Ryana membuka matanya. Dia berasa sedikit pening. Bilik itu gelap namun kedengaran bunyi mesin dan ya tangannya kebas. Dia memerhati sekeliling bilik. Dia sungguh pasti dia berada di hospital. Tapi mengapa ? Tangan kanannya digenggam erat oleh seseorang yang sedang lena tidur di sisi katilnya. Di sofa bilik itu juga terdapat seseorang sedang tidur.
"Abang." Bisik hati kecilnya.
Ryana menoleh pula ke sisinya dan mengamati wajah tenang Fayyad. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Fayyad yang sangat erat. Ryaa terkejut apabila Fayyad menggenggam semakin erat sambil berkata kata.
"Dont leave me Ryana." Bisiknya perlahan dalam tidur. Ryana tergelak kecil. Dia cuba sekali lagi dan berjaya ! Ryana kemudian mengusap lembut rambut Fayyad. Ada satu perasaan meresap jauh ke dalam hatinya.
"Perasaan apa ni ? " bisik hati kecil Ryana.
Tangan Ryana terhenti apabila Fayyad menggenggam tangan Ryana. Dia terkejut apabila melihat Fayyad telah pun sedar. Fayyad tersenyum ke arahnya dan muka Ryana merah. Kantoi !
Fayyad membetulkan duduknya dan menggenggam tangan Marissa dengan kedua tangannya.
"How are you feeling ?" Tanya Fayyad.
"Pening sikit. What happened ?" Tanya Ryana.
"Kau kena patuk ular waktu night walk." Jelas Fayyad sambil mengelus rambut Ryana lembut.
Ryana terkejut.
"Weh rambut !" Ujar Ryana.
"Ryan buka sebab takut kau tak selesa. Doc datang dia sarungkan balik tudung kau." Ujar Fayyad.
"Tapi kau ..." balas Ryana
"Rambut kau kan untuk aku." Jawab Fayyad lembut. Ryana terdiam. Dia mengetap bibir dan mengalihkan pandangan. Malu !
"Ryana." Panggil Fayyad lembut lagi.
"Tidur lah. You need rest." Ujar Fayyad.
"Wait. Siapa jumpa aku ? Siapa bawa aku datang sini ? Dah berapa lama aku tidur ?" Tanya Ryana bertubi tubi.
"Aku jumpa. Aku bawa. 2 hari. Enough okay ? Tidur tau."balas Fayyad sambil mencuit lembut pipi Ryana yang masih merah.
Ryana mengangguk perlahan dan memejamkan matanya. Tidak lama namun dia membuka kembali matanya. Fayyad yang mengamati wajah Ryana terkejut.
"Lahh kenapa ?" Tanya Fayyad.
"Aku dah tidur dua hari. Mana nak tidur lagi." Jawab Ryana.
"Habis tu nak buat apa ni ?" Tanya Fayyad. Ryana mengangkat bahu.
"Jom aku bawa kau jalan jalan."jawab Fayyad. Ryana tersenyum gembira. Fayyad membantu Ryana untuk duduk dan mencempung Ryana ke atas kerusi roda. Mereka berjalan di kawasan hospital yang sangat sunyi pada waktu itu.
"Yad aku haus." Ujar Ryana. Fayyad kemudian berhenti di hadapan kedai runcit 24 jam di dalam hospital itu. Selepas membeli dua kotak air minuman kegemaran mereka, Fayyad meminta Ryana tunggu sebentar kerana dia ingin ke tandas. Ryana hanya mengangguk. Sedang Ryana sibuk memyedut air minumannya, dia ditegur seseorang.
"Awak. Awak datang dengan lelaki tadi tu kan." Tanya seorang pemuda yang memakai seragam. Mungkin pekerja kedai ni kot. Ryana mengangguk perlahan.
"Ni dia tertinggal ni tadi." Ujar pemuda itu sambil menghulurkan sebuah dompet hitam dan disambut Ryana dengan ucapan terima kasih. Ryana meletakkan dompet itu di ribanya. Tidak lama kemudian Fayyad pun muncul.
"Yad kau tertinggal ni tadi kat kaunter." Ujar Ryana sambil menghulurkan dompet itu tapi gagal disambut oleh Fayyad. Dompet itu terjatuh dan terbuka. Mata Ryana terpaku melihat sekeping foto di dalam dompet itu. Air kotak di tangannya terlepas. Matanya bergenang. Pelbagai persoalan menerpa mindanya. Hatinya hancur. Dia dipermainkan dengan sangat hebat. Fayyad cepat cepat mengutip dompetnya itu dan memegang lembut bahu Ryana.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...