Esok sesi persekolahan baru akan dibuka. Maka esok merupakan hari yang paling tidak ditunggu tunggu Ryana. Dia akan didaftar masuk ke sebuah sekolah berasrama di Selangor atas paksaan kedua ibu bapanya. Puas dia menolak namun akhirnya dia terpaksa bersetuju.
Ryana menilik setiap barangnya yang telah dikemas rapi di suatu sudut biliknya. Dia berkira kira sekiranya ada keperluannya yang masih belum cukup. Sewaktu dia sibuk berfikir, pintu biliknya diketuk perlahan. Belum sempat dia menyuruh masuk, pintu biliknya telah pun dikuak. Muncul wajah comel adik bongsunya, Seri Ryasa Afza di balik pintu. Ryana tersenyum.
"Adik. Meh sini." Panggil Ryana sambil menepuk lembut tempat di sebelahnya. Ryasa berjalan ke arahnya dengan muka yang masam.
"Kenapa masam je ni ?" Tanya Ryana lagi.
"Kakak jangan lah pergi. Nanti adik kena tinggal dengan abang."rungut Ryasa. Sesungguhnya mereka dua beradik kurang rapat dengan abang tiri mereka itu.
"Ibu dengan ayah kan ada. Nanti kakak balik kita main sama sama tau. Adik jangan nakal nakal kat rumah." Pesan Ryana sambil mengusap lembut rambut adiknya itu.
"Adik nak tidur dengan kakak malam ni boleh ?" Tanya si kecil itu lagi. Ryana dengan pantas mengangguk. Sungguh dia pasti rindu akan adik bongsu yang paling disayanginya itu.
Lena Ryana terganggu apabila bahunya digerakkan. Dia memisat matanya.
"Kakak bangun. Pergi mandi solat. Kejap lagi kita nak gerak dah." Puan Amni mengejut lembut. Sudah menjadi prinsip Puan Amni untuk mengejut sesiapa sahaja bangun tidur dengan lembut supaya tidak mengganggu mood mereka yang baru bangun tidur. Puan Amni merupakan pakar psikologi di sebuah hospital swasta. Ryana yang masih malas diserbu seribu rasa pilu kerana ini hari terakhir dia akan bangun tidur di biliknya sendiri. Cehh macam takkan kembali je gayanya !
Ryana bergerak dengan perlahan supaya adik bongsunya tidak terjaga. Dia mandi dan solat. Kemudian dia mengenakan sepersalinan baju kurung dan shawl yang ringkas. Dilihatnya Ryasa masih lagi tidur. Dia pun mengejut adiknya dengan lembut. Ryasa bangun sambil terkebil kebil matanya.
"Adik bangun. Pergi mandi lepastu kita sarapan sama sama okay." Pujuk Ryana lembut apabila melihat muka adik bongsunya mula cemberut. Ryasa mengangguk perlahan dan berlalu pergi.
Ryana kemudian mengetuk pintu bilik sebelahnya. Hampir tercabut tangannya dan baru lah penghuni bilik sebelah membuka pintu.
"Kau kenapa ?" Marah si tuan bilik. Mana taknya pagi pagi bilik dah kena serang.
"Tolong angkat barang bawa turun." Pinta Ryana senada.
"Bawa lah turun sendiri." Balas si tuan bilik.
"Berat." Jawab Ryana sepatah.
"Ish mengadalah."bebel si tuan bilik.
Mereka berdua pun beriringan ke bilik Ryana untuk mengambil barang.
"Mak aih kau nak pindah terus ke apa ?"
Ryana mengangguk.
"Bisinglah kau ni bang." Marah Ryana.
"Aku nak tolong ni kira baik dah." Bebel jejaka itu lagi.
Mereka bersama sama membawa turun barang barang Marissa ke bawah.
"Bagus abang. Macam ni lah tolong kakak." Puji Encik Rahimi melihat anak terunanya itu membantu adik tirinya mengangkat barang. Jejaka itu hanya memberi senyuman segaris.
Selepas bersarapan mereka pun bersiap untuk memulakan perjalanan yang hanya memakan masa sejam itu.
"Abang jaga rumah tau." Pesan Puan Amni.
"Cepat lah kakak. Salam abang." Tegur Encik Rahimi. Ryana yang mendengar teguran ayahnya terpinga pinga.
"Ish tak payah lah salam. Tak tahu ke awkward." Getusnya dalam hati.
"Kakak." Giliran Puan Amni pula memanggilnya.
Ryana cepat cepat menghulur tangan untuk bersalaman dengan abang tirinya itu. Dia sempat menangkap senyuman jahat di wajah abang tirinya.
