Gangguan Emosi

255 11 0
                                    

Ryana tidak mahu bercakap dengan sesiapa termasuklah Fayyad. Dia hanya berkurung di dalam biliknya. Dia masih tidak faham apa yang berlaku. Pintu bilik diketuk perlahan.

"Ryana dah siap ?" Tanya Fayyad. Cuti mereka telah habis. Mereka berempat akan pulang ke sekolah mereka pada hari ini. Ryana membiarkan pertanyaan Fayyad itu dan segera menuruni tangga. Fayyad meraup mukanya. Berat sungguh ujiannya.

Sepanjang perjalanan, Ryana leka dengan lagu lagu di iPodnya. Sedikit pun dia tidak menghiraukan mereka di sekelilingnya termasuk Ryasa.

Sebaik tiba di sekolah, Ryana terus sahaja berlalu masuk ke dormnya tanpa bersalaman terlebih dahulu. Puan Afni melepaskan keluhan kecil.

"Takpe ibu. Nanti Yad cuba explain dekat dia. Ibu jangan risau." Pujuk Fayyad.

"Ibu risau dia jadi balik macam dulu. Ni ubat dia. Kalau ada apa apa bagitahu ibu ye Yad, abang, Farah." Pesan Puan Afni lagi sebelum mereka bergerak pulang ke rumah.

Ryana masih lagi termenung. Tidak tahu apa yang difikirkannya tetapi sungguh berat untuk dia terima. Ryana memasang langkah menuju ke stadium. Tanpa dia sedari, Fayyad sentiasa memerhati gerak geri Ryana. Dia ingin memberi ruang kepada Ryana. Ryana yang sedang leka dengan lagu lagu di iPodnya kemudian tersedar apabila ada seseorang mengambil tempat di sebelahnya. Ryana menoleh ke sebelah. Disangkakan Fayyad namun sangkaannya meleset. Ryana mengerutkan dahi melihat seorang jejaka yang tersenyum manis di sebelahnya.

"Ryana kan ?" Tanya jejaka itu. Ryana mencabut earphonennya dari telinga.

"Sorry ?" Tanya Ryana kerana dia tidak dengar soalan sebentar tadi.

"Ryana kan ?" Jejaka itu mengulang soalan dengan senyuman yang masih tidak lekang.

"Haah. Siapa eh ?" Tanya Ryana.

"Hazim. Kelas sebelah." Jawab jejaka itu tenang.

"Oh Hazim. Sorry tak cam." Jawab Ryana acuh tak acuh.

"Awak sihat ? Macam tak okay je ?" Tanya Hazim apabila melihat Ryana kembali senyap dan termenung.

"Takde lah. Kenapa ?" Tanya Ryana cuba mengelak daripada pertanyaan itu.

"Selalu saya tengok awak happy go lucky kacau orang aktif je. Tak pernah pun tengok awak diam macam ni."Hazim menyuarakan pandangannya.

"Selalu ?" Tanya Ryana lagi. Hazim mengangguk dan tersenyum.

"Haa lah selalu. Saya selalu je tengok awak tapi awak tak pernah perasan saya pun. Saya bukan atlet kot." Usik Hazim sambil tergelak kecil.

"Sorry. Tapi saya kan student baru. Tak kenal semua lagi."jawab Ryana.

"Awak batch kita 3 kelas je tau. Bila lagi nak kenal dengan semua ?" Tanya Hazim.

"Entah." Jawab Ryana pendek.

Hazim hanya tersenyum memandang Ryana.

"Oh btw dorang ada cakap awak yang bawa saya pergi bilik rawatan haritu. Awak kan ?" Tanya Ryana lagi. Hazim hanya tersenyum mengangguk.

"Ish orang tanya senyum senyum pula." Marah Ryana mencetuskan tawa Hazim.

"Seronok crush saya ada depan mata. Dapat sembang pula tu." Ujar Hazim jujur. Ryana terdiam.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now