jelas jururawat yang memakai name tag Maria itu.

"Nak tengok dia boleh ?" Tanya Fayyad lagi. Jururawat itu mengangguk sambil tersenyum.

Fayyad menilik segenap inci wajah Ryana yang sedang lena tidur. Mukanya sangat pucat.

"Cepat sihat. Aku balik dulu." Ucap Fayyad sebelum berlalu kembali ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas, dia singgah di kelas Ryan namun Ryan tiada. Jadi dia hanya meninggalkan pesan kepada Faris. Jelas riak risau di wajah Faris membuatkan hati Fayyad tidak tenang. Dia kembali ke kelas dan memberitahu ahli kumpulannya yang lain tentang keberadaan Ryana.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now