"Ganas ganas pun tahu awkward dengan aku." Bisik hati kecil jejaka itu.
Hubungan Ryana dengan abang tirinya memang tidak rapat. Abang tirinya juga sekolah berasrama jadi mereka jarang bertemu.
Perjalanan terasa sangat sekejap. Ryana semakin tidak senang duduk. Tidak lama kemudian, dia nampak sebuah papan tanda sekolah yang bakal di daftarnya sebentar lagi.
"Macam ada rama rama dalam perut." Bisiknya sendirian.
Setelah kereta ayahnya diparkir, dia pun membuka pintu. Kelihatan banyak kereta di sekolah itu dan ramai orang berlegar legar. Ada yang memakai baju kurung biasa dan ada juga yang memakai baju sekolah.
"Mungkin senior agaknya."
Di kaunter pendaftaran, Ryana dan Puan Amni sedang membuat pendaftaran. Setelah selesai, Ryana dikehendaki membeli beberapa keperluan seragam sekolah di koperasi. Dia berjalan sendirian untuk mencari koperasi namun dia tersesat.
"Hi. Student baru kan ? Boleh saya tolong ?" Tegur seseorang dari belakang Ryana.
"Mak datok handsomenya ! Flawless gila, bulu mata lentik, mata coklat! " getus hati Ryana.
"Hello ?" Lamunan Ryana terhenti apabila lelaki itu memetik jari di hadapan Ryana.
"Err sorry. Cari koperasi." Jawab Ryana tergagap gagap. Merah mukanya menahan malu. Jejaka yang memakai uniform sekolah berwarna biru dan blazer berwarna biru gelap itu hanya tersenyum melihat telatah Ryana.
"Mari. Nama siapa ?" Jejaka itu memulakan perbualan.
"Seri Ryana Afza Rahimi. Panggil Ryana." Ryana memperkenalkan dirinya.
"Sedap nama. Saya Faris Adha. Saya senior awak kat sini. Kalau ada masalah boleh lah cari saya." Beritahu Jejaka manis itu dengan senyuman di bibir yang tak lekang. Setelah itu, mereka pun tiba di koperasi.
"Terima kasih." Ucap Ryana sebelum Faris berlalu pergi. Ryana membeli beberapa keperluan seperti lencana sekolah, ves dan beberapa lagi keperluan lain. Sekolah ini merupakan sekolah elit. Sesiapa yang diterima masuk ke sini mempunyai kepakaran dalam bidang yang ditawarkan di sini seperti sukan, seni, IT dan reka cipta. Ryana diterima masuk di bawah kuota pengambilan sukan kerana dia merupakan atlit di sekolahnya dahulu.
Selepas semua barang di bawa masuk kebilik, Puan Amni dan Encik Rahimi memohon diri untuk pulang. Berat rasanya hati Ryana untuk membenarkan. Dilihatnya wajah adik bongsunya yang masam. Dia memeluk erat adik bongsunya sebelum mereka pulang.
Ryana duduk termenung di atas katilnya apabila dia didatangi sekumpulan rakan sedormnya yang memakai baju seragam sekolah.
"Ryana kan ?" Tanya salah seorang daripada mereka yang memakai baju seragam biru.
Ryana hanya mengangguk.
"Aku Mitilda Syaza. Dorang panggil Syaza." Gadis tadi memperkenalkan diri sambil menghulur tangan.
"Aku Raisya Arin. Panggil Rin." Seorang lagi gadis yang memakai seragam sekolah biasa itu memperkenalkan diri.
"Aku Merlisa. Panggil Lisa." Perkenal gadis yang paling rendah antara mereka.
"Dan aku Letty Amylia. Panggil Amy." Perkenal seorang lagi gadis yang wajahnya seperti kacukan British.
Ryana menyambut salam mereka dengan senyuman.
"Aku Seri Ryana Afza binti Rahimi. Panggil Ryana." Ryana memperkenalkan diri.
"Kitorang dah tahu nama kau. Kau nampak macam okay je sebabtu kitorang pick nama kau duduk satu dorm dengan kitorang. Budak baru yang lain semua satu dorm." Jelas Amy.
"Oh. Korang budak apa ?" Tanya Ryana.
"Rin dengan Sya budak seni. Aku dengan Lisa budak sukan. Kau sukan en ?" Jelas Amy. Yang lain hanya mengangguk.
"Haah sukan." Jawab Ryana pendek.
"Eh jomlah kitorang tolong kau unpack barang." Lisa mberi cadangan dan dipersetujui semua yang lain. Mereka berbual mesra dan sekali sekala tawa mereka jelas kedengaran. Ryana rasa gembira. Hilang sebentar rasa sedihnya sebentar tadi.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